Thursday, January 20, 2011

Resipi Kek Batik Paling Simple

Harini selepas menyampah menghadap homework yang segunung tu, tiba tiba ber-mood untuk ber-kek-batik dengan Nurul, sepupu yang gila tu. Haha, dia pun layan kan je lepas tolong aku buat esei sejarah tu. Padahal tak siap lagi pun. Malam ni sambung balik kot. Haih laa homework, kenapa kau TAK banyak lagi. HAHA, fed up! -___-"

Korang berminat ke tak berminat ke, aku tak kira! Aku nak jugak letak resipi. NAK JUGAK. AH! Tak pedulik. HAHAHAHA. ;p
Okay ye puan puan cik cik dan penonton sekalian. Haha, perlu ke taip macam tu? Nah, bahan bahan yang diperlukan. Jangan kau hiraukan pemandangan yang serabut dengan blender semua tu. :P

1 paket 250 gm butter, 1 setengah cawan gula caster, 1 cawan serbuk koko, 4 biji telur, 1 penutup esen vanilla, 2 sudu makan susu pekat dan mestilah biskut marie 500 gm (dalam sebungkus setengah lah kiranya).
  1. Cairkan butter.
  2. Campurkan semua bahan kecuali biskut marie.
  3. Kacau rata serata-ratanya sampai pekat.
  4. Masukkan biskut marie go around.
  5. Kacau rata serata-ratanya lagi.
  6. Haa, rata macam tu.
  7. Masukkan dalam loyang.
  8. Lenyek-lenyekkan sepuas-puasnya. Mampatkan lah! HAHA.
  9. Haa, dah siap macam ni, masuk dalam peti ais! :)

  10. Kasi potong laa! HAHA. ;p
  11. Masukkan dalam bekas/pinggan dan sebagainya.
  12. Bagilah orang tersayang makan tapi sebelum tu, tukang buat PATUT rasa dulu okay? HAHA. :P
Ni yang paling simple laa kiranya. Ada jugak kek batik yang letak kacang laa apa laa kan. Ahh, yang ori baru rasa UMPH! Macam KFC laa. Spicy mana sedap sangat. Original tetap di hati. Ehh, takde siapa rasa nak belanja aku KFC ke? Macam sedap je. HAHA. Lari topik. ;p

Esok sekolah balik. Aduh, apsal tak buat cuti sampai Isnin depan je. Malasnyaa mak nokk. Sabtu ni sekolah ganti pun bukannya pergi. Haha, kamek ke tempat orang asli laa. Tak sabar nak mandi sungai kat Janda Baik yang sejuk gila kebabeng tu. HAHA. :DD
SELAMAT MENCUBA MEMBUAT KEK BATIK YANG PALING SIMPLE DAN SEDAP NI! :DD

8 comments:

Nanad. said...

heleh. kenal sangat baju oren tu. hahaha

~ain said...

huyoooooooooooooooo! nak sikit!

iqbal said...

kenape ade no 12 ? HAHA

.imah. said...

kak nad,
ehh? kenal ek? mana kenal ni?
HAHAHAHA. ;p

along,
tu dh ade resipi. apa lagi, buat lah sndri. nak pos jauh sgt. kang kalo pos dh smpai jadi kain batik dh. HAHA. :P

iqbal,
itu step ke 12 laa ngek. tak baca ke? hahaha. :P

iqbal said...

ye lahh, maksud saye perlu ke letak no 12 tu ? letak la kat belah lain . HAHAHAHA xD

.imah. said...

iqbal,
EHHH! skrg ni blog sape? blog awak ke blog saya? haaa. suke hati laa.
HAHAHA. ;p

CkDs AhRa said...

buat kek batik utk iqbal lah tu....asal tak antar kat akak??nak gak rasa...hahahahaha

.imah. said...

kak ct,
ceh, mana ade. buat kek batik untk makan laa. HAHA. ;p
buat sndri laa. tu dh ade resipi paling simple dh. :P