*Mood menaip di screen besar*
Hahaha. Memoyos tak hengat. Mentang-mentang ada android screen kecik bak hang kan? Memang kepuasan berblog itu tiada pada android. So I'm here. Menaip sepenuh jiwa raga dekat laptop warisan sepanjang zaman. Nama laptop mestilah ada currlass.
Dalam menyusuri waktu-waktu terakhir di Selangor ni, adalah few things yang sempat aku laksanakan selain daripada movie/drama marathon, kemas bilik lagi dan lagi serta ikut "lawatan sambil bersuka-ria" dekat Times Square haritu. Walaupun tak semeriah dan semegah seperti yang di-cerita lebat-kan oleh mereka-mereka yang tertentu, tapi bolehlah dari takde.
Dating berkali-kali dengan Cek Mek Gila ni. HAHA. Harini ke sini, esok ke sana, lusa ke situ pulak. Seriously, I'm gonna miss you more than anything else in Serdang. Thanx for every moment that we spent in Serdang. Haah, kau sila terharu cepat. Jaga Serdang elok-elok weh. EH? Hehehe. :')
Belanja konon yang paling besoo laa ni. Beli kasut idaman hati gitu. Dah mengidam kasut ni lama dulu kot. Since raya haritu. Dah nak habis tahun baru dapat. Yey, panda!
Mengepau dengan jayanya. HAHA, terima kasih laa gua ucapkan pada lu kerana sudi di'pau' dengan jayanya oleh gua. Lepasni entah bila lagi nak jumpa lu. Jaga diri, hiasi peribadi okay? LOL, apakah ayat aku ni? xD
Mencuci mata di Ikea untuk rumah baru gitu. Tapi Ikea ni tempat cari idea je aku rasa. Cantik je nengok perabotnya. Padahal barang mahal bak hang and mostly tak tahan lama. Yang penting meatball dengan fish & chips dia sedap! Hahaha.
Di'pau' dengan jayanya. Hahaha, meneman Aim atau ditemani Aim nemok aku pun tak tau. Kita kira macam ni lah, aku teman Aim tengok Life of Pi sampai nangis budak tu dibuatnya dan Aim teman aku pergi Big Bad Wolf. It's fair enough. Kecuali ada sorang tu yang kebosanan teman kitorang dua. Hahaha. Spot him if you can. :P
Dan begitulah masa-masa terakhir yang aku habiskan di Selangor ini. Masa-masa terakhir di tempat membesar gitu. Aku rasa nanti, tempat hang-out yang paling dirindui ialah The Mines. Yihaa, cool enough? Hahahaha, cool la weh. Kat Kampung Hilir Pantai, Melaka nanti mana ada mall macam The Mines yang dekat, murah dan mudah lagi. Jauh wooo kena pi Bandar Melaka. :OTapi apa boleh buat. Dah takdir membawa aku ke Kampung Hilir Pantai. Hehehe ayat tak menahan dan memoyos. Hmm, secara rasminya ini adalah update terakhir live dari Taman Sri Serdang, Selangor tempat di mana aku menetap selama 17 tahun. Esok pagi sudah perlu berhijrah ke Batu 27 1/2, Kampung Pantai Hilir, Melaka. I'm gonna miss every little things here. :')
Goodbye, Taman Sri Serdang. Well, hello there orang kampung! :'D
No comments:
Post a Comment