Friday, December 30, 2011

Lama Sudah Tidak Kutemu

Lama sudah tidak kutemu idea nak menaip di sini. Entahlah, makin lama makin susut idea ni. Sebenarnya, selalu je ada cerita kehidupan aku ni yang agak lain daripada yang lain untuk dikongsikan. Cuma idea penaipan itu semakin susut. Entah kenapa, semakin hari semakin tersangkut penaipan aku. Ishh ishh.

Last update pun just WW je. Tiada penaipan yang dilakukan. Itu pun 2 minggu lepas. Sekarang, bulan Disember pun dah nak blah. Januari dan 2012 nak datang menjengah. Menjengah apekebendenya? Nak duduk dulu setahun. Terpaksa aku melayan tetamu 2012 ni sehingga 2013 pula datang. Apa yang aku mengarut ni? Haha, okay dah.

Lately ni aku rasa akulah manusia paling bosan sekali. Haha, bosan bosan pun belajar taknak, tolong mak buat kerja rumah malas. Apa ke teruk perangai minah sorang ni? Nak berniaga pun peluang dah ada cuma teknik dan bakat serta minat tu yang tiada. Tak percaya? Meh aku tunjuk kat korang peluang yang aku ada ni.
Haa, handmade keychain and phone strip ini dibuat khas oleh KUMBANG_ARTSTUDIO yang diwakili oleh bakal kakak ipar saya. *Wink wink* Saya sebagai bakal adik ipar yang comel lagi baik hati (ok perasan boleh?) hanya ditugaskan untuk menjualnya sahaja. Yang ada pada saya hanya 25 barang ini sahaja. Tetapi saya sendiri tidak yakin sama ada mampu menjualnya habis ataupun tidak kerana saya adalah sangat tidak berbakat dalam bidang perniagaan. Berminat pun jauh sekali.

Walau bagaimanapun, saya telah berjaya menjual 2 daripadanya kepada diri saya SENDIRI. HAHAHAHAHAHA, sekarang korang boleh gelakkan aku. Betapa aku ni tiada bakat sampai boleh beli untuk diri sendiri barang tu. Ah, takpe. Aku memang perlukan barang itu untuk diberi kepada dedua orang, bukan seseorang. :P

So, kepada kalian yang berminat dengan barang handmade istimewa dari Johor ini silalah contact saya. Tetapi harapnya orang-orang area Serdang jelah kerana untuk menghantar benda yang istimewa tetapi kecil ini di kawasan yang lebih jauh mungkin tidak berbaloi untuk anda dan untuk pihak kami. Hihihi.

Harga pengenalan adalah sangat cool. Dengan tidak melebihi RM4, anda sudah boleh memiliki pelbagai keychain and phone strip yang menarik seperti yang ada dalam gambar tersebut. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, boleh lah cari saya nanti ya?

Aku just buat iklan kasar je kat sini. Lain kali baru buat detail sikit pasal barang ni. Tapi iklan pun macam tak ikhlas. Alahh, aku tak reti laa nak buat macam mana. Tetapi, harapnya ada jugalah yang berminat. Hahaha, harapnya juga harapan ini tidaklah menjadi harapan yang hambar. Kayfoine, sekian daripada saya peniaga yang tidak berbakat tetapi harap kalian berminat dengan produknya. Assalamualaikum. :D
Marilah mari, kita membeli, barang comel buatan tangan ini. Hehehe. :D

No comments: