Friday, February 17, 2017

Setahun

Hmm, setahun jugak rupanya aku kelaut-kan azam tahun baru 2016 aku. Tiba-tiba dah 2017. Aku termasuk lubang gua mana-mana ke? Kenapa dah 2017 ni????


Ya, masa berlalu terlalu pantas. Aku macam nak update blog, tetiba ada movie best nak tengok dalam laptop. Tetiba jap lagi teringat assignment tak buat lagi. Tetiba tu scroll IG, FB, twitter sampai berjam-jam. Masya-Allah memang banyak benda lagha aku buat ni. Hahaha, insaflah duhai diri.

Nak cerita apa ni? Cerita konvokesyen bulan 11 haritu ke? Macam tak valid dah je. Ke nak cerita pencapaian business dropship aku dapat first reward? Haaa, ataupun pengalaman ke Legoland awal bulan haritu? Ke takyah la cerita apa-apa, tutup je blog ni. Update pun setahun sekali. Kau ingat raya? Hahahaha, emosi dengan diri sendiri...

Yelah, aku cuba draft kan mana-mana cerita best nanti scheduled post je. Walaupun sebenarnya rasa macam hmmm, benda tu takkan terjadi. Dah 2 tahun aku try. Hahahaha. Gila teruk nafsu berblogging ni dah betul-betul terbenam ke dasar lautan atlanta yang paling dalam sekali.

Takpela, ni just quick update nak taip panjang-panjang. Apa berlaku sekarang dengan Cik Hafizahtul Naimah binti Ammran pada Februari 2017?

Masih study, masih cuba dapatkan degree in computer science, masih di UiTM Jasin, masih single belum kahwin lagi walaupun umur meningkat bulan depan. Maigod, who can believe that I'm 22 years old this year, not too young to be married yet still behaving like retarted 12 years old girl. Hahahaha. Takyah sembang kahwin la, perangai tu behave sikit dengan tak pandai jaga diri sendiri lagi inikan pulak rumah tangga lagi. Mau terlingkup. Kihkih, okfine.

Okbye, nak sambung tengok movie lagi. Memanglah wajar tak kahwin kahwin. Hahaha, tetiba cuti sem kali ni macam lama sebab duduk kat rumah aje. Result semester 4 dapat malam tadi. Hmmm, first experience result macam ni. Takpe, I is okay. Cuti lagi terasa lama lagi best. Having new experience is a good way to learn. Semangat Imah, semangat! Muah muah muah.

Selamat tahun baru 2017! Aci tak wish sekarang? Hahahaha :p

No comments: