Sunday, May 19, 2013

Rejjjjjeki


Alhamdulillah untuk semua rejjjeki seperti INI,

INI,

dan INI.

Aku sangat mengharapkan yang ketiga dan alhamdulillah harapan menjadi kenyataan. Sama sebijik, seperti pilihan pertama masa isi borang UPU beberapa bulan yang lalu. Namun tak harapkan sangat kampus pengajian di Jasin, Melaka. Kampus yang baru siap, segar dari ladang tapi mungkin terpencil sikit. Adehhhai! Tapi itu namanya rejjjeki kan? Terima lah dengan hati terbuka. Ingat sikit orang lain yang nakkan ini juga. Ingat jugak yang kampus ni consider dekat lagi. Tak sempat nak homesick. Satu negeri dengan rumah mak lah! Alhamdulillah lagi. :)

Cakap pasal rumah mak. Ni selingan sikit je. Tadi mak dah warning awal-awal siap sedia senaraikan apa nak beli untuk masuk mana-mana tempat belajar. Senaraikan apa yang kena beli, apa yang kena bawa. Tapi masa tu tak tau lagi dapat kampus dekat Melaka je. So, aku cakaplah kat mak, "Hmm, yeeee. Tapi nak bawa mak sekali lah, boleh?". Tetiba aku rasa macam gatal gila bagi statement macam tu kat mak. Hahahaha, mak pulak boleh buat muka menyampah pastu suruh aku jangan mengada. Ahaks. Rasa macam comel je moment tu. *mengadanya aku, sila tampaq muka ini* :p

NAMUN... Cehwah, bersyukur tapi masih ada namun lagi sikit takpe ke? Namun sebenarnya aku masih buntu gara-gara kemunculan tawaran kedua tu yang aku sesaja sesuka apply. Padan muka, gatal tangan kemahak nak isi borang online. HAHAHA. Haritu temuduga sangatlah okay. Disebabkan kumpulan yang bagus, aku pun terasa bagus jugak. Aku pun rasa macam berpotensi jugak. Aku pun rasa macam jadi cikgu sekolah rendah akan jadi best jugak. Itulah aura positif yang kumpulan temuduga tu bagi kat aku. Tapi ujian INSAK tu tak pasti lagi. Peluang untuk keguruan tu macam 50-50. Tapi keputusan tawaran sebenar lambat lagi. Maka aku akan daftar UiTM dulu.

Jadi lepastu kalau dapat tawaran kedua tu lepas dah seminggu dua dekat UiTM, aku nak buat apa? Keluar UiTM, terbazir sikit RM600+ dan masuk keguruan untuk peluang kerja yang cerah TAPI kurang keyakinan pasal bakat keguruan aku ni? Macam tu ke? Ujian INSAK tu punya hal lah aku jadi ragu ragu menggaru dagu sekarang ni. Dagu dahlah berlapis. Gemok tak ingat dunia so tak sabar nak masuk belajar dan jadi produktif semula. EH? Apsal tetiba? Hahaha, padahal tengah keliru ragu ragu menggaru dagu berlapis lagi ni. Huwuuuwuuuwuuu. *sound effect menangis keliru*

Buat masa ni, mungkin memang pilihan program CS110 dekat Kampus M/M3 UiTM ni ialah yang paling sesuai untuk aku. Buat masa bulan depan, bila hebahan tawaran keguruan tu dah confirm baru aku sambung keliru aku balik kot? Ah, mana boleh! Nanti tak fokus. Tetiba macam harap-harap tak dapat je. Takdelah keliru sangat nanti. Pilihan tu kan mendatangkan kekeliruan. Takde pilihan, takdelah kekeliruan. Tapi jauh seciput dalam sudut hati yang tak berpotensi ni macam nak dapat jugak. Eh, apa benda aku ni? APA BENDA HAHHH? Hahahaha, keliru dengan diri sendiri lagi parah daripada keliru dengan tawaran tawaran ni. Ergh, tension! *tampar diri sendiri* -..-

By the way, aku sikit pun taknak cerita banyak pasal tawaran pertama tu sebab dari dulu aku macam nekad gila taknak terima dia. Entahlah kenapa. Tapi aku rasa dia macam nightmare untuk aku. Mungkin sebab aku ni lembab kot. Kang terkontang-kanting nak menangkap. Maaflah awak, saya cuba elak tekanan daripada awak walaupun saya tau semua tempat pun ada tekanan masing-masing, tapi tekanan awak macam luar biasa berdasarkan experience orang lain yang saya dengar. Takpelah saya lambat sikit, janji saya selesa, aman dan bahagia, insya-Allah. :)

Apa-apa hal pun, minggu ni akan jadi minggu yang sibuk, minggu tekanan dan minggu serabut. Doakan aku survive untuk minggu ini dan siap sedia menjadi siswi lebih kurang minggu depan. Ewahhh. Bagusnya kalau dapat pendapat kalian semua sebagai pencetus motivasi nak buat pilihan ni. Dan doakan aku jugak untuk buat pilihan dan keputusan yang bijak untuk masa depan aku sendiri. Ahh, masa depan memang susah nak dijangkakan. Selamat mengharungi masa depan kalian sendiri! :)

"Masa depan kau jauh lagi, fokus betul-betul" - Ayah (Sep. 2012)

No comments: