Saturday, January 1, 2011

01012011

Hari pertama di tahun baru, entri pertama di tahun baru, malam pertama update blog atas katil di tahun baru. EH, perkataan malam pertama tu dah lain macam. HAHA. Pfft, merapu di tahun baru namanya. :P

Okay, sudah. Sampai sekarang aku masih cuba mencari semangat tahun baru. Tetap tak jumpa jumpa. Sungguh sayu. Dah berapa kali aku menangis di tahun baru ni. Tapi aku tak tahu sebab musabab yang sahih lagi benar belaka. Faktor hormon barangkali. Cehh, macam pakar sakit puan je ayat. HAHA. -.-

Countdown tahun baru dah sudah semalam. Sekarang dah sampai masa nak countdown hari pertama sekolah yang mula 1 hari dari sekarang. Countdown yang makin rasa nak menangiskan aku di tahun baru ni. Apa daa ayat berbelit melingkar-lingkar. -.-

Sekarang aku memerlukan khidmat pakar kaunseling yang akan membantu aku mencari semangat tahun baru. Ataupun khidmat Syarikat Impiana yang akan merealisasikan impian aku untuk mencari semangat tahun baru dalam masa tiga bulan dengan apa cara sekalipun. Fuh, tak sempat kot, tiga bulan tu. Baik takyah kan? Pfft, merepek lagi. -.- Korang takde rasa nak bantu aku ke?

Daripada terus menerus update blog tanpa tujuan ni ada baiknya aku memberhentikan jari jari mulus yang tak beghapa halus yang sibuk dari tadi lap air mata yang jatuh tanpa arah tujuan sama macam aku update blog ni jugak. Haa, hambek kau ayat berbelit lagi. HAHA. -.-

HAPPY NEW YEAR SEMUA! :DD
*Walaupun aku tidaklah se'happy' new year* -.-

No comments: