Thursday, November 29, 2012

Bebas Beremosi

"Saya sudah bebas..bebas..bebas!" *ada dengun*
"Saya bebas yespiem..yespiem..yespiem!"
Buku-buku rujukan dah simpan sekotak untuk sepupu. Kertas-kertas and buku-buku latihan dan letak dalam satu kotak tapi nampaknya tak muat, kena amik kotak lain pula. Kena kitar semula demi mengekalkan kestabilan ekosistem di samping menambah sedikit kestabilan ekonomi walaupun tak seberapa. Yes! Tak perlu simpan habuk lagi dengan menyimpan benda-benda ni lagi. Dan yang paling yes sekali ialah, tiada lagi aktiviti menggosok baju sekolah yang paling aku benci tu! HAHAHA! :D

Tapi bebas SPM tak bermakna kau boleh buat semua benda ikut suka hati kau. Sila relakan hati untuk jadi lain daripada yang lain. Walau hati kau memang sedih dan kecewa sebab tak dapat buat macam mana orang lain buat dulu. Kesal sedikit tak dapat buat apa yang kita nak macam mana orang lain boleh buat dulu membuatkan kita dah tak tau dah nak buat apa lepas ni. Yelah, aku kan insan yang bertuah. Allah ada plan lah tu. *Ayat paling menyedapkan hati buat masa ni*

Lepasni setengah bulan je di Serdang, Selangor sebelum aku tinggalkan tempat aku membesar selama 17 tahun ni. *Ewah, ayat drama melayu* Ya, penghijrahan ke Kg. Hilir Pantai, Kuala Sg. Baru, Melaka. Like seriously Kg. Hilir Pantai? HAHA. Memang so kampung lah. Tapi terimalah kenyataan, semuaaaaa ni untuk mak. :)

Jadi, sebarang pertanyaan berkenaan apa aku nak buat lepas ni adalah sangat tidak prihatin kerana aku takkan dapat nak jawabnya dengan jawapan yang jitu. Biarkan semuanya berjalan ikut waktu. Aku ada hidup yang baru di tempat yang baru lepas ni. Harap dapat sesuaikan diri dengan jayanya! :)

Sekarang kena relax dan cool dengan buat apa yang nak dibuat kat bandar yang tak seberapa ni dengan kawan-kawan yang ada sebelum bulan depan. Buat masa sekarang, undangan kalian untuk bergembira di bandar tak seberapa ini sangatlah dihargai. Ngahahahahaha. xD

Yang bercampur emosi ; lepasan SPM 2012 bandar tak seberapa.

5 comments:

misslily said...

Kuala sg.baru? Jalan akak balik melaka kalau dari pd tu. hehe. Selamat jadik orang melaka. heh ;p

misslily said...

ala lupe, ni kak nad. dah jadi bunge lily, tak sanggup nak jadik orang dah. haha

Nur Halimatunsaadiah said...

jap jap jap! Betul ke yg aku baca ni? Kau nak pindah?! O_O

Alya said...

alaaaaa lepasni blog ni macam mana?

.imah. said...

Kak nad, ye harap2 slmt laaa. Haha. Untunglah dh jd bunga. ;p

Matun, yuppp. Aku nk pindah dh 25hb ni. T.T

Alya, blog ni ada je. Taaaapi tak jaminlah selalu hapdet. Kat sana takde internet lg. -_-