Sunday, February 13, 2011

Kentut? Haram?


MALAWI - Penggubal undang-undang Malawi dilaporkan akan membahaskan sebuah undang-undang baru pada minggu hadapan kerana kesalahan kentut di khalayak ramai.

Menurut AFP, Parti Progresif Demokrat Party berusaha untuk meminda undang-undang anti pencemaran yang pertama kali diperkenalkan pada 1929, tetapi belum pernah dikuatkuasa oleh pihak berkuasa untuk keadaan 'perut kembung'.

Undang-undang menyatakan: "Sesiapa yang sengaja merosakkan suasana di mana-mana tempat sehingga ia menjadi beracun bagi kesihatan orang ramai di tempat kediaman atau kawasan perniagaan atau kawasan kejiranan atau melintas laluan awam, akan didapati bersalah kerana perbuatan salah laku."

Menteri Perundangan dan hal ehwal perlembagaan, George Chaponda memberitahu Capital Radio: "Kerajaan mempunyai hak memastikan kesopanan awam. Kami berhak memperkenalkan peraturan di negara ini.

"Adakah anda mahu melihat rakyat negara ini kentut di khalayak ramai di mana-mana saja? Ia tidak berlaku pada zaman pemerintah diktator kerana orang ramai takutkan akibatnya. Kini disebabkan oleh multipartism atau kebebasan, rakyat boleh berkentut di mana saja."

Dia menambah bahawa "ia (kentut) boleh dikawal" dan rakyat "sepatutnya pergi ke tandas, bukannya kentut di khalayak ramai".

Bagaimanapun, menurut Metro, peguam Anthony Kamanga tidak bersetuju dengan tafsiran Chaponda tentang undang-undang 1929, kerana fasa undang-undang tersebut hanya berkaitan dengan pencemaran udara ( sedangkan kentut tidak mencemarkan udara).

SUMBER : SINI

BHAHAHAHAHAHA, tiba tiba rasa macam lawak sangat je berita ni. Tadi terdengar kat Berita TV9 dan aku gelak sungguh sungguh. Orang lain mungkin biasa je. Tapi entah, aku rasa macam lawak gilos je. Hahaha. xD

Cakap pasal kentut, tadi gataii tangan meng-google berita kentut haram ni. Pastu nampak satu artikel ni haa. Weh, serius berinformasi gila. Agak-agak nak buat folio pasal kentut ke, boleh laa korang rujuk kat sini. HAHAHAHA, ape kejadah nak buat folio pasal kentut. Kentut punya tak senonoh. xD
Bolehkah menyalakan mancis dengan kentut?
Jangan mengada-ada. Suhunya tidak cukup panas untuk memulakan pembakaran.

BHAHAHAHA. Yang lain boleh baca kat SINI.
Cakap pasal kentut lagi, teringat cerita Hantu Kak Limah Balik Rumah yang bahagian si cacat kerusi roda tu terkentut time nak masuk rumah Kak Limah tu. Damn, tak senonoh gila. Haha, Usop nama dia. Dia yang suka goyang goyangkan tangan ala-ala tarian camtu, sebab dulu dia bekas penari kebudayaan. Haha, kentut dia dalam cerita tu taknak panjang pulak bunyinya. HAHAHA, kentut betul. Nak kena bakor ni, bakor je, BAKOR! Hahaha. xD
Kesimpulannya, pada aku lah. Kentut laa korang asalkan tak mengganggu hidup seharian aku. Tapi kalau mengganggu hidup tu pun takkan sampai nak haramkan kan? Berpada-pada lah kot. Kentut tu kan dah fitrah dan mungkin juga suatu kepuasan? HAHAHA. xD
KENTUT jangan tak KENTUT. :P

No comments: