Wednesday, February 20, 2013

Orang Kampung Baru

Hye hye hye everybody! How are you today? Fine? Good, me too. Awwwww! Ewah, starting yang ala-ala happy go lucky sambil tergedik-tergedik. Hahaha. Sebulan sekali je dapat starting begini sebab sekarang ni memang dah sebulan sekali je hapdet blog busuk sayang ni. Maaplah, mood berblog makin mengecil sebab skrin nak update blog pun makin mengecil. Sekali-sekala baru terkeluar skrin beso daripada laptop warisan. Heheee. Apa pun tak boleh. x)

Merujuk kepada title di atas, seperti yang sedia maklum aku ialah orang kampung baru. No! Bukan nama kampung tu Kampung Baru. Kampung Baru kat Keyyel okay. Me iz new here, in Kampung Pantai Hilir, Melaka.  Mungkin tak berapa baru sangat. Tapi hade haku kesah? Baru jugaklah sebab aku tak biasa lagi takde Mines kat sini. Rindu pada Mines menggunung tahu? HAHAHA, kay gurau. :P

Kat sini takde Mines pun ada musim luruh. Kau mampu? Haha. Takdelah luruh mana. Musim luruh patutnya ada sejuk-sejuk sikit an? Musim luruh kat sini panas dentum! Kengkadang ada angin, sejuk. Kengkadang angin, bahang sebab angin pantai kan. Kengkadang tu lagi haru, takde angin langsung. Bahang baq hang. Hahahaha, macam pelik ayat tu. O___o
Baru-baru ni, adalah aku round-round kampung dengan sepupu yang balik cuti. Merempit weng-weng! Dari hujung ke hujung kampung. Lalu jalan pantai je. Seronok cuci-cuci mata, tengok orang bercuti kat pantai. Tengok orang kampung melepak kat pangkin. Tengok ayam kais petang makan petang. Tengok kambing berak bersepah, takpun kambing melepak di rumah orang. LOL. xD
Masa lalu jalan kampung, terserempak dengan pakcik-pakcik or maybe atuk-atuk hisap rokok sambil baca surat khabar, ada yang lepak lepak je hirup angin petang atas pangkin. Makcik-makcik or maybe nenek-nenek pulak angkat kain, ada yang teman atuk-atuk tu melepak. Sekali lalu je makcik/nenek/pakcik/atuk tu akan senyum/angkat tangan dengan kitorang. So peramah laa orang kampung. Scene paling comey ialah bila ada sorang atuk ni cute sangat senyum takde gigi. Hikhikhikss. xD
Lepastu dekat Kuala Sungai Baru ni sangat glamour dengan ikan-ikan. Oleh itu, wajiblah lalu kawasan nelayan kalau pusing kampung. Ni haaa, bot-bot nelayan melepaks bila air surut. Tak sangka view bot-bot nelayan pun cantik jugak boleh tahan. Tengoklah siapa capture. Lewl, penuh keperasanan di situ. :P
Haruslah ada gambar syok sendiri dengan tudung kelabu kerepot yang dirembat. Pergh, ginilah rupa orang kampung baru pusing kampung. Takda hal lah setakat tudung awning kelabu yang kerepot, t-shirt rembatan, track bottom dan selipar mak yang ada ribbon siap benang-benang. Hahaha. Rare kot. Mana nak cari lagi set pakaian begini? Kalau pi Mines pun takdelah. :P
Selain pusing-pusing kampung, aku kat sini selalu lepak pantai bila petang yang redup. Petang yang panas, tak usahlah. Kalau panas, aku mendugong je depan kipas kat rumah. Sekali dua, tumpang bilik sorga mak sebab ada air-cond. Hahaha. Bila pergi pantai masa air pasang, aku transform jadi dugong laut. Seronok berenang dekat laut wa cakap sama lu. Sekarang ni air surut, tak best sangat jadi dugong laut. So, aku jadi dugong darat pengacau ketam dekat atas beting je.
Takpun aku cover ayu je lepak tepi pantai, pasang lagu via Sony Xperia sambil teman Aim and sepupu baya Aim tu mandi laut atau cover ayu dengan ajak mereka bergambar seperti ini. HAHAHA, ini kalau korang kata ayu, aku tak tau lah korang rabun atau ada katarak mata. Baik pi check cepat hokay? :P
Last sekali, yang paling cantik dekat Kampung Pantai Hilir ni ialah sunset view. Ini lagi rare okay? Kat Serdang kompem tak jumpa. Apatah lagi kat Mines. Semua bekas tempat tinggal wa takde ni semua wa cakap sama lu. Kat Kampung Pantai Hilir yang indah permai je ada. Serius talk. :P
Ah aku ni memang selalu ghupe ini. Nak tunggu hapdet blog sebulan sekali. Pastu sekali dah hapdet, takde belas kasihan kat keyboard ni. Bila sekali dah membebel, keyboard pun naik lenguh kena ketak-ketak-ketak dengan rakus. Kali ni siap gambar ditepek-tepek dengan rakus. Hehehe. Kalau rasa rindu lebih dengan aku yang muncul sekali dua kat blog ni, bolehlah ikut laman sosial aku yang lain. Ewah, nampak tak promote? xD

Yang lain tu senang sebab update via application kat phone pun senang. Blog ni kan unique dan disayang lebih, jadi tak rasa exclusive laa update via Blogger for Android tu. Serius tak exclusive. HAHAHA, #IniSemuaPoyo. 
Facebook / Twitter / Instagram -----> ImahAmmran
Okay sekalian readers? See you there! Me love you so much! *bunyik cengkerik* HAHAHAHA. Dah, cukup mengarut. Me iz demam, sakit tekak and selesema, pray for me okay? Me love you again! *bunyik cengkerik sekampung boleh dengar* xD

Getting better and better here. But still miss Serdang. :')

2 comments:

Nur Halimatunsaadiah said...

ko tulis mcm best je dok sana. kampung kan. mestila rasa lain. dh sebulan lebih kan ko dok situ?

love the last picture. nice one <3

.imah. said...

Matun! :)
Best lah jugak. Dah dua bulan lah aku kat sini. Tapi still tak se-best serdang. Aku rindu gila nk lepaks dgn orang orang serdang. :')