Sunday, March 4, 2018

Itenari Trip Sabah | Kundasang

Salam and hye semua. Disebabkan dah terbuka laptop hari minggu macam ni, terlintas la sekejap untuk update itenari pergi Sabah masa trip AIAxVacation 2.0 haritu. Tapi tak dapat la buat entri bajet sekali sebab macam biasa tertangguh lepastu terlupa terus semua bajet tu. Mana yang ingat tu ada la bagitau bajet. Hahaha, maafkan kami penunggu gua!

Trip ni masa awal bulan Februari 2018, pergi berempat. Entri kali ni aku share itenari dekat Kundasang jelah dulu untuk 2 hari setengah. Sebab kat Kundasang best gila banyak tempat pergi dengan kesejukan dia lagi. Aih rinduuuu. Hahaha. Next entri aku sambung tau untuk 2 hari setengah lagi dekat Kota Kinabalu. Jadi mari kita mulakan.

DAY 1: 3/2/2018

6.00am - Bertolak ke KLIA2. Naik Uber abang kawan daripada Seri Kembangan ke KLIA2 dengan harga adik-beradik RM10/pax je. Hehehe, nanti carilah cara yang jimat and senang untuk ke KLIA2. Boleh naik uber, naik train, naik bas, naik kereta parking sana pun boleh. Macam-macam lagi pilihan ada.
7.00am - Sebelum masuk boarding gate, solat Subuh dulu. Jangan risau KLIA2 punya surau best. Lepastu baru sarapan McD yang beli dekat Equine pepagi subuh tadi. And jangan risau jugak, boleh je makan dalam boarding gate tu.


8.40am - Naik flight ke Kota Kitabalu. Flight dah book since ada offer Air Asia haritu masa bulan 6 rasanya. Gigih book 8 bulan sebelum sebab nak harga jimat. So jimat jugak la kiranya flight pergi balik dengan RM199/pax. Tanpa luggage sebab trip orang muda semua, sila gigih bawak backpack masing-masing ya.


11.20am - Sampai di KKIA. Lunch dekat KFC KKIA. Ahh, mahal tapi redho jelah sebab dah lapor. Lepastu tunggu kereta sewa.
12.30pm - Kereta sewa sampai. Ambil Bezza warna merah. Baruuu woo kereta tu, best and selesa je. Sewa kereta RM110/day. Minyak kereta pulak kitorang bajet untuk 5 hari RM200. Tapi lepastu ada lebih. Hahaha baca lah itenari ni sampai habis, nanti tau la mana peginya. Dan kemudian bergerak ke Kundasang degan berbekalkan arahan Google Maps. Sambil tu sempat menyinggah Giant, 99 Speedmart cari maggi dengan ubat gigi. Hahaha yang menyinggah ni la yang membuatkan trip kali ni tak berapa bajet sangat. Macam-macam terbeli.
3.30pm - Sampai Kundasang. Best gila Kundasang ni, sejuk dan nyaman. Sambil taip entri ni pun tetiba rindu kesejukan Kundasang tu sebab Melaka panaih lit lit. Hahaha. Check in RenHana Kampungstay (macam homestay tapi lebih kampung). Booking dekat booking.com dapat murah sikit untuk 2 malam RM115/pax, walaupun time tu banyak hotel dah full sebab entah apsal entah semua orang yang aku kenal pun asyik pergi Sabah je since tahun lepas. Tapi macam mahal sikit sebenarnya sebab terpaksa ambil 2 bilik untuk 3 perempuan and sorang lelaki. Kitorang kesian dekat yang dekat lelaki tu, so total up semua bahagi 4 biar adil. Comel kan? Hahaha. Boleh refer post terdahulu pasal booking kat booking.com ni (RUJUK SINI). Haa, kali ni ada deposit RM50 tapi deposit dah tolak siap-siap dengan harga semua. Lepas check in rehat rehat gosip gosip dengan member lama tak jumpa.


7.00pm - Kat Kundasang, pukul 6 petang dah gelap. Pukul 7 ni dah confirm gelap mcm nak malam and dah nak Isyak dh pun. So kitorang pun gerak nak makan malam dekat pekan Ranau. 30 minit rasanya perjalanan. Ada satu kedai makan ni, lupa nama dia. Tapi makanan panas dia macam nasi goreng tu, sedap and portion besar. Puas hati walaupun mahal sikit.


9.00pm - Balik hotel main kad je sambil sembang sembang. Hahahaha.
12.00am - Tidurrrrrrr...

DAY 2: 4/2/2018

5.00am - Bersungguh bangun dengan semangat waja nak tengok sunrise. Tapi lepastu terawal sangat turun balik, makan Maggi lepastu nak dekat Subuh naik balik tengok sunrise. Tapi kena tutup dek awan. Nampak sikit sikit je. Redho jela. Lepastu beli sarapan dekat gerai pekan Kundasang tu and makan kat bilik je.



P/s: Nak tengok sunrise cantik orang kata dekat depan Desa Dairy Farm or dekat hotel Pine Resort. Kitorang tengok dekat Desa Dairy Farm tu cantik la juga the view keliling. Dan yes Pine Resort cantik teruk juga. Pernah pergi 8-9 tahun lepas dengan family masa tu memang lawa. Sebab kan kitorang pergi depan Desa Dairy Farm tu, dapatlah jugak ambil gambar view gunung belakang tu. Lawa teroxxx.



8.30am - Pergi Desa Dairy Farm. Bayaran masuk RM5/pax. Please kalau sampai sini, sila try Gelato Ice Cream dia sedap nak mampsssssss. Harga aiskrim gelato tu RM5.30/cup. Haaa, portion dia banyak jugak boleh tahan and ada 2 flavour: Chocolate and Yogurt. Aku suka yang Yogurt tu sampai rasa nak makan tak berhenti-henti. Siap terhabiskan member punya sekali. Hahaha. Ada sekali susu, tapi kitorang tak beli pun. Dan jangan lupa ambil gambar atas pagar putih. Trademark Desa Dairy Farm tau tu selain lembu ala New Zealand. Hehe.





10.30am - Gerak pergi Sabah Tea Garden. Jalan masuk dia berbukit dan tak rata. So silalah berhati-hati. Kat sini takde yang menarik sangat, just scenery yang cantik. Kitorang lunch kat sini, buffet lunch mahal jugak tapi sebab dah lapar, kitorang makan je. Nasib baik sedap. So, puas hati jela.





1.30pm - Gerak pergi Kg. Luanti Fish Spa. Sebelah je daripada Sabah Tea Garden. Kat sini bayaran masuk RM3/pax untuk kaki saja and bayar kamera RM3/group. Maksudnya satu group tu kalau 10 kamera pun still bayar RM3 je tau. Kalau full body nak rendam, bayaran lain. Kat sini ikan-ikan dia besar wei seriauuu jugak. Hahaha rasa geli-geli bila dia gigit kaki kita. Tapi new experience la. Best je. Hehehe.



3.00pm - Gerak pergi Poring Hot Spring. Nak mandi kolam air panas, ramai gila orang. Last-last mandi kolam air biasa je hahahaha sejuk gila adoihaiiii. Dan ingatkan nak naik pergi Canopy Walk tapi semua dah tak larat dah sebab dah bangun berjalan daripada pukul 5 pagi. By the way entry fee sini RM3/pax ye. Lepas mandi terus balik hotel. Sebelum tu singgah G-Mart yang ada on the way ke Kundasang beli stock Maggi lagi. Hahahaha.


6.30pm - Sampai hotel lepastu masing-masing melepek kepenatan. Hahahah.
8.30pm - Makan Maggi sama sama sambil main Jutaria and main kad balik semula sebab Jutaria boring nak mampus. Hahahaha.
12.00am -  Tidurrrrrrrrr....

DAY 3: 5/2/2018

8.30am - Check out RenHana kampungstay, sebab semalam penat gila terbangun awal sangat, harini kitorang gerak lambat sikit. Hehehe.
9.00am - Ke Kinabalu Park. Entry fee RM3/pax and banyak tempat-tempat menarik dalam tu lagi. Ada Taman Botani, War Memorial Park and so on. Tapi kitorang tak pergi pun sebab lapar dah nak turun cari makan kat Pekan Nabalu. Hahaha. View dalam ni adalah sangat cantik and cuaca dia sejuk lagi. I loveeeeeee.



10.00am -  Sampai Pekan Nabalu, kita brunch. Makanan dah start tak berapa sedap dah. Semalam dekat area Kundasang and Ranau makanan masih ok lagi. Hahaha sampai Nabalu, good luck la cari kedai makan yang kena selera. Lepas makan, kitorang round Pasar Cenderahati kat situ. Ada banyak sangat yang jual benda macam sama kena pandai tawar-menawar and pilih yang terbaik. Untuk kraftangan macam beg-beg kecil and keychain aku rasa kat Pekan Nabalu lagi best daripada dekat Kota Kinabalu. Better beli separuh cenderahati kat sini. Yang mutiara tu semua dekat Kota Kinabalu.
12.00pm - Singgah dekat Jambatan Gantung Tamparuli. Ambil gambar sikit dan kemudian terus sambung bergerak turun ke arah Kota Kinabalu.




Okay cukup 2 hari setengah itenari di Kundasang. Tunggu next entri sambung pasal itenari di Kota Kinabalu pulak. Personally, aku rasa aktiviti and suasana dekat Kundasang adalah lagi best daripada Kota Kinabalu. Mungkin sebab aku ni dah jadi orang kampung yang suka kan suasana aman damai daripada hiruk pikuk kota. Haaa gitttewww. Hahaha.

So, jumpa next entri!

1 comment:

Cara Merawat Pohon Jeruk agar Cepat Berbuah said...

wahh, senangnya baca tulisanmu <3 <3 aku 'pun nak pergi kesana bulan depan