Tuesday, October 16, 2012

Kehilangan yang Nyata

Pagi 4/9/2012
"Ayah, Imah pegi sekolah dulu." *salam*
"Mari sini ayah peluk, ayah nak balik kampung, nanti lama baru jumpa," *peluk*
Dari keluar rumah sampai duduk dalam kelas, tak henti-henti doa dalam hati,
"Ya Allah, jangan jadikan ini pelukan yang terakhir"
.doa termakbul.

Pagi 11/9/2012
"Imah, jangan jadikan keadaan ayah ni alasan untuk kau jejaskan pelajaran kau. Jawab periksa elok-elok. Itu masa depan kau. Belajar rajin-rajin," *nangis, peluk, cium*
Dari keluar wad hospital sampai habis jawab periksa, tak henti-henti doa dalam hati,
"Ya Allah, jangan jadikan ini perjumpaan terakhir aku dengan ayah"
.doa termakbul.

Malam 11/9/2012
"Imah, tolong suruh ayah minum air. Badan ayah dah kering dah tak minum air."
*Ayah minum sikit, lepastu taknak lagi*
"Imah sayang, dahlah. Ayah sakit tekak, takleh minum air."
*Kesian tengok ayah sakit*
Dari buka buku Kimia sampai baring dah nak tidur, tak henti-henti doa dalam hati,
"Ya Allah, jangan terus biar aku tengok ayah sakit macam ni"
.............................

Pagi 12/9/2012
"Imah, bangun Imah. Ayah dah takde."
...........................

Siapa tak sedih bila dikejutkan dari tidur dengan berita macam tu? Siapa tak rasa jatuh bila tengah trial exam ditampar dengan tamparan padu ni? Sekali dua, aku terfikir. Doa aku malam tu makbul ke? Kenapalah aku doa macam tu? Menyesal. Kali ketiga, aku istighfar. Memang qada dan qadar ditulis begitu. Siapalah aku nak menghalang? 

Sayu, sebak, sedih bercampur jadi compound dalam hati. Rasa terlalu lemah, layu. Jatuh tergolek berbatu-batu.Tapi aku sedar dan selalu ingat, Allah takkan uji hamba-Nya untuk ujian yang tak tertanggung oleh mereka. Allah tahu, kami kuat untuk ini. Semua orang akan merasainya, waktu sahaja yang belum tentu.

REDHA. Berkali-kali aku dengar perkataan tu. Ya, aku redha. Tapi aku tetap RINDU. RINDU sampai bila-bila. RINDU yang tak akan ada penghujung. RINDU di kaki langit, RINDU di hujung dunia macam yang selalu ayah madahkan. RINDU yang amat sangat. 

"Ingat tak, siapa yang suka bagi kucing makan lepastu nyanyi lagu kucing meow-meow?"
"Ingat tak siapa yang suka berkebun pakai topi koboi takpun topi meet uncle hussein?"
"Ingat tak siapa yang suka dengar lagu-lagu Arab?"

Ingatan Imah tentang itu semua takkan pernah lupus dari pusat penyimpanan data dalam minda dan dalam hati. Imah sayang dan rindu ayah selalu. Pesan ayah selalu ada dalam hati. Imah doakan ayah selalu. Semoga ayah tenang di sana. Al-Fatihah...
33 hari berlalu, doa dan al-Fatihah buat ayah selalu.

4 comments:

Farrah Wahida said...

Kak Ima sabar. saya tahu perkataan ini dah selalu sgt kita dgr bila kehilangan seseorang.Tapi hanya org yang hadapi akan memahami.Sya juga akan hadapi benda ni atau org sekeliling yang merasai benda mcmni dulu. :) senyuman di kala ini selau teringat momen2 dahulu bersamanya.Entah esok kita pulak yg ditangisi.

:):(:):(:) setiap perkara itu ada penghujungnya.

Sara Imanina said...

Innalillahi wainna ilaihi rajiun.

Imah, takziah. Terkejut sangat bila baca post Imah ni. Tapi betullah Imah cakap, Allah pilih Imah sekeluarga untuk hadapi dugaan ini kerana Dia tahu Imah dan keluarga kuat.

Bertabahlah dan bersabarlah.
Setiap yang hidup, pasti akan kembali.

N-Addens said...

sebak kita baca :/ terkejut masa kita dapat berita pasal ni. mohon kamu diberi kekuatan untuk tempuh semua ni yea. Allah sentiasa ada bersama kamu dan keluarga kamu. moga ayah kamu ditempatkan dalam golongan-golongan orang yang beriman.

kamu kena kuat tau!

filzah ismail said...

imah , salam takziah. aku baru tahu imah . by the way, kau kuat kannn . all the best yaww :')