Sunday, December 11, 2011

Just Sharing

Biasalah cuti kan takde kerja nak buat (padahal sebenarnya banyak!), so aku pun jalan sana jalan sini di alam maya. Cehwahhh. Banyak juga yang menarik pada aku tak tau pula pada kalian semua. Nah redah jelaa. Hehe. :p

Baru aku tau rupanya pencipta asal komik Doraemon, Fujiko Fujio meninggal dunia sebelum sempat buat ending komik ni. Haha, apa punya lame aku ni aku pun tak tau. Tapi ini ada orang yang reka cerita untuk The Final Doraemon. Tak pasti sama ada ending ini yang mendiang Fujiko Fujio fikirkan. Dapat tahu pun dari SINI.
Aku suka pulak tengok. Hahaha, kayfoine pelik. Tapi pedulik hape aku. Nobita sanggup berusaha macam tu sekali untuk Doraemon and akhirnya dapat juga Nobita kawin dengan Sizuka. How sweet. Hihihi. Tak sangka kan sebab selalunya Nobita ni jadi losers. Haha, aku sepatutnya lebih relax kerana ni kartun je pun. xD
Dan baru juga aku tau owl necklace yang tengah hot jadi trending para remaja kini ada kaitan dengan sesuatu yang tak patut untuk orang Islam. Rasanya ramai dah tau dari post di SINI. Haa, aku pun kurang tahu pasal apa muslihat lain tentang binatang owl ni. Apa yang aku tahu perhiasan yang jelas sekali menunjukkan sifat fizikal sesuatu benda yang hidup macam haiwan atau manusia memang tak boleh kita gunakan.
Oleh sebab itu juga aku tak pernah rasa nak memiliki atau memakai rantai trending ini. Walaupun pada dasarnya, aku pun rasa benda ni cute terutama sekali yang bawah tu. Hehehe. Same goes by perhiasan lain yang ada owl ni macam cincin ke kan. Macam-macam dunia sekarang.

Memang entri tu hot kot sekarang. Banyak komen yang ada. Ada je yang butthurt, ada yang setuju, macam-macam laa manusia kan. Tapi daripada banyak komen yang aku baca daripada entri tu, walaupun tak baca semua, ada satu komen yang aku rasa sesuai juga diambil perhatian. Aku pun macam butthurt sikit baca komen ni. Tapi takpe, aku terima sebagai teguran untuk perubahan yang baik. Tak gitu yopp? :)
assalamualaikum. saya setuju sangat dengan entry yang ni. sangat berguna. kepada orang yang tak percaya tentang freemason ni semua, saya senangkan cerita la. saya tau rantai ni cantik. semua orang nak pakai. tapi perasan tak, rantai ini panjangnya hanya di paras bawah sikit sahaja dari dada? ini secara tidak langsung anda akan memendekkan tudung anda supaya rantai itu akan kelihatan. dan satu lagi, bila anda memakai rantai ini, sedar atau tidak, anda sudah menarik perhatian orang lain termasuk juga kaum Adam. anda suka kalau kaum Adam memandang ke arah dada anda? suka? tepuk dada tanya iman :) - VanillaIce
Tapi apa-apa pun yang kita buat berdasarkan niat. So everybody, renung-renungkan dan selamat beramal. Kalau nak fashion tu boleh je aku rasa, asalkan ada batas. Jangan sampai jadi mangsa fashion and lupa apa yang sepatutnya kita buat sebagai hamba-Nya. Entri dah ala-ala ustazah pula. Haha, bukannya apa. Just sharing and reminding.
Macam orang selalu cakap, sharing is caring and reminding also caring laa. Hehehe. :)

No comments: