Saturday, March 31, 2012

Pertama Kali dalam Matematik Tambahan

It supposed to be pertama kali dalam sejarah. Tapi ini bukan mata pelajaran sejarah punya cerita. Ini Matematik Tambahan punya cerita. Mwahahaha. Ini memang betul betul pertama kali dalam Matematik Tambahan apabila mendapat markah Matematik Tambahan seperti ini. :O
Haha, time dapat paper haritu pun rasa macam nak kena stroke. Rasa je. Tapi tak kena pun. Sebenarnya hiperbola je lebih. HAHAHA. Dah dapat macam tu je pun kira bersyukur sangat sangat kuasa lapan ratus. Paling tinggi yang pernah aku dapat kot dalam masa setahun lebih belajar tambah-tambah matematik ni. Tapi macam mana ada budak yang dapat 100%? Rasa macam nak korek otak dia lepastu masukkan data dalam otak aku. Mwahahahaha. *gelak kuasa kejahatan* xD

Yang lain biasa-biasa jelaa. Sejarah je macam pffft sikit bila kena buat 6 essay dan 2 soalan subjektif dalam 1 jam je. Sangat naiseee tambah dengan hilang 11 markah melayang begitu sahaja. Tapi nasib baik dalam lingkungan yang selamat lagi. Kalau tak hancur musnahlah harapan hatiku untuk ujian kali ni. :O

Takpelah. Cukup berpuas hati dah ni. Kalau teruskan macam ni sampai SPM nanti, insya-Allah boleh diberikan kejayaan yang diimpikan oleh setiap lapisan masyarakat. Amboi ayat aku semakin tak menahan, lapisan masyarakat katanya. HAHA. Settle dah satu ujian. Beberapa ujian yang akan menyusul nanti.

Termasuk SPM yang tinggal 219 hari lagi. Semoga aku lebih fokus lepas ni. Yalah, bulan 3 dah nak kata bye bye dah. Esok 1 April 2012. Nanti kang sedar sedar dah 1 November 2012 lepastu beberapa hari kemudian terus SPM. Menganga je nanti. Baik siap sedia. Taknak kecewakan diri sendiri dan orang lain yang mengharap. Usaha itu escalator kejayaan. *Taknak kalah tu guna escalator, hahahaha* xD

Insya-Allah, BH013A010 boleh! Amin~ :)

2 comments:

Anonymous said...

KITA SAMA !!! *excitedface.jpg*

.imah. said...

sama yg mana satu tu? hihihi :P