Sunday, March 13, 2011

Sabtu Ahad Bila Dah Cuti

Cuti, sudah mulaaaaa! Baru hari kedua cuti sekolah seminggu ni dah boleh tahan jauh kaki aku merayap. Haha. Tahniah laa Imah, ada 7 hari lagi ni nak merayap. Wooo~ ;p

Petang Sabtu, ikut Along, Abesam dengan Icah pegi Mines. Entah cari apa benda segala barang semua. Makan dan terus balik. Dan ini ialah kebajetan semasa makan dengan Ray Ban baru Icah. Haha, takde motif. x)
Malam tu pergi wedding cousin. Wah, macam dalam Nona! Ada red carpet apa bagai. Okay laa. Jumpa sepupu jauh dan ramai ramai tu. Kadang-kadang bila dah ramai sangat sepupu boleh sampai terlupa nama. Maaflah, banyak benda nak kena ingat. Ehee. Ini dekat pintu dewan yang macam dalam Nona tu dengan dekat meja makan. Ehh, tengok sikit mata aku tu. *winkwink*. ;p
Malam lepas balik wedding tu, terus tukar baju mana yang patut pergi uptown Mines tu. Wuargh, masih bosan. Belum cukup banyak gerai macam dekat downtown Cheras tu an. Eh, kejap, apa beza downtown dengan uptown ni? Ah, pening. Haha, balik pukul 1. Yeah, satu hari yang penuhhhhhh. :O

Pagi tadi, well takde pagi sangat pun. Nak dekat tengah hari jugak sampai Hypermedia MPSJ ni. Bas Metro jalan macam siput. Pastu balik nak laju macam tenggiling pulak. Pening aku lah. Dengan penuh semangat waja, siapkan homeworks. Tapi tak siap pun, tinggal Physics je. Ah, terus takde mood nak siapkan bila tersepit antara dua macam ni. -___-"

Takpe, itu Fitri boleh tolong. Kan Fitri kan? HAHA. Hamek kau muka pening cari jawapan tak jumpa. BANGANG, baru Form 4 cari jawapan dekat buku Form 5. Memang boleh jumpa. Adoi! Aku pun dah tak faham laa apa nak jadi. Haha.
Bila ada buku Add Math dan dan je tangan kat kepala. Konon pening laa tu. Tapi Add Math memang suka buat orang pening pun. Ini wayang je. Aku buat kerja Chemistry, bukannya Add Math. Ini Aida punya kerja laa ni. Haha. ;p
Oh, btw. Kenapa aku selalu kena pilih antara dua benda yang aku sayang dan dua orang yang aku sayang. Seriously, sangat pening. Kalau pilih yang ni, yang tu terasa hati. Kalau pilih yang tu, yang ni dah takde hati. Habistu, aku yang tak sedap hati kat tengah-tengah ni macam mana pulak? Haih laa hati, awak memang complicated. :(

Aktiviti cuti sekolah bukan setakat di sini sahaja! Yeah, masih ada Isnin Selasa Rabu Khamis yang penuh dengan perancangan! Semoga semuanyaaa berjalan dengan lancar. Weeeee~ :D
OH, esok kena bangun awal. -.-'

2 comments:

• Alya • said...

kak imahhh. tu cardi ke baju? comel la puff puff tuh :P

.imah. said...

alya,
tu baju. hehe, puff tu mmg comel.
ni baju kesayangan ni.
ahaha. ;p