Thursday, December 8, 2011

Ombak Novel Cinta

Title meniba, gambar bawah ni pun meniba. HAHA ;p
PROBLEMMMMMMMMMMM? :3

Rabu, tengok wayang murah yehuuu. Pergi tengok Ombak Rindu, tapi agak petang and ramai gila orang tengok sampai seat depan sekali pun ada manusia juga. Hebat nauuu penangan filem adaptasi novel ni yew? O.o

But I still don't get it bila orang yang tengok sebelum ni sampai menangis tengok. Aku tengok biasa je. Siap rasa lambat nauuu habis. Haha, sedih memang sedih. But sedih tu sedih tipikal filem Melayu yang adaptasi daripada novel kot. Yang penting, Aaron Aziz sangat hemsem. Haha. :P

Aaron Aziz ada jadi hero dalam Ombak Rindu, Stanza Cinta and Nora Elena. Baru aku perasan kebetulan ini. Haha, LAME nak buat acemano? Dan aaa dia memang hemsem. Ewah, Aaronators laa konon-konon ni. :P
Maybe dia memang sesuai jadi watak hero adaptasi novel cinta jenis-jenis Alaf21. Which is heronya seperti prince charming or mr. right kerana kacak, kaya, bergaya dan bernama yang sedap-sedap kadang-kadang tu ada darah keturunan selain daripada Melayu. Hahaha. TIPIKAL~

Serius tipikal. Kalau novel cinta macamtu mesti hero seperti prince charming (macam Aaron Aziz, auwwww, HAHA), heroin pulak selalunya jadi watak yang paling kasihan, lepastu happy ending yang menunjukkan akhirnya hero dan heroinnya berdua bersatu dan ada anak takpun heroin mengandung. TIPIKAL lagi~

Aku rasa baca novel cinta macam ni mesti akan selalu buat korang serius berangan nak happy ending macam tu takpun nak ada hero kaya kacak bergaya macam yang ada dalam novel tu. Masalahnya, yakin ke boleh dapat?

Lagipun baca banyak banyak cerita sedih si heroin akan membuat korang sensitif laa sangat sikit-sikit nak tacing konon macam heroin novel tu laa? Haha, tak payah! Memang selalunya aku tengok orang sekeliling aku yang kuat melayan novel-novel cenggini biasanya memang sensitif. Serius doh kuat sentap. O.o

Kesimpulannya, disebabkan ke-tipikal-an novel seperti itu, aku memang tak layan novel sebegini. Baik laa terus merasa diri ini remaja muda yang baca novel remaja. Takpun novel dewasa yang bukan cerita cinta (kalau dah bajet diri dewasa sangat). Haha. xD
Akhir kata, renung-renungkan dan selamat membaca. :P

2 comments:

cik aika , said...

AKHIRNYAAAA , ade gak y kate cite tu biasa biasa tak sedih sgt pun. novel dy sedih gila kutt

.imah. said...

aika,
yeah selalunya mmg cmtu. filem adaptasi drpd novel cinta selalu tak berkesan sgt nk buat kita leleh air mata. kalau novel tu lagi berpotensi sebab die ada tulis situ apa yang watak tu rasa and mcm mana suasana sedih tu. dan memang sedih. tapi aku tak baca pun lagi novelnya. hahaha