Friday, February 2, 2018

Goodbye FYP, I'm Done!

Hye semua! Selamat Tahun Baru. Eh, padahal dah sebulan dah tahun baru. Dah nak masuk Tahun Baru Cina dah pun. Hahahahaha. Nampak tak semangat berblog yang kian pudar?

Jadi, merujuk title di atas. Ini dalah entri pasal FYP sis. Setahun dah menggelabah siapkan report, siapkan website, ke hulu ke hilir kedai print, ke hulu ke hilir jumpa lecturer, jumpa supervisor, supervisor belanja makan semua hahaha akhirnya selesai urusan FYP untuk degree ni. Jumaat lepas, 26 Januari 2018 ada exhibition. Penat dia sampai tahap keluar lepak mamak pun tertidur atas meja. Nah la share gambar sikit.

Ini lah rupanya booth aku yang tak seberapa. Hias pun tak reti. Hahaha lepastu kan, tengok la alas meja tu, tu tudung bawal je tau sebenarnya.
Betul-betul lepas habis present dekat examiner. Lega teroxxxx.
And ini lah dia examiner iolls. Dr Khyrina.
Thank you housemate datang support exhibition iolls.
Thank you housemate yang lain yang datang support jugak.
Dan yes, thank you lagi housmate/roomate datang support jugak. Siap bawak adik lagi tu. Hahaha.
Abaikan muka bersungguh aku tu. Junior tanya, kita kena la layan. Lagipula junior helok. Eh. Hahaha, takdela. Sesiapa readers dalam blog ni yang junior FSKM, especially student CS boleh je leave a comment. Sis sudi je nak membantu apa yang patut. :)
BEST SUPERVISOR AWARD GOES TO THE MAN WITH RED SHIRT. Sir Zainal, thank you for everything, every guidance and every time and also money spent with us. Hehe, we love you sir!
Oh yes, this man is funny. Masih mencari peneman, PM tepi kalau berminat. Hahaha aku dah try dia ni banyak kali, tak jalan pulak tapi dia rajin melayan.

Lepas habis exhibition tu, punyalah rushing aku buat correctin report. Nak bercuti punya pasal. Setelah penat lelah, struggle ke hulu hilir Kuala Sg Baru - Jasin, sempat juga siap sebelum bercuti. Akhirnya, tanggal 31 Januari 2018 aku telah selamet menghantar CD untuk FYP yang dah setahun hadap. Disebabkan Lecturer CS FSKM Jasin bermurah hati kata takde hardcover, jadi kita submit CD jela. Tapi ah tak kira la submit CD ke hardcover thesis ke yang penting semua dah selesai. Dah selesai!


Nah copy paste acknowledgement FYP iolls. Malas nak taip panjang panjang. Cukuplah kalian tahu, semua yang disebut dalam tu adalah yang terbaik. Oh tak lupa juga, Sir Firdaus. Banyak gila membantu dari segi technical and coding. Awesome teroxxxx. Thank you sir, moga murah rezeki sepanjang masa.
Alhamdulillah, praises and thanks to Allah as finally I was able to finish this thesis study for Final Year Project (FYP) within the time given. This project thesis was prepared in fulfilment of the requirements of Bachelor in Computer Science. Behind this successful proposal, there are a lot of amazing helpful people that help me through this study. First of all, my special thanks to my supervisor, En. Zainal Fikri bin Zamzuri as he accepted me as his supervised student. Thanks to all of his guide and support, I’m able to finished this proposed study successfully. Special appreciation also goes to my CSP600 and CSP650 lecturer, Dr. Shafaf binti Ibrahim who also has guide me from the first week of semester until the thesis can be finished successfully. Same as my supervisor, she supports me through this project. Thank you also to my examiner, Dr. Khyrina Airin Fariza binti Abu Samah as giving me guidance to improve my project report to suit the requirements. Thus, numerous thanks to them. Last but not least, I would like to give my gratitude to my dearest family and friends. Even though our projects do not carry the same field, we are able to discuss and give opinion and it was really a great help. And for my family, they are always support me behind my back and encourage me to not to give up especially my dearest mother, Masnah binti Md. Ali. Hence, I would like to say thanks to these great people.


Lepas selesai FYP ni, tinggal 2-3 minggu je sebelum start praktikal/internship/latihan industri. Oh, nervous teroxxx. Tak pernah ada experience working in the related field. Harap semuanya baik baik belaka. Takpe, nanti minggu depan fikir. Minggu ni nak holiday ke Sabah! Yeyyy, the second #AiAXVacay. Mungkin kalau rajin aku update entrinya. Mungkin laa, tak janji. Hehehe.

Lepastu, habis dah degree. Nak buat apa? Haih susahnya soalan. Tak sangka dah cukup dewasa dan kena tentukan masa depan hidup sendiri. Makin nervous...

Baru nak on the way habis degree, adakah perjalanannya masih panjang lagi?

2 comments:

Muhd Haiqal said...

Salam sis..saya junior sis kt uitm jasin tu..saya impressed dgn fyp sis..boleh sis share contoh mini proposal tak??

.imah. said...

Muhd Haiqal,
salam. hye junior. boleh je. email dulu details awak lah. :)

hafizahtulnaimah@gmail.com