So lagi sehari dua ke tahun baru 2018! Dan mood ber-blog aku yang konon nak ditingkatkan ke tahap yang lebih baik tahun lepas nampaknya tidak menjadi. Azam 2017 aku telah ke laut dalam belah antartika sana. Taktau apa jadi.
Kebetulan malam ni, siapkan report FYP, menaip laju laju entah berapa patah perkataan entah, jadi aku ketagih jap menaip. Terus log in blog and upload just a quick story. A few good things that happened in this last lap of 2017...
Internship Offer
Menjelang tahun akhir bergelar degree student ni, biasalah busy dengan FYP. Setakat menangis-nangis sikit buat FYP tu confirm memang ada lah. Tapi di saat keserabutan FYP yang menimpa, kena risaukan pula internship/latihan industri. Punya gelabah fikir mana nak cari mana nak pergi nak pergi macam mana? Bersepah-sepah tabur resume and cover letter dekat company merata-rata.
Dekat sebulan tunggu, dapat macam-macam offer tapi semua tak ngam dengan citarasa (by citarasa di sini of course I mean elaun, hahahaha). Hehehe takde la mata duitan sangat. Sikit tu ada lah. Kenangkan kos belanja kalau kena menyewa ke apa.
Tapi, alhamdulillah rezeki bergolek. Dapat 1 phone interview daripada company dalam Melaka juga and terus accepted dengan elaun mengancemmm. Gembira betul dipermudahkan urusan untuk offer ni. Tengok orang lain semua kena interview berkali kali, ada yang pelik siap kena marah datang awal 30 minit kat tempat interview. Macam macam hal. Itulah kehidupan...
Nanti tahun depan kalau free, aku update full story internship. Hahahahaha, masih berangan lagi ke nak rajin update blog? Penuh tanda tanya di situ.
Pre-Graduation Day
So lepas kalut pasal internship, kalut sambung FYP. Tapi last week ke last 2 weeks (nampak tak tarikh pun dah tak reti kira dah), adalah majlis pra-graduasi UiTM Melaka kat Hotel Equatorial, Melaka. Buat feeling feeling graduasi la kiranya. Sebab dah last sem. Actually ada lagi semester 7 tapi sem tu fully internship la. Wowww, nervous. Tapi takpe, enjoy dulu sem last dengan kawan kawan sayang ni semua. 😘
Classmates for this 2 and a half years.
Girl classmates yang manis manis semuanya.
Group project/assignment/lepak/mengarut, Yomkit 💋
No brain boys. Tiga tiga perangai/punchline berdekah.
And again, tak sangka untuk Degree pun dapat juga this award. Hiks. Semoga dapat kekalkan momentum untuk Misi Selempang Pink Degree. Pray for me.
Eh jap kata few good things, tetiba lepas cerita pre-graduation sikit terus takde cerita best dah. Lame nya story. Hahahaha, bakat mengarut panjang berjela aku dah semakin pudar. Aku macam kena gerak lu ni. Esok nak berlibur kejap. Harini kena la study sikit. Next week ada paper kot. Nasib baik report FYP dah settle and system pun ok setakat ni. Study week ni selamba aku buat macam cuti sem. Kepala hotak aku berjambul. Hahahah. Dah lah. Okbye.
May the force be with you on these last days of 2017. HAPPY NEW YEAR IN ADVANCE!
No comments:
Post a Comment