Saturday, January 16, 2016

Cara Buat Pasport Berkumpulan (Group Passport)

Dengan keazaman tahun 2016, mari kita mulakan. Maka, berbalik pada entri #AIAxVacation Story yang lepas, aku nak mulakan siri cerita pengalaman tak seberapa aku ni. Bila dah decide nak pergi USS Singapore tu, start lah planning benda benda lain yang perlu untuk #AIAxVacation tu. Benda basic sekali bila dah plan percutian luar negara ni mestilah pasport.

Aku sebenarnya ada pasport individu buat 2 tahun lepas masa nak pergi Singapore juga dengan family. Tapi tarikh expirednya Mac 2016. Kali ni nak pergi Singapore dengan kawan kawan 30hb Disember 2015, kan tak expired lagi? Ya, tapi nanti tak boleh guna juga pasport tu. Silap-silap kena tahan kat imigresen. Kenapa?

Sebagai rujukan sampingan, untuk ke luar negara, tarikh tamat pasport kita tu mestilah lebih daripada 6 bulan daripada tarikh kita nak pergi luar negara tu. Contoh macam aku, pasport individu aku tu kena renew sebab expired date pasport aku tu cuma 3 bulan daripada tarikh aku nak pergi Singapore. Ada kes orang kena tahan kat imigresen tau sebab tarikh tamat pasport tak lebih 6 bulan daripada tarikh travel. So, check lah betul-betul tarikh tu semua ye.

Disebabkan kitorang bertiga ni bukanlah selalu nau travel oversea, makanya rasa membazir kalau habiskan RM200 untuk 5 tahun pasport individu. Jadi kitorang decide untuk buat pasport kumpulan atau nama panjangnya Surat Perjalanan Kumpulan Mengganti Pasport. Murah sikit, RM200 untuk 1 kumpulan terdiri daripada minimum 5 orang dan maksimum sampai 20 orang tau. Jimat sikit boleh kongsi kongsi duit buat 1 pasport kumpulan, kitorang ni pun bukan berada mana. Trip ni pun plan under strict budget. Hehehehe. Nanti aku cerita pulak kat entri lain pasal bajet membajet ni. 

Tapi pasport kumpulan ni ada kekurangannya juga. Biasalah tu kan. Antaranya ;
  1. Pasport kumpulan ni boleh pakai untuk pergi ke negara-negara ASEAN sahaja KECUALI INDONESIA dan FILIPINA berbanding pasport individu Malaysia yang boleh pakai untuk ke semua negara kecuali Israel. 
  2. Pasport kumpulan ni boleh pakai untuk sekali trip pergi luar negara tu je dan balik semula ke Malaysia berbanding pasport individu boleh pakai banyak kali selagi tak habis muka surat dan tak tamat tempoh. 
  3. Tempoh sah laku pasport kumpulan ni juga hanyalah 9 bulan dari tarikh ia dikeluarkan. Kalau pasport individu ialah 5 tahun minimum sekarang ni. 2 tahun lepas aku buat pasport, RM200 untuk 2 tahun tau. Bengang pula memikirkan harga sekarang ialah RM200 untuk 5 tahun. Sabar jelah mak hincik.
Tapi lagi, disebabkan under strict budget, kitorang ni pejamkan je mata pasal semua kekurangan ni sebab nak merasa sekali je pun. Hahaha. Jadi dah tau kelebihan and kekurangan pasport ni semua, aku ceritakan cara aku dan kawan kawan buat pasport kumpulan ni.

Ikutkan, AIA tu cuma 3 orang je kan? Tak cukup nak buat pasport kumpulan 5 orang. Plan punya plan, kitorang pun ajak laa sorang lagi kawan lepastu suh dia ajak kawan dia sorang. Tadaa, cukup 5 orang. Hahaha. Nanti aku ceritakan juga ahli rombongan cik kiah yang tak seberapa kiah ni pasal 5 orang je kan.

Okay, ini cara kitorang buat pasport kumpulan dekat Pejabat Imigresen kat Kajang yang dibuka seawal 7.30 pagi tau. Datanglah paling awal pagi untuk kesenangan diri sendiri. Haritu kitorang sampai pukul 8.00 pagi pun dah penuh satu pejabat tu. Dahsyat sungguh.

  1. Sehari sebelum kitorang berlima hadir untuk buat pasport kumpulan tu, ketua kumpulan kitorang pergi ambil borang terus dari pejabat imigresen dan tanya semua soalan yang berkenaan. Maklumlah, first time kan. Risau kalau tersalah info. Jadi info penting yang ketua kumpulan kitorang dapat ialah :-
    • Semua ahli rombongan tu kena hadir pada hari nak buat pasport kumpulan tu sebab nak kena ambil cap jari. Kalau taknak hadir, mungkin boleh potongkan jari anda. Harap maklum. Hahaha.
    • Lepastu masa hari nak keluar negara tu, pastikan ketua kumpulan ada. Takde ketua kumpulan, sangkutlah kat imigresen tu. Kalau salah seorang ahli takde, takpe tapi jangan takde ketua kumpulan. So pilihlah ketua kumpulan yang memang confirm akan ikut trip tu nanti. 
    • Sediakan sekali 2 keping salinan kad pengenalan dan 2 keping gambar berukuran pasport berlatar belakang biru atau putih. Tapi kalau seorang ahli kumpulan tu guna latar belakang putih, semua kena sama.
  2. Lepas dapat borang tu, isi semua maklumat dalam borang yang diperlukan. Maklumat ketua kumpulan lebih sikit sebab dia ketua kan. Orang penting gitew, hahaha. Yang ahli tu, sikit je maklumatnya. Lepastu untuk memudahkan proses lagi, teruslah tampal gambar pasport tu kat borang tersebut.
  3. Esoknya, sampai Pejabat Imigresen Kajang tu terus ketua kumpulan beratur ambil nombor lepastu tunggu. Nombor nombor untuk setiap urusan dalam pejabat imigresen tu lain lain tau. Untuk buat pasport kumpulan ni, kitorang dapat nombor 4003 rasanya. Alah, dah lupa sikit. Haha maaflah. Amaran awal, nak menunggu nombor dipanggil tu yang lama tau. Urusan dekat kaunter tu kejap je.
  4. Lepas nombor dah dipanggil, semua ahli rombongan ke kaunter. Bagi cap jari lepastu pegawai tu siapkan dokumen tu semua dan last sekali sebelum blah dari kaunter, dapat surat untuk collect pasport yang akan siap dalam masa 5 hari lagi. Simple je.
  5. Dah 5 hari kemudian, ketua kumpulan kitorang juga yang datang collect pasport kumpulan berkenaan yang dah siap tu. Tadaaaaa, settled!
Inilah ghope pasport kumpulan tu. Dan bawah ni ghope page aku dalam pasport tu. Gambar pasport selalu buruk pastu kena copkan dengan sticker. Hahahaha. Terima jelah apa adanya kan.


Semangat kan aku siap bold semua isi penting lagi. Hahaha, harap dapat membantu orang orang yang nak buat pasport kumpulan ni. Sekian, selamat memiliki pasport kumpulan! Hehehe.

Next entry ; Booking hotel dan cari pakej bajet membajet

26 comments:

Syaza Atiqah said...

salam nak tanya. kalau satu trip tu maksudnya ke satu negara je ke? sbb saya nak buat jugak pasport berkumpulan ni tp pergi dua negara. KUL-PNH lepastu naik bas ke ho chi minh and dari sana balik KUL. boleh ke?

Unknown said...

Assalamualaikum. Tumpang tanya, kalau daftar hari tu jgk secara berkumpulan lepas tu akan dpt surat utk collect passport tu an..? ada x surat tu nyatakan no passport ahli2 kumpl masing2?
Terima kasih

Unknown said...

salam...
sy nk tnya...
group passport still valid lg ke smpai skg? ke dah dimnsuhkan?

.imah. said...

Syaza Atiqah,
salam. saya rasa satu negara sahaja. satu kali masuk satu negara dan satu kali keluar drpd negara tu. mungkin awk boleh tanya bahagian imigresen terdekat or cari maklumat di website imigresen. :)

Eanass EZ,
waalaikumsalam. maaf saya tak perasan berkenaan nombor passport dalam surat tu. surat tu pun dh tak jumpa kat mana. maaf ya tak dapat membantu.

Unknown,
kali terakhir saya guna group passport huujung tahun 2015. kalau sekarang saya rasa masih boleh guna lagi. untuk lebih pasti boleh rujuk website imegresen. :)

Unknown said...

Pembetulan Puan. Group passport boleh digunakan ke negara ASEAN kecuali Indonesia dan Filipina. Untuk kebaikan bersama.tq

acer said...

Ho chi minh vietnam.... x ada dlm group negara tu

Jerry said...

Hi.cuma nak tanye kalau nak bawa org ke Thailand pekerja asing yg dtg Malaysia untuk kerja. Member -member Bangladesh Rakan sekerja. Group passport Blh buat ke? Pls assist

Anonymous said...

Owh kalau pergi ke indon xleh guna group passport eh

Unknown said...

salam, nak tanya ..
brapa bayaran utk buat group passport ni ya?

Unknown said...

Bila Dah ada pasport individu tak payah la nak buat pasport group tu lagi kan membazir lagi namanya, guna je la pasport antarabangsa tu

Unknown said...

Rasanya dia dah tulis kat situ tentang bayaran utk buat pasport group tu. Tak tau la kot² aku yg tersalah baca

Anonymous said...

Asslm...first time guna pasport kumpulan ni. Nak tanya mcm mne urusan kat imegresen masa kat airport ya?

Unknown said...

Boleh

Unknown said...

Mungkin dia nak cukupkan jumlah minimum utk buat group..bayaran tetap sama rm200.tq

.imah. said...

Md Zhafrialdi,
Terima kasih atas pembetulan. Saya sudah betulkan entri untuk hal tu. TQ again. :)

Acer,
Vietnam masih dikategorikan as negara ASEAN, saya rasa masih boleh ke Vietnam dgn passport group. Yg tak boleh kalau untuk transit rasanya. Boleh rujuk pejabat imigresen untuk kepastian. TQ.

Jerry,
Untuk pekerja asing saya tak pasti boleh buat passport group atau tak sbb memerlukan MyKad. Call pejabat imigresen untuk kepastian. TQ.

Anonymous,
Ye, maafkan entri saya sebelum ini ya. Passprt group tak boleh digunakan untuk ke INDONESIA dan FILIPINA. :)

Nur Asyikin,
Bayaran rm200 untuk setiap passport.

Noor Feizlina,
Boleh je. Sbb salah sorang ahli group saya pun ada passport individu tp dia buat passport group untuk cukupkan org. Hehehe.

Unknown,
Mungkin org lain yg dh ada passport individu boleh buat passport group untuk cukupkan org. Mcm kes kawan saya tu. :)

Amir Harun,
Saya ada tulis. Terima kasih kerana perasan dan tak silap baca. Hehehe. :)

Anonymous,
Urusan kat imigresen mcm biasa saje. Cuma awk perlu ke kaunter imigresen tu dgn semua ahli kumpulan. Ini untuk kes saya yg ke Singapura la. Boleh rujuk sini ada cerita sikit: http://ima95.blogspot.my/2016/01/tips-trip-bajet-ke-universal-studios.html

Mohd Faisal,
Tq tolong jawabkan. :)

Unknown said...

Assalamualaikum, nak tanya buat passport berkumpulan ni kalau hanya 2orang bole ke

NOOR said...

Tolongla baca sblm tya soalan . ..

Unknown said...

means vietnam tak boleh pergi guna passport group ke?

ina said...

klu buat passport berkumpulan tuk anak beranak boleh jugak ke

Lieza said...

Kami 1 family 4 org saka kami nak ke thailand bole kah kami buat passport berkumpulan?

Unknown said...

Kalo buat passport grop kat utc boleh?

Anonymous said...

baru buat pasport kumpulan tadi. renyah juga . Sebab tak pernah ambil tahu sebelum ni. Semua nak buat sekali kat situ juga. sib baik sempat. Sepatutnya ambil borang dulu..hehe

Sa rol said...

Renyah eh..plan nk bt jgk ni.. Kanak2 bwh 2 taun kena bt jgk ke.. Camne cara bleh kongsikan?

Echa said...

Salam nak tnya..contoh buat pasport group 10org ahli..tiba2 hari nak pegi 7org je..macam mana ye?boleh ke?

JESS said...

Hi Admin. :) mari join "Singapore Tour 1-Day Trip" from JB serendah RM109 dengan sis / Backpacker Trip Jelajah SG serendah RM90-RM60 / juga ada promosi; Tiket Masuk Singapore (USS-SEA Aquarium-SKYLUGE-more than 30 TYPE) All at %Discount Price! bole WHATSAPP ke +6012-7760219 (JESS) - Agent SG & JB, Love Travel *Contact: +6012-7760219 Lawat >> FB.COM/LOVETRAVEL86

Unknown said...

Tumpang tanya.kalau salah sorang dalam kumpulan ada blacklist lepas tak.