Monday, November 16, 2015

Diploma Ended

Setelah 28 bulan, aku dengan bangganya nak isytiharkan telah tamat waktu Diploma Sains Komputer bagi aku dan kawan kawan yang seangkatan dengannya. Hahaha. Alhamdulillah, 70% daripada kami dapat grad on time. Dan aku, bakal konvo dengan selempang pink idaman kalbu. Alhamdulillah. Walaupun konvo lagi setahun rasanya, takpela bagi chance la aku nak eksaited dulu. Hihihi.


Flashback 28 bulan dulu, aku kata aku taknak belajar benda yang aku tak minat. Aku kata aku tak nak sambung science stream. Aku kata aku tak kisah kalau lambat pun bila ambil diploma. Aku kata takpela UiTM pun. Aku kata takpela aku lambat, janji aku belajar apa yang aku suka, apa yang aku minat. Dan bila ini hasilnya untuk apa yang aku minat sangat nak belajar tu, rasa macam...


Ahh, leganya keputusan aku betul. 
Leganya tak ikut cakap cakap orang. 
Leganya ikut pendirian sendiri. 
Leganya dapat belajar apa yang kita minat, apa yang kita suka. 
Leganya, ya Allah. 
Alhamdulillah.

Masuk part sendu jap...

Kalau ayah ada, mesti ayah gembira.
Kalau ayah ada, mesti ayah bangga.
Kalau ayah ada, mesti ayah eksaited.
Walaupun dia tak cakap, aku tahu, action speaks louder than word.

Ingat lagi masa aku 8A PMR dulu, ayah punya eksaited dia masukkan nama aku dalam academic award pejabat dia, dia bagitahu kawan kawan penulis dia sampai nama aku masuk website PTS One. Hahaha. Aku nampak bangga dia, senang hati aku, gembira betul rasanya dapat buat ayah bangga. Sekarang, walaupun aku sempat tengok ayah bangga sampai PMR aku je, tak dapat tengok ayah bangga dengan SPM and diploma aku, aku tahu kalau ayah ada mesti dia lagi bangga. Terima kasih, ya Allah.

Yang penting, aku tahu...
Ayah tak pergi bawak semangat aku, ayah pergi tapi tinggalkan aku semangat.

Dan pemberi semangat yang lain, mestilah mak. Mak yang kuat, mak yang ambil berat, mak yang percaya aku and percaya kemampuan aku. Takpelah mak tak dapat celebrate result aku macam mana yang kitorang biasa celebrate masa ayah ada dulu. Yang penting, mak percaya dan bangga dengan aku.

Adik beradik pemberi semangat juga tak dilupakan. Ajar aku itu ini, ajar aku hidup sendiri, ajar aku hidup berdikari. Aku rasa bonding kitorang makin kuat sejak ayah pergi. Betul lah, semuanya berhikmah. Terima kasih, Allah.

Alang alang entri macam penghargaan dalam buku skrap sekolah ni, setinggi tinggi penghargaan jugak lah diucapkan kepada para pensyarah yang sudi menabur ilmu, budi dan bakti kepada students rebel macam aku dan kawan kawan kelas diploma aku ni. Hahaha. Terima kasih paling tinggi sekali untuk pensyarah Penasihat Akademik kelas B yang sempoi nak mampus, Sir Zainal Fikri.


Dan ya akhir sekali, baru lah terima kasih dekat kawan kawan gila aku masa diploma ni. Terima kasih teman aku, hiburkan hati aku dan biasanya sakitkan hati aku gak. Dah lah aku ajar diorang masa study, diorang pulak ajar aku benda benda tak elok. Asik nak mencarut je doplohpat jam. Dasssssar kasssaaar. Ramai orang Melaka and Negeri Sembilan lah katakan. Tapi takpela, kira member member, aku halalkan jela. Hahahaha. Takpela kasssar, aku tau jauh di sudut hati masing masing ada banyak kebaikan yang terpendam. Haaaaaa gitewwww kauu. Hahaha. Insya-Allah jumpa lagi nanti bila ada rezeki. Sayang peluk cium untuk semua. Sekarang pun dah rindu dah nak huha huha dalam kelas, kat kafe, dalam library, ahhhh rindu lah semuanya. Hmm.


Terima kasih tau semua semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam bantu jatuh bangun aku sepanjang 5 semester ni. Terima kasih banyak banyak. My diploma life ends here. Incoming degree in about 4 months, insya-Allah. 

Still a long journey, pray for me.

1 comment:

acu yuhan said...

hi nice entry.. done folo, folo me back :)