Friday, December 31, 2010

Typical End of The Year

Lebih kurang 1 jam lagi masuk tahun baru 2011. Ayat tipikal hujung tahun, "Rasa macam baru semalam je tahun 2010, tiba tiba esok dah tahun 2011." Tapi memang itulah hakikatnya. Aku akan rindu 2010 nanti. Lagipun aku macam takut. TAKUT tahu tak? TAKUT nak berhadapan dengan 2011. :(

2011, masuk Tingkatan 4, kawan kawan ramai yang dah bawak haluan masing-masing. Ada masuk teknik, ada masuk SBP nanti, ada masuk MRSM. Aku? Aku pun tak tahu. Masih tercari cari sinar nya. Dengan kelayakan PMR haritu, aku rasa boleh je dapat antara 2 sekolah yang aku mohon. Tapi, rasa hati tu macam mana? Antara rela dengan tidak.

2011, kena hadapi dengan masuk kelas baru, kawan kawan yang hampir baru dan semua yang lama lama semua dah berubah. Aku ni dah lah jenis yang susah nak terima pembaharuan, dah tu macam mana? Antara boleh terima atau tidak.

2011, makin aku kenang makin aku nak menangis. Risau risau, sungguh risau. Banyak benda nak kena buat ni. Bila tengok pengalaman orang lain, lagi tambah tambah risau aku. Antara terpengaruh atau tidak.

Tapi bukannya aku boleh sesuka hati seenak rasa je nak henti kan masa pun kan? Nak taknak kena hadap jugak 2011 ni. Takpe, alah bisa tegal biasa. Insya-Allah, Imah boleh! Yeahhh! Mari berusaha untuk 2011 ni! Walaupun aku kurang bersedia. -.-
HAPPY NEW YEAR! :)

Tiba-tiba rasa macam hilang semangat je untuk 2011 ni. -.-

2 comments:

Nanad. said...

awatnya tak semangat? btw, f4 tahun paling susah sepanjang akak skolah. seriusss. haha. sebab tekejut dgn add math, n subjek science stream. lepas tu the best friend ever masuk teknik. rse down gile. tp kejap je. nak tak nak kna lalui jugak kan.


so, all the best. hope 2011 will be kind to us :)

.imah. said...

kak nad,
awatnye tak semangat?
mengenangkan nasib mcm akk masa form4 dulu laa. skrg ni pun dh nk down tergolek golek dah. adehh. -.-

harap harap lahh. :)