Saturday, August 22, 2015

Menuju Penghujung Diploma

Assalamualaikum blog berhabuk. Hai, apa khabar? Masih kekal berhabuk ke tu? Hahaha, nampaknya macam tu lah. So, dengan tidak sengajanya aku terbuka blog ni. Marilah kita menaip laju laju tanpa hala tuju. Aku memang selalu rasa gian nak taip laju laju tanpa hala tuju tiap kali taip coding pastu macam tak jadi, macam banyak error, macam menaikkan darah. Jadi aku perlu taip laju laju tanpa hala tuju bagi menghilangkan tekanan tu. Kira okay lah, daripada aku bawa motor ke kereta ke laju laju tanpa hala tuju bila stress kan? Hmm, biasalah. Mula-mula entri memang mengarut. Tak pernah serius. Hehehehe.


Jadi merujuk tajuk di atas, aku kini sedang berhempas pulas untuk menamatkan pengajian di peringkat diploma ini. Amboi ayat diaaaaa. Takyah over nak berhempas pulas bagai. Weekend selang dua minggu tersembul muka depan pintu rumah. Bertuah sikit kalau dapat balik tiap-tiap weekend. Kalau tak tersembul depan pintu rumah, mereput kat kolej, tersembul muka depan laptop layan movie, layan cerita hindustan. Hahahahaha. Ayat nak gempak je.

Walaubagaimanapun, masih merujuk perkara di atas, selepas membuat countdown, aku akan habis diploma pada 19 Oktober 2015, lebih kurang dua bulan dari sekarang. Tapi tu baru habis final exam laa, tak kira pun result yang biasa dapat sebulan ke dua bulan lepastu. Minta dijauhkan daripada extend. Insya-Allah, aminnnn.

Masih tak sangka. Dah hampir dua tahun setengah aku belajar diploma ni. Dah hampir dua tahun setengah aku abaikan blog ni. Hahahahaha. Acah acah busy benoo padahal diploma je. Tapi takpe, blog ini akan ku biarkan di sini sebagai kenang-kenangan walaupun lepas ni kot kot makin terabai ke lepas aku sambung degree nanti.

Degree? Wahhhhhhh, degree pulak. Degree yang taktau lagi nak sambung course apa pulak. Masalah pilihan besar dalam hidup ni bakal datang nanti masa nak apply degree. Rasakan lah balik kenangan dulu dulu masa taktau nak buat pilihan tu. Tapi aku masih minat nak sambung bidang ni lagi. Cabang tu je taktau nak ambil majoring mana. Nanti minta dimudahkan laa untuk buat pilihan. Insya-Allah, aminnn.

Sekarang, tiap kali nak tidur malam, kalau tak lama pun, sekejap sekejap mesti terfikir masa depan. Rasa macam dejavu. Macam baru habis SPM dulu. Macam dua tahun setengah yang lalu. Agaknya inilah penangan penghujung diploma. Hahahaha. Maaf, kengkadang memang suka over dramatic.

Tapi betul la, terfikir fikir masa depan lepas diploma ni. Dengan keadaan ekonomi dan politik negara sekarang ni, aku selalu terfikir. Apa akan jadi dengan aku nanti? Apa akan jadi dengan generasi aku akan datang? Mampu ke nak bersaing dalam hidup? Ok dah, kejap je sembang serius. Hahahaha.

Kbai, nak sambung taip coding and buang error. Zzzzz.

No comments: