Saturday, December 31, 2011

Renew Your Calendar

2011 GONNA LEAVE US AND 2012 IS COMING.
Dear 2011,
Kau ajar aku erti berpisah dengan kawan-kawan rapat yang masuk hostel. Kau ajar aku erti menengah atas, bila aku kena rehat lambat sikit daripada budak menengah bawah. Kau ajar aku untuk cuba faham dan mengerti bahawa kau memang susah nak dihadapi berbanding tahun menengah bawah aku. Kau ajar aku faham dengan jayanya subjek Chemistry yang baru bagi aku. Kau ajar aku untuk cuba tidak mengantuk dalam kelas Physics yang sebenarnya sangat mengantuk tu. Kau ajar aku untuk lebih banyak ingat tentang badan aku, badan binatang dan badan tumbuhan bila aku belajar Biology. Kau ajar aku untuk cuba bertahan dalam kelas Add Math yang kadang kala mampu membuat aku menangis. Kau ajar aku erti kepuasan bila lulus Add Math. Kau ajar aku erti sambut birthday paling selebet sekali seumur 16 tahun hidup aku. Sumpah, aku tak lupa. EH?

Memang banyak yang aku belajar daripada kau. Kalau nak disebutkan semua di sini, aku tak mampu kerana terlalu banyak dan aku memang tak ingat sangat pun. Yang aku ingat memang kau banyak mengajar aku. Terima kasih kerana banyak mengajar aku. Paling penting kepada Allah, terima kasih kerana beri aku peluang untuk belajar semua ini sepanjang tahun 2011.

RENEWING YOUR CALENDAR....... 

Dear 2012,
Kau bakal ajar aku erti sebenar senior year walaupun ketinggian aku tak menggambarkan yang aku ni senior. Kau bakal ajar aku erti fokus 140% macam tahap Russian dalam kelas. Kau bakal ajar aku erti balik lewat kerana terlalu sibuk dengan kelas tambahan. Kau bakal ajar aku erti kesusahan untuk berjaya. Kau bakal ajar aku erti sebenar berusaha untuk masa depan yang lebih berjaya. Kau bakal ajar aku suasana sebenar peperiksaan yang mungkin mampu ubah 30 tahun masa hadapan aku. PALING PENTING, aku harapkan kau bakal ajar aku erti KEPUASAN TANPA HAD bila aku berjaya dengan cemerlang dalam hal tersebut.

Memang banyak yang kau bakal ajarkan kepada aku. Aku harapkan sesi pengajaran dan pembelajaran kita selama 365 hari ini akan berlangsung dengan jayanya. Yang aku pasti, kau akan sedikit kasar kepada aku demi kejayaan aku sendiri. Semoga kita dapat bekerjasama. Paling penting, semoga Allah panjangkan umur aku lagi tahun ini untuk terus berbakti sebagai seorang insan yang berguna.

DONE RENEWING!
SELAMAT TINGGAL 2011, SELAMAT DATANG 2012.
SELAMAT TAHUN BARU UNTUK SEMUA! :)

No comments: