Friday, September 16, 2011

Budak Tadika

Cerita lama. Khamis minggu lepas. Tapi dok godek-godek Facebook tadi, ternampak pulak gambar ni. Jadi, semangat nak cerita tu lebih sikit. Lagipun harini cuti Hari Malaysia kan, dah takde kerja sangat nak buat. Dahlah duduk sorang. Semua balik kampung, tapi balik hari sahaja jadi malas laa nak ikut. Btw, SELAMAT HARI MALAYSIA. :)

Eh, kejap! Aku bukan nak cerita pasal gambar Khamis minggu lepas ke? Apsal laa sampai mengarut jauh cuti Hari Malaysia, tak ikut balik kampung ape bagai ni? Haha, kayfoine sedar sendiri. Nah, gambar sebenar. ;)
Ni namanya usaha mencegah penyalahgunaan dadah, rokok dan pemerdagangan manusia dalam kalangan pelajar tadika kerana ada kajian menunjukkan semua kegiatan di atas memang melibatkan budak-budak tadika ni. Dalam kata lain, namanya ialah Ops PPDa (Pendidikan Pencegahan Dadah). Cehwah ayat aku tak menahan macam pakar je. Tapi ini seriussss, mesti bantu dia! ;p

So, pergi sana bercerita dekat budak-budak ni pasal bahaya kegiatan-kegiatan tersebut. Kumpulan aku bertiga bersama Wawa and Fitri cerita pasal pemerdagangan manusia ni. Tapi belum habis cerita budak-budak ni dah tau ending. Nampak benoo suka tengok cerita melayu yang budak kena culik sebab dia main kat taman sorang sorang. Haha, pandai budak-budak ni.

Adik-adik, ingat ya. Jangan terlibat dengan dadah, rokok serta berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa pemerdagangan manusia ya. Jadi generasi muda yang berguna untuk semua. *Cehwah, ayat aku kembali tak menahan. xD

Btw, gambar tu aku rasa cute je budak yang aku pegang tu. Nama dia Azam Iqbal. Cehwah! HAHA. Tapi kuat buat muka dia ni. Pantang nampak kamera. Nasib baik comel. Banyak lagi budak comel yang dijumpai tapi takde kesempatan pulak nak bergambar. Ada sorang tu, sebijik macam Aim. Nama dia Firdaus. Memang aku dah rasa macam adik aku dah. xD

Oh, sebenarnya ada dua tadika yang aku pergi. Tadika SK Serdang dengan Tadika UPM. Tapi aku lagi suka dekat Tadika SK Serdang. Hehe, sekolah lama juga di hati. Banyak dah berubah sekolah tu. Tapi Penolong HEM dia tak tukar lagi, orang yang sama. Pastu kenal lagi aku pulak tu, aku ingat tak kenal. Hee, sorry cikgu. :3

Tapi keseluruhannya seronok dapat cakap-cakap dengan budak-budak ni. Kalau boleh nak buat lagi macam ni. Kalau boleh lah. Tapi rasanya macam tak. Haha, nevermind. Azam Iqbal, Firdaus dan adik-adik lain, jumpa lagi lain kali. :)
Jadi budak tadika balik mesti best! :D

No comments: