Saturday, November 26, 2011

Pinky Dinky Doo

Bersemangat waja update blog kali ni. Yeah bersemangat waja. Aku baru sedar aku makin suka tinggalkan cik blog ni. Layan Facebook and Twitter tak sudah sudah. Kesian dia. Hapdet jarang jarang. Kalau ade pun pendek pendek. Jangan nangis ye cik blog.

Sebenarnya, nak diikutkan. Banyak jugak dah aku type untuk new entry. Tiba-tiba aku terus, select all tekan backspace. Haha, entahlah nak. Apesal makin sadis jadinya. Kadang-kadang nak update cerita pun takde ape yang nak diceritakan. Kan sadis tu. xD

Dah, balik pada tujuan asal. Dengan mengikut tema Polkadot Pink, tengah hari tadi pergi Banglo AinMaisarah yang digunakan untuk buat perjumpaan peminat-peminatnya. Aku saje je datang nak lihat lihat. Aku kan memang peminat die pun. Haha, tapi sayangnya kalini, nampak die je. Lepastu dah hilang. Tak sempat salam tuan rumah. Sadis betul. -___-"

Ayah pulak dah berangin sakit kepala entah kenapa. So, tadi sangat rushing dan sangat sekejap. Haih, takpela. At least, tersambar jugak dua novel ni. Follow jugak aku Siri Super Hero Sri Bangsar ni. Yang lain tak berapa sangat dah. Diari Gadis Bintang tu pun baru je habis baca tadi. Cuma yang aku tak fahamnya, motif guna plastic handphone untuk plastik beli buku. Hahaha.
Barangkali plastic free kot. Haha. Aku pun tak faham motif aku letak phone buruk keypad 1 takleh tekan tu. Barangkali saje menggedik. Haha, bila boleh tukar phone ni. Makin sakit jiwa takleh tekan 1, button low volume pun macam harem. *Eh emosional pasal phone pulak? Haha.

Emak pun bukan main bergambar dengan kakak-kakak puteri ni. Hahaha. Pastu baru perasan, muka akak Azzah pakai baju pink tu lebih kurang sama dengan muka mak. Kakak-kakak puteri, kan bagus kalau lain kali nak jadi puteri ajak saya? Hahaha, #perasan
Lepastu lagi, terjumpa Malik iKLan Gangster doh! AmanWan lew. Kalau tak dapat jumpa Aaron Aziz ataupun Malik KL Gangster yang sebenoo, jumpa yang parody pun kira best jugak lah kan. Haha. Tapi serius videos Incik AmanWan ini memang best. Subscribe subscribe! :D

Sungguh pinky dinky doo pandangan aku pada gambar ini. xD
Nah, iKLan Gangster. Dah lamaaa pun sebenarnya. Tapi saje je nak tunjuk cemano aku kenal Incik AmanWan ini di awal popularitinya. Cehwah, gile ayat aku tak menahan. Hahahaha. Kayfoine, tengok je laa. xD

Haaa, sekali semangat hapdet belog sampai. Berjela siot. Dah lah tu. Lama pun lama jugak hapdet yang ni. Masakan tidak kalau kau leka melayan Twitter and Facebook tu? Haha semakin kasihan cik blog ni. Maaf ya cik blog. ;)
Salam Maal Hijrah, kalian. :)

6 comments:

~ain said...

kakak puteri dah macam emak puteri sikit2.. heheheh tapi comel laaaa! kalau emak, jadi nenek puteri.. hahaha

.imah. said...

hahahaha. mak kata die nenek kebayan laa. bukan nenek puteri. xD

meo188 said...

terbaek!

.imah. said...

ye incik meo. terbaek. ;p

Alya said...

memang semua orang dapat plastik sony ericsson ek?

dahsyat kak ain ;p

.imah. said...

alya,
tak jugak kot. untuk pembeli sikit sikit mcm kak imah je. hahaha. xD