Thursday, March 10, 2011

TRYING...

Hari selepas hari jadi saya adalah awesome bila dengan kawan kawan sayang saya! Teghime kaseyyy korang! Menggila macam nak bapos, semangat bersukaneka PRS macam nak bapos padahal tak menang pun dan aku suka gila kek bulat kecik comel yang korang bagi tu. WAH, aku sayang korang weh! Korang cool gilaa macam kucen hitam ni! HAHA. :'D
Awesomeness nya berkurang sikit bila dekat lorong rumah nampak orang bermotor. Ah, aku down. Down gila gila bila nampak tu dan teringat semalam. Tapi cuba relax cool, tenang ye, tenang. Insan yang cemerlang kena tenang ye. Haha. -.-
AH, tak tertahan. Menangis jugak akhirnya. Bila jumpa depan depan. Entah, aku tak sanggup nak pandang muka dia. Lagi buat aku rasa nak menangis bila ingat sepatutnya muka tu lah yang jumpa aku semalam, muka tu lah yang sepatutnya senyum bagi hadiah dekat aku semalam dan sepatutnya, BUKAN HARI NI! :(

Yeah, saya tahu awak betul betul nak mintak maaf. Saya pun memang rasa macam nak maafkan awak. Saya tahu awak betul-betul rasa bersalah sampai nak melutut depan saya. Saya pun rasa bersalah jugak tengok awak melutut macam tu. Saya tahu awak sedih bila jadi macam ni. Saya pun sedih, lagi sedih daripada awak. Saya tahu awak menangis sebab saya tolak tolak maaf dengan hadiah awak tu. Saya pun menangis sebab terpaksa tolak tolak macam tu je maaf dengan hadiah awak tu. Saya tahu awak betul-betul sayang saya. Saya pun sayang awak. Saya tahu awak betul-betul nak saya pandang muka awak. Saya pun memang nak pandang muka awak, tapi entah, saya tak tahu, saya tak sanggup nak bagi awak tengok saya menangis dan saya tak sanggup nak tengok awak menangis. Saya tahu awak frust bila kena balik macam tu je tanpa dengar suara saya. Saya pun frust sebab entah kenapa saya boleh tak tercakap pulak dengan awak. Saya tahu benda semalam dah lepas. Tapi, SAKIT HATI tu tetap ada jugak. Saya tahu awak dah cuba yang terbaik nak mintak maaf dengan saya. Saya pun dah cuba yang terbaik untuk nak maafkan awak. Tapi, entah. Saya terlebih ego kot, jual mahal, keras hati, nak kena pujuk lebih lebih lagi kot. Ah, saya tahu saya bengada. Ehm, saya akan cuba. I'm always trying. Awak, :(
Ehm, rasa nak menangis lagi harini. AHH, dah menangis dah pun. Takde rasa rasa lagi dah. :(

No comments: