Saturday, January 16, 2016

Cara Buat Pasport Berkumpulan (Group Passport)

Dengan keazaman tahun 2016, mari kita mulakan. Maka, berbalik pada entri #AIAxVacation Story yang lepas, aku nak mulakan siri cerita pengalaman tak seberapa aku ni. Bila dah decide nak pergi USS Singapore tu, start lah planning benda benda lain yang perlu untuk #AIAxVacation tu. Benda basic sekali bila dah plan percutian luar negara ni mestilah pasport.

Aku sebenarnya ada pasport individu buat 2 tahun lepas masa nak pergi Singapore juga dengan family. Tapi tarikh expirednya Mac 2016. Kali ni nak pergi Singapore dengan kawan kawan 30hb Disember 2015, kan tak expired lagi? Ya, tapi nanti tak boleh guna juga pasport tu. Silap-silap kena tahan kat imigresen. Kenapa?

Sebagai rujukan sampingan, untuk ke luar negara, tarikh tamat pasport kita tu mestilah lebih daripada 6 bulan daripada tarikh kita nak pergi luar negara tu. Contoh macam aku, pasport individu aku tu kena renew sebab expired date pasport aku tu cuma 3 bulan daripada tarikh aku nak pergi Singapore. Ada kes orang kena tahan kat imigresen tau sebab tarikh tamat pasport tak lebih 6 bulan daripada tarikh travel. So, check lah betul-betul tarikh tu semua ye.

Disebabkan kitorang bertiga ni bukanlah selalu nau travel oversea, makanya rasa membazir kalau habiskan RM200 untuk 5 tahun pasport individu. Jadi kitorang decide untuk buat pasport kumpulan atau nama panjangnya Surat Perjalanan Kumpulan Mengganti Pasport. Murah sikit, RM200 untuk 1 kumpulan terdiri daripada minimum 5 orang dan maksimum sampai 20 orang tau. Jimat sikit boleh kongsi kongsi duit buat 1 pasport kumpulan, kitorang ni pun bukan berada mana. Trip ni pun plan under strict budget. Hehehehe. Nanti aku cerita pulak kat entri lain pasal bajet membajet ni. 

Tapi pasport kumpulan ni ada kekurangannya juga. Biasalah tu kan. Antaranya ;
  1. Pasport kumpulan ni boleh pakai untuk pergi ke negara-negara ASEAN sahaja seperti Indonesia, Thailand, Singapura, Filipina dan Brunei berbanding pasport individu Malaysia yang boleh pakai untuk ke semua negara kecuali Israel. 
  2. Pasport kumpulan ni boleh pakai untuk sekali trip pergi luar negara tu je dan balik semula ke Malaysia berbanding pasport individu boleh pakai banyak kali selagi tak habis muka surat dan tak tamat tempoh. 
  3. Tempoh sah laku pasport kumpulan ni juga hanyalah 9 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Kalau pasport individu ialah 5 tahun minimum sekarang ni. 2 tahun lepas aku buat pasport, RM200 untuk 2 tahun tau. Bengang pula memikirkan harga sekarang ialah RM200 untuk 5 tahun. Sabar jelah mak hincik.
Tapi lagi, disebabkan under strict budget, kitorang ni pejamkan je mata pasal semua kekurangan ni sebab nak merasa sekali je pun. Hahaha. Jadi dah tau kelebihan and kekurangan pasport ni semua, aku ceritakan cara aku dan kawan kawan buat pasport kumpulan ni.

Ikutkan, AIA tu cuma 3 orang je kan? Tak cukup nak buat pasport kumpulan 5 orang. Plan punya plan, kitorang pun ajak laa sorang lagi kawan lepastu suh dia ajak kawan dia sorang. Tadaa, cukup 5 orang. Hahaha. Nanti aku ceritakan juga ahli rombongan cik kiah yang tak seberapa kiah ni pasal 5 orang je kan.

Okay, ini cara kitorang buat pasport kumpulan dekat Pejabat Imigresen kat Kajang yang dibuka seawal 7.30 pagi tau. Datanglah paling awal pagi untuk kesenangan diri sendiri. Haritu kitorang sampai pukul 8.00 pagi pun dah penuh satu pejabat tu. Dahsyat sungguh.

  1. Sehari sebelum kitorang berlima hadir untuk buat pasport kumpulan tu, ketua kumpulan kitorang pergi ambil borang terus dari pejabat imigresen dan tanya semua soalan yang berkenaan. Maklumlah, first time kan. Risau kalau tersalah info. Jadi info penting yang ketua kumpulan kitorang dapat ialah :-
    • Semua ahli rombongan tu kena hadir pada hari nak buat pasport kumpulan tu sebab nak kena ambil cap jari. Kalau taknak hadir, mungkin boleh potongkan jari anda. Harap maklum. Hahaha.
    • Lepastu masa hari nak keluar negara tu, pastikan ketua kumpulan ada. Takde ketua kumpulan, sangkutlah kat imigresen tu. Kalau salah seorang ahli takde, takpe tapi jangan takde ketua kumpulan. So pilihlah ketua kumpulan yang memang confirm akan ikut trip tu nanti. 
    • Sediakan sekali 2 keping salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih. Tapi kalau seorang ahli kumpulan tu guna latar belakang putih, semua kena sama.
  2. Lepas dapat borang tu, isi semua maklumat dalam borang yang diperlukan. Maklumat ketua kumpulan lebih sikit sebab dia ketua kan. Orang penting gitew, hahaha. Yang ahli tu, sikit je maklumatnya. Lepastu untuk memudahkan proses lagi, teruslah tampal gambar pasport tu kat borang tersebut.
  3. Esoknya, sampai Pejabat Imigresen Kajang tu terus ketua kumpulan beratur ambil nombor lepastu tunggu. Nombor nombor untuk setiap urusan dalam pejabat imigresen tu lain lain tau. Untuk buat pasport kumpulan ni, kitorang dapat nombor 4003 rasanya. Alah, dah lupa sikit. Haha maaflah. Amaran awal, nak menunggu nombor dipanggil tu yang lama tau. Urusan dekat kaunter tu kejap je.
  4. Lepas nombor dah dipanggil, semua ahli rombongan ke kaunter. Bagi cap jari lepastu pegawai tu siapkan dokumen tu semua dan last sekali sebelum blah dari kaunter, dapat surat untuk collect pasport yang akan siap dalam masa 5 hari lagi. Simple je.
  5. Dah 5 hari kemudian, ketua kumpulan kitorang juga yang datang collect pasport kumpulan berkenaan yang dah siap tu. Tadaaaaa, settled!
Inilah ghope pasport kumpulan tu. Dan bawah ni ghope page aku dalam pasport tu. Gambar pasport selalu buruk pastu kena copkan dengan sticker. Hahahaha. Terima jelah apa adanya kan.


Semangat kan aku siap bold semua isi penting lagi. Hahaha, harap dapat membantu orang orang yang nak buat pasport kumpulan ni. Sekian, selamat memiliki pasport kumpulan! Hehehe.

Next entry ; Booking hotel dan cari pakej bajet membajet

12 comments:

Syaza Atiqah said...

salam nak tanya. kalau satu trip tu maksudnya ke satu negara je ke? sbb saya nak buat jugak pasport berkumpulan ni tp pergi dua negara. KUL-PNH lepastu naik bas ke ho chi minh and dari sana balik KUL. boleh ke?

Eanass EZ said...
This comment has been removed by the author.
Eanass EZ said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya, kalau daftar hari tu jgk secara berkumpulan lepas tu akan dpt surat utk collect passport tu an..? ada x surat tu nyatakan no passport ahli2 kumpl masing2?
Terima kasih

Unknown said...

salam...
sy nk tnya...
group passport still valid lg ke smpai skg? ke dah dimnsuhkan?

.imah. said...

Syaza Atiqah,
salam. saya rasa satu negara sahaja. satu kali masuk satu negara dan satu kali keluar drpd negara tu. mungkin awk boleh tanya bahagian imigresen terdekat or cari maklumat di website imigresen. :)

Eanass EZ,
waalaikumsalam. maaf saya tak perasan berkenaan nombor passport dalam surat tu. surat tu pun dh tak jumpa kat mana. maaf ya tak dapat membantu.

Unknown,
kali terakhir saya guna group passport huujung tahun 2015. kalau sekarang saya rasa masih boleh guna lagi. untuk lebih pasti boleh rujuk website imegresen. :)

MD ZHAFRIADLI BIN MD ZAMRI said...

Pembetulan Puan. Group passport boleh digunakan ke negara ASEAN kecuali Indonesia dan Filipina. Untuk kebaikan bersama.tq

acer said...

Ho chi minh vietnam.... x ada dlm group negara tu

Jerry said...

Hi.cuma nak tanye kalau nak bawa org ke Thailand pekerja asing yg dtg Malaysia untuk kerja. Member -member Bangladesh Rakan sekerja. Group passport Blh buat ke? Pls assist

Anonymous said...

Owh kalau pergi ke indon xleh guna group passport eh

nur asyikin ramlee said...

salam, nak tanya ..
brapa bayaran utk buat group passport ni ya?

noor feizlina said...

Nk tye.. klu kite dh ade pasport. .. tp nk wat pasport berkumpulan... bleh ke ??

noor feizlina said...

Nk tye.. klu kite dh ade pasport. .. tp nk wat pasport berkumpulan... bleh ke ??