Saturday, February 28, 2009

Ohhh~


Ohh~ Tak banyak nak cakap. Tangan gatal sangat nak update lah kot. Huehue~ XD Sedang cuba membaiki diri. Huh? Betul ke membaiki diri? Ahh! Apa-apa jelaaa~

Hari Khamis petang tu demam. Ohh! Sakitnya kepala. Dahlah banyak masalah. Pastu demam lagi. Aiyoyoo~ Masa mak urut-urut sikit tu kat kepala, bahu, blablabla, mak kata "Ni stress ni," Ohh~ Mak! Mana mak tau ni? Wahwahwah, emakku tukang urut yang hebat? XO

Ye, a'ah, memang. Stress gile. Serabot gile. Jiwakacau gile. Ohh~ Gile serabai aku minggu ni! Dahlah ada seorang mamat ni! Benci gile nak mati dengan kau lah sengal! Sebuk-sebuk nak mesej, aku tak reply sebab takde kredit. Sebuk-sebuk BUZZ! kat YM, aku invisible. Aku menyampah dengan kau la, bodooo! Bengang kat orang lain, marah kat aku plak?! Sakaii! Bencibencibenci!

Lepas satu masalah, satu lagi la plak? Kenapa tak lepas satu tambah 17 ke, 18 ke, 20 teros ke? :O Weekand ni aku lebih kepada menyepikan diri. Orang mesej, tak reply sebab takde kredit. Semalam tak datang sekolah sebab demam. Ramai gak yang mesej. Encek R pun sama. Alarh Encek R, nanti kite dah topup, kite mesej yee! ;)

Semalam balik kampung. Besttt! Relax sket! :) Baru sampai pukul 8 tadi. Huu~ Tak tahu apa nak buat. Serabut gile! YA ALLAH, berilah aku kekuatan.. :O Konon tak banyak nak cerita. Nak baca kena scroll juga. Haha! :P

LASTLY : Ohh~ Serabaiii... XO

Wednesday, February 25, 2009

Okay Kot?


Ohhh~ Harini okay sikit kot. Masalah-masalah yang banyakbanyakbanyak itu kurang dah kot. Ada banyak sebab rasanya. Hmmm~

Masalah result yang macam.. harghh tu! Masalah dengan kawan lagi kot. Pastu, ada ini, itu, dan sebagainya lagi. Haishh! Cobaaaannn... :O Tapi dah okay sikit aku rasa. Sebab...
  1. Dah menangis gilegile puas malam semalam. Bangun pagi tu segar sikitlah kot. :/
  2. Conteng-conteng dah nak dekat habis satu buku. Haha! Gille.. Tapi tu cara yang berkesan la juga kat aku. Habis buku tu penuh dengan contengan. :P
  3. Dah kongsi-kongsi dengan Encek R... Lega sikit dah kongsi dengan Encek R. Nak kongsi dengan kawan pon macam tak dilayan je.. :( Tapi, apa-apa pun, thanxx gilegile Encek R! :)
Tadi kat school okay juga la. Ada Easy English ngan Motivasi Belajar sikit. Gelak-gelak ngan kawan-kawan semua. Diorang nampak aku happy, tapi... Hati tak siapa tahu... Pada hakikatnya, IMAH ini mencari sesuatu. Sesuatu yang tak pasti kot... :/

LASTLY : Ohh! Ayat last, sungguh dramatik! XP

No matter you are, Allah knows.. :)


Tuesday, February 24, 2009

:'(


Huuuhh~ Saat menaip entri ni, hati aku mengeluh sepanjang-panjangnya. Mungkin sepanjang Jambatan Pulau Pinang, mungkin juga panjang macam tembok batu kat China tu. Hmm, ntahlah. Rasa macam, besarnya dunia ni untuk aku..? :(

Masalah sebelum ni dah hampir selesai. Hati dah tenang sikit. Jiwa tak berserabut sangat. Tapi pagi ni, dugaan betul. Memang betul-betul dugaan. Banyak paper ujian dapat tadi. Tinggal 3 je lagi yang belum. BM, KH, n AG. Yang lain semua dah dapat. Result? :(

BI- 97% -A
SC- 70% - B

GEO- 93% - A
SJ- 62% - C
MT- 53%! - D

Sepatutnya ada yang C tu B dan yang D tu C. Ini semua pasal cikgu dah naikkan gred. 80% ke atas A. Sebenarnya, 75% dah A. Tapi kelas aku yang kononnya pandai ni, dinaikkan gred plak. Aku tak tahu nak gambarkan kecewa yang macam mana. Tak dapat digambarkan dengan kata-kata kot. Tapi yang frust gilegile nak mati, Math la. Sebelum test tu, aku dah buat banyak gile babun soalan. Dah usaha gilegile. Last-last dapat D. Diulangi D! Nasib tak fail. :(

First time seumur hidup result 'warna-warni' camni. A, B, C, D. Frust gilegilegile! :( Cakap kat mak result Math aku teruk gile babi unta. Mak tak marah, tapi...

"Mak, Math orang dapat D oh!"
"Ha, baguslah tu. Bagus la. Dah tunjuk dah turun tu. Dah tunjuk dah.."

Mak cakap camtu, dah nak nangis dah. Tapi cover lagi. Sekarang ni memang takley cover. Dah sebak dah aku. Mak mesti kecewa ngan aku. Tak marah pun, dengan tegur camtu, cukup buat aku rasa macam, "Ohhhh! Apa aku dah buat ni?!" :(

Sekarang, minda, jiwa, hati, otak aku berfikir. Apa yang aku silap? Belajar tak serius, main-main? Homework tak buat? Cikgu ajar tak faham? Umpat cikgu? Pengaruh? Atau apa? Semua tu, kena timbangkan balik. Aku tak mau keluar 'warni-warni' camni lagi. Diulangi! TAK MAU! :(

BEST SOLUTION, berubah dari sekarang? BEST WORDS nak sedapkan hati, bangkit kerana kegagalan? Macam mana kalau tak berbangkit juga? Macam mana kalau makin menurun je? Macam mana tu? Argh! JIWAKACAU! :(

LASTLY : JIWAKACAU :'((

Monday, February 23, 2009

Hmmm~


Hmmm~ Entahlah. Rasanya jiwa tak berapa kacau sangat kut. MUNGKIN sedang mengemas balik. Huuu~ Hari ni, okaylah kut. ;)

Kat sekolah tadi bapak lama perhimpunan weyh! Yang ini nak membebel, yang itu nak membebel. Padahal lebih kurang je bebelan mereka pon. Ada yang dah keluar tajuk aku rasa. Bak kata cikgu BM sekolah rendah, karangan TERpesong. Huuu~ Habis pukul 9 pagi uh! Dah sakit pinggang dah aku duduk. Muehehe~ XD

Sekarang ni plak, tengah risau gile babun tua dengan MATH February Test tadi. Setelah dikaji, setakat ni dah salah banyak. Target aku tak tinggi mana pun. 80 dah syukur ALHAMDULILLAH. Ramai yang kata susah. Memang susah pun weyh! Haiyooo~ XO

Tapitapitapi, harini takda homework la babe! Syok jea. Nak siapkan kerja kayu je. Itu pun dah siap. Yesss! Hidup tenang tanpa homework.belia benci homework? :P Cikgu! Saya tak bawa kerja kayu tadi tapi sekarang dah siap! Ngeeee~ ;D

Tapi dalam banyakbanyak gelakgelak harini. Ada satu gelak yang paling bangang sekali puncanya.

Cerita! ;)

"Aku makan kat kedai mamak. Maulana tu. Pastu, aku bayar RM5. Kejap lagi 'Ane' tu datang dia bagi baki RM5 tiga keping, siap ada 3 posen lagi tu..."
"Ha? Yeke? Untung gile. Dah tu, ko amekla?" (muka agak terkejut)
"Aku amek jela. Aku tak tipu dia, dia yang tipu aku.."

Hahahaha! Lawak macam bangang dowl. Terus aku gelak gilegilegile! Nasib baik la cikgu kat depan tak perasan. Haha! Kau tak tipu mamak tu ye Faiz? Dia tipu kau? Bagusbagusbagus. Jahat la mamak tu ye? Hahaha! Masih terbayang-bayang lagi muka Faiz cerita benda bangang ni dengan penuh semangat waja! Hahaha! Lawak teruk! :DD

LASTLY : Ahahahaha! XD Ahaha2, padahal tengah risau. Ouh, MATH? :O

Sunday, February 22, 2009

PC oh PC!

Di tengah keserabutan jiwa, ada sedikit kegembiraan di hati ini. Huuaaa! Ayat BM tinggi. Haha! Gembira la dowl. Dapat PC baru la plak. Hehe. Takdalah baru sangat. 2nd hand la. Tapi yang pasti, lebih bagus dari PC sebelum ni yang agak mengong ubi. Huhuu~

Ceritanya bermula di suatu petang yang indah. Indah ke?

"Imah! Oh, Imah! Cepatlah tengok sini,"
"Yelah, datanglah ni,"
"Ape mak?"
"Tengok tu dalam kereta tu,"
"Ohhh!"
"Nah, ayah beli ni tadi dekat Mayudin"
"Ye, terima kaseh"

Haaa, begitulah ceritanya. Huehue~ Terima kasih emak, ayahku TERSAYANG! :D Sayang PC ni gilegile! Tapi lagi sayang kat mak ngan ayah! :D Petang tu pasang-pasang ini itu. Download ini itu. Transfer ini itu. Malam tu dengan hati berbunga-bunga, online di sini! Haha! Tapi tak sempat nak updet blog. Huuu~ Dann...

Ini dia! ;)

:D

Di sinilah tempat aku online tiap-tiap hari. Huuu~ ;)

Expired! :P

Wahhh! Puaspuaspuas! Dah ada PC sendiri. Walau tak seberapa, tapi sekurang-kurangnya ada. Walaupun hati ini lebih menghendakkan sebuah lappy yang cunmelecun, tapi dengan PC ini sudah cukuplah untuk memuaskan hati. Terima kasih mak, ayah! :D

LASTLY : Senyum berbunga-bunga~ :D


Thursday, February 19, 2009

E N T A H L A H

Arghh! Hidup makin membebankan! Grrr! Benci lah macam ni! Benci gilegilegile! Aku bengang dengan beliau, beliau dan dia, dia serta mereka, mereka! Bengang gilegilegile!

Tension psal ini, itu, dan sebagainya. Sakit hati dengan ini, itu dan sebagainya. Benci dengan ini, itu dan sebagainya. Menyampah dengan ini, itu, dan sebagainya. Tak suke dengan ini, itu dan sebagainya. Confuse dengan ini, itu dan sebagainya. Masalah dengan ini, itu, dan sebagainya. Hurghh! Ape ni? :O

Ape ni, ape ni, ape ni?! Ape aku nak buat lagi ni? Apa, apa, apa dan apa? Mereka nampak aku sukesukihepigolucky je. Tapi, mereka nampak ke yang sebenarnya? Mereka faham ke apa yang aku rasa. Rasa macam dah takde apa-apa yang special? Rasa macam... urghh! XO

LASTLY : Makan hati agaknya? Hmm, E.N.T.A.H.L.A.H

gambar hiasan?

Tuesday, February 17, 2009

Penat Kut?


Huuu~ Sungguh amat penat sekali! Gilee~ Baru 2 hari sekolah jea minggu ni, tapi dah macam 2 tahun. Diulangi, 2 tahun. Penat gilagilagila la! Dengan kokurikulum, PREP yang sakai bodoh, kelas ICT, homework, homework, homework, Math dan Math serta lain-lain hal akan dibincangkan. Huh~ :O

Semalam ada PREP Agama. Just amali solat jea, tapi balik lambat tu pon dah kire penat la. Hadoy! Then, semalam pun ade perjumpaan KRS untuk kawad hari sukan nanti. Serious! Aku malas gila! So, aku ponteng je. Haha! Biarlah, aku penat gile tau. Dengan homework yang tak sudah-sudah lagi. Heish! Harap bersabar~ :O


Harini plak, ada kelas ICT. Sakai gile! Dahlah lambat, lama plak tu. Aku dahlah lapar tahap hypo dah. Heish! Habis pukul 2 lebih tadi. Membebel-bebel, pakai kasut, pergi 7E, last-last sampai rumah pukul 3. Homework banyak lagi. Math la ni! Tapitapitapi, semua sama jea. Kerja sekolah kalau 1 je tak boleh. Saja je nak menyakitkan jiwa raga. Heish! XO

LASTLY : Kepala otak sakit, badan penat, pening, bengong, weng, ngeng! XO

Friday, February 13, 2009

Ouh!

Whoa! Penatpenatpenat, letihletihletih, ngantukngantukngantuk! Minggu ni penat gilagilagila! Tiap petang kena menepek kat sekolah tu. PREP, latihan rumah sukan, kelab permainan, unit-beruniform n blablabla. Heish! Boleh mati ooo~ XO

Tapi minggu ni aktiviti kokurikulum je yang banyak aku rasa. Sebab homework rasanya macam sikit je. Heee~ Tapi memang penat gile babeng! Haiyoo~ Sukan pun dah nak dekat. Tapi yang pasti, aku tak akan terlibat sama sekali dengan sukan. Silap hari bulan, sukan tu pun tak datang. Bwahahaha! Malasz! :P

Huuu~ Esok sekolah. Malas betul. Nak ganti-ganti plak. Terus je cuti kan bagus. Taknak datang esok tak boleh plak. Ada ujian. Saja je cekgu ni. Huh! Malas gile ouh! :O

Cerita GENG? Mesti best kan? Mueheeee~ Rasa macam nak tengok jea. Tapi takda masa laa~ Hadoiyaiy! Hmmm, homework dah settle, jari dah penat menaip, badan dah penat gile. So, tidurlah! Huuuu~ XD

LASTLY : Ouh, ouh, ouh! Penat! Brrrr! XO

Tuesday, February 10, 2009

Tag laa~

Haha! Konon tak mau jawab tag lagi. Huee~ Tag ni best! Lagipun aku tengah free ni weyh! Haha! Alia, Alia! Aku jawab niey! XD

1. Do you trust Wawa?
Of course! Kau the bestlah Wa! :DD

2. What do you think of Aida?
Ngeng! Huehue~ Tapi sayang dia! :DD

3. Have you ever had lunch together with Anis?
Suda banyak kali maaa~

4. Aien got turned into an animal! What animal is it?
Animal kaa? Kalau fruit aku tau la. Oren? Muehee~ XD

5. What do you think about Fatin?
Terror Math! ;)

6. Who's Ainul dating?
Kacang? Hahaha! XPP

7. Oh no, Adlina got kidnapped by aliens! What do you say once they get back?
Adlina, mish kamoo! :)

8. Will Alia eat those green eggs and ham?
Tak! I think, Alia makan FEROQ! Haha! XD

9. If you could do anything with Filza, what would it be?
Filza, aku amek Anip! :PP

10. What would you do if you hadn't met Feroq?
Tak dapat nak psycho Alia? Muahahaha! XPP

Haha! Best la plak soalan die! Ngee~ Try sini! [picit-picit] Korang amik, letak nama aku yee~ Mueheeee~ :)

Haiyoo~

Huuu~ Harini biasa je. Takde yang best sangat pon. Tapi, aku sayang Aida ngan Ainul gilegile! XD Aida, thnx belanja aku air kotak tadi. Mueeheee~ Ainul, thnx teman aku stay tunggu ICTL mengong tu then belanja aku kat 7E tadi. Tapi kenapa ko belanja Zamir ngek tu sekali? Hueee~ Ainul scandal Zamir! Hot news maaa~ XD

Aku pon tadi terSOUR kapel ngan Zamir senget tu lagi. Adoiyaiy, korang! Aku ngan Zamir senget tu kawan! Especially for 2 minah ni. Mueheee~ XD Tadi aku tak tau ada kelas ICT tak. Pakai blah je. Haha! Biarlah, malas nak tunggu maa~ XO Dahlah bengang gilegile ngan Faiz senget lagi benget ni. Sesuka hati, seenak rasa, sesedap bicara je pergi baca mesej aku maaa~ Heyy! Binawe tol ko! :O


Homewrok takde larh harini! Yeah! Tapitapitapi, esok suda ada PREP yang bengong tu. Kena balik pukul 3. Haiyoo~ Penin maa~ Malas gille! Hmm, sabo jelaaaa~ :O
LASTLY : Haiyoo~ XO

p/s : ALIA! 1 word jea untuk ko : FEROQ! Hahaha! :P

Gambar hiasan. Haha! XD

Monday, February 9, 2009

Thaipusam?

Haha! Apsal titlenya laen macam jerk? Takde kena mengena dengan entri ini. Ni kena mengena dengan semalam. Haha! Lantaklah. Isnin - bosanbosanbosan gile nak mati! Mak mungkin balik malam ni. Haish! Nak makan apa hari ni? Haha! Kehidupan orang bujang. Wekk! :P

Semalam tengok tv je menahan lapar. Am ni slow gile pergi beli makanan plak. Bengong ubi! Lapar nak mati dah. Huahua! Dahlah sedeyh tengok FEROQ keluar semalam. Huuuu~ ;'( Hairi ni semak je. Nyanyi bukan sedap sangat pon. Poyo je dengan seluar chikang die tu. Heish! FEROQ tu ok je, just minggu lepas die buat tak ok sket. Hairi tu, boleh dikatakan tiap-tiap minggu tangga terbawah. Hish! FEROQ! ;'( Sekarang ni Nashrin la plak. Azri pon ok. Tapitapitapi yang pasti semua ok, except for Hairi! Wekkk! XP

Eceh! Senang-senang je nak kritik orang. Aku bukannya juri pon. Haha! Takpe. Aku kritik pon, bukannya ada hasil. FEROQ still keluar n Hairi still ade lagi. Adeyh! XO Ah! Lantaklah siapa yang ada pon. Diorang bukannya nak bagi duit tu sikit kat aku pon. Huee~ XP Lepastu mestila tengok Kyle XY! Lalala~ Cerita tu menjadi semakin complicated macam aku. Bak kata Faiz ngek aku complicated. Aik? Senget betul la Faiz ni. Aku simple tau. Haha! Buat masa sekarang, Kyle XY tak pernah miss lagi. Haha! MatDallas! Menggile tengok muka blur die tu! Ouh, ouh, ouh! :D

Yang pasti sekarang ni, aku bosanbosanbosan gile nak mati! Takde benda nak buat. Tidur orait gak ni. Haha! Padahal baru bangun tidur. Muehehe~ XD

LASTLY : Bosanbosanbosan gile nak mati... :O

FEROQ!

Mase dia nyanyi lagu ni, aku jatuh cinte la. Haha! XD

Oh! I'm melting~~ XD

Aku sign up facebook nak dapat gambar ni. Haha! Takley blah. FEROQ~ ;(


Sunday, February 8, 2009

Hmmm?

Woah! Mak dan lain-lain pergi rumah Along nun jauh di Terengganu. Sekali lagi aku malas nak ikut. Huee~ Katanya esok balik. Aku duduk rumah sorang atau bertiga dengan Anep ngan Am. Hmmm? XO

Petang semalam memang dok sorang. Lepastu, bosan gile nak mati. Siapkan Sejarah sikit. Tapi bosan lagi. Last-last ajak Aida lepak tasek yang "indah" tu. Haha! Gerak 7E dulu tunggu Aida. Lepas dah beli makanan sikit kat 7E tu, pusinglah nak pergi tasik. Sekali Anep call suruh balik. Adoy! Rosak program! Akhirnya, aku ngan Aida lepak kat rumah aku je. Haha! Kesian Aida~

Malam semalam ada kenduri kat rumah sebelah. Ada jiran baru pindah seminggu. Then, diorang buatlah kenduri sikit-sikit. Mula-mula rasa malas gile nak pergi. Pastu, Am ngan Anep plak suruh siap pergi wakil mak. Adeyh! Parah! Kesepian gile malam tu. Sorang-sorang je memplastikkan diri senyum-senyum. Padahal dah tergaru-garu kepala nak nangis dah. Haha! 20 minit lepastu, naseb baek ade Eily ngan Fatin. Tak kesepian lagi. XP

Pagi ni ikut suka je nak bangun pukul berapa. Haha! Best gille tidur. Bangun, mandi then siapkanlah homework semua tu. Pukul 3 tadi dah siap semua! Yeah! Bestbestbest! Lepak-lepak jelah lepas ni. Haha! Kalau tak pagi tadi Anep ajak berpicnik ow. Tapi malas, so tidur lagi baguss~ Haha! :P

Lepas siapkan homework tu, terbosan plak. Nak online, dah muak. Tak tahu nak buat apa last-last kemas rumah. Korang datang tengok rumah yang dah dikemas oleh minah yang pemalas ni. Haha! Poyo je. Anep balik dari berpicnik, dia tanya siapa kemas rumah. Sengal je soalan tu. Takkan la Am plak. Dia tido je reti. Adeyh! XP Haha!

Sekarang, aku bosan gile nak mati. Nak tengok StarzLife ar nanti. Haha! Nampak sangat dah takda keje. Btw, FEROQ! Jangan keluar minggu ni! Huuu~ :P

LASTLY : Hmmm, hari yang indah? Takda maknanya. Haha! XD


Friday, February 6, 2009

Entri Panjang! XD

Lalala~ Best lagilah harini! Sukesukesuke! Masa kat sekolah best gile! Seronok walaupun ada yang menyakitkan hati. Tapi yang sukesukesukenya banyak. Hueee~ :D

Yang sakit hatinya masa lawan bola baling pagi tadi. Biseng betul 3 ekor minah ni. Sakit jiwe betul aku ngan diorang ni. Hampeh tahap gaban betul. Paling tak boleh blah, "Diorang tak main ikut peraturan, diorang tak reti main, diorang tak pernah main bola baling, cikgu" E'eh?! Eytt, minah! Ko nak emo sangat apsal? Main lawan sukesuke, ko biseng-biseng ikut arahan. Jadi wakil sekolah lah ko! Terror gile beb ikut arahan. Ngahaha! XP Tapi dapat tengok Encek Pemain PingPong yang tanya surau tu! Dia sedang makanlah itu masa. XD


Ada orang jeles ngan aku laa~ Tiga sekali beb! Haha! Lawakla yang menjeles ni. Satu, sebab Encek Faiz cakap elok-elok je ngan aku, ngan dia tak. Eytt, sebab ko tak reti nak melawan cakap Faiz ngek tu la! Sebab tu kena bodoh-bodoh ngan dia. Heish! Dua, MEREKA jeles dengan aku n Ainul sebenarnya. Ainul rapat dengan Encek Zamir. Aku pula masa PI tadi TERjadi sour couple ngan Zamir ngek tu. MEREKA mengusha penuh kejelesan. Haha! Selengeee~ XP

Aku jerit-jerit, pukul-pukul, jeling-jeling ngan budak laki kelas 2 Setia yang ntah pape tu pon ada orang mengusha semacam. Perlu ke tengok aku macam tu? Aku carik kawan la, bukan lawan ngek! Bukan macam korang nak cari lawan. Hidup kena banyak berkawan. Kan ayah? XD

Habis cerita lawan-lawan, kawan-kawan, kawen-kawen. Heyy! Kawen-kawen takdela! Haha! XD
Petang tadi ada latihan rumah sukan Nuri. Haha! Lagi satu benda ngek yang terjadi. Huahua! Mula-mula keluar beli kertas A4 n makanan. Wahh! Kenyang makan beb! XD Pukul 3 petang tu baru gerak sekolah. Ainul ngan Anis lepak umah aku sekali. Pergi sekolah pon sama-samalah ngan diorang.

Nak pergi sekolah lalu tasik yang "indah" tu. Dari jauh kelihatan 2 ekor makhluk Tuhan yang ngek. XD Macam kenal. Rupa-rupanya memang kenal la. Haha! Itulah Faiz n Zamir ngek. Masa tu, kitorang nak pusing pergi pagar depan. Terjumpa plak ngan mereka ngek ni. Latihan start kol 4, kitorang pon lepaklah dulu ngan mereka ni. Lepak kat station bersenam kat tepi tasik tu. Haha! XD


Best je. Macam-macam yang merepek, macam-macam yang merapu. Siap ada roket terbakar, kucing dalam peti ais, dan yang penting sekali seluar Faiz. Hahaha! XD Kami kegilaan! Lepas tu, hujan! Nasib baik tak lebat. Dalam hujan tu lepak lagi. Takda kerja. Haha! Tapi last-last berhenti juga. Huehuee~ Masa hujan berhenti tu, pergi tengok bola plak kat padang Satim. Ingatkan latihan Nuri takda sebab hujan. Nasib baik kitorang tak tengok bola tu lama-lama. Rupa-rupanya adalah latihan tu. Haiyark! XD Kitorang bertiga pon, pergilah melatih diri di latihan Nuri tu. Nguhuuu~


Latihan Nuri pon habis. Pukul 5.30 tu dah habis dah sebenarnya. Tapi aku balik kol 5.45 tadi. Lepaklagi. Ngeng gilee~ Balik tu, serious penat gilee~ Kaki terseliuh. Dah tempang jap dah aku. Haha! XD Tapi harini memang best ar! Sukesukesuke! :DD

LASTLY : Wahh! Panjang ceritanya. Nak dengar lagi? Haha! :P



p/s : Faiz, suka cari gaduh ngan aku. Zamir, scandal duluu~ Irfan, kelakar la setan. XD Syakir, sakai. Fadhli, diam jee~ Mereka rakan seperjuangan! Sama dengan kawan-kawan yang lain. Jangan nak mengkritik aku atau apa-apa sahaja sebab kecoh-kecoh dengan mereka. Aku memang kecoh, korang tak payah kecoh ok! Biar aku sorang je yang kecoh! Ngek! XO

Wednesday, February 4, 2009

Hari Ni?


Lalala~ Seronok la! Penat tu memang la kan. Tapi tetap best juga! Belajar tadi happy je. Homework juga tak banyak. Ada 2 je. Math dengan Geografi. Itupun dah siap. Kalau PS tu, relax dulu. Hari lain aku buat. Haha! Tangguh kerja, kalau susah nasib kau lah. XD

Petang tadi ada PRS. Minggu ni aktiviti sukaneka. Syok gile-gile larh! Tapitapitapi, sebelum perjumpaan PRS tu kitorang (aku, Aida, Filza, Aien ngan Amirah) lepak kat Anjung Budi tu. Hari ni sekolah aku jadi tuan rumah untuk pertandingan ping pong peringkat apa tah, tak ingat. So, tadi masa kitorang lepak tu, ada 3 orang mamat ni tanya kitorang surau kat mana.

"Hmm, sekolah sini ke?"
"Haaa. Ye? Kenapa?"
"Surau kat mana yea?"
"Surau.. Terus, lepastu nampak lorong tu, masuk situ."
"Terus belok kanan ye?"
"Ye, belok kanan. Cari sampai jumpa yea?"
"Ok. Time kaseh"
"Sama-sama! Kalau tak jumpa, hmmm.. cari jugak la sampai jumpa!"

Haha! Ayat last tu pesanan ikhlas dari aku untuk mamat-mamat itu. Yang lain tu Filza n lain-lain yang cakap. Korang! Baju hijau seluar putih tu aku punya! Haha! XD Lepas kejadian tu, kitorang nak pergi bilik SLAD pun lalu surau gak. Haha! Takley bla!

Masa aktiviti tu, ada la kumpulan. Kitorang semua satu kumpulan termasuk Anis, Syaf n Kak Sarah. Namanya HitamPutih. Haha! Unik kan? kan? kan? XD Tapitapitapi, kumpulan HitamPutih inilah yang menang! Yeah! Chaiyok untuk kitorang! :D Kumpulan ni tak tukar sampai akhir tahun. Bagus! Tahun lepas asyik tukar-tukar je, bosan. Tahun ni, HitamPutih je! Heee~

Dalam 6 station, aku suka station 3 n 4. Seluk air cari duit dengan body language. Haha! Best gilegile dowh~ Kakak-kakak fasi kat station ni rock habis! ;) Paling menyampah dengan station last. Teka harga. Macam sakai je, akak fasi tu. Poyo melebih. Tapi, overall memang best game hari ni! Sukesukesuke! :DD

Lepas game tu, bising-bising ngan akak fasi. Haha! Takde keje. Then, kitorang mentedarah makanan dalam hamper yang bernilai RM 35. Haha! Bukan teka harga tau. Betul-betul ni. XD Makan gile kenyang. XP Ada Corntoz tau dalam hamper tu. Kitorang snek dengan gaya sendiri. Haha! Ada juga yang macam mamat dalam iklan tu. Sedut Corntoz tu pastu tarik-tarik seluar. Haha! Kitoang gille! XD

Huuu~ Sekarang homework dah siap. PS je belum. Nanti siapkan. Esok mesti tambah homework lagi. Adeyh! XO Esok ada presantation SJ. Dah siap! Bagusbagusbagus. Dahlah aku group first. Ngehhh~ Tapitapitapi, sudah bersedia untuk hari esok! :D

LASTLY : Best, hapenning gila! Sukesukesuke! :DD Chaiyokla HitamPutih!


Tuesday, February 3, 2009

3 Tahun?

Huuuu~ 3 Februari 2009. Genap umur blog aku ni 3 tahun. 3 tahun? Woaha! Macam tak percaya. Dah 3 tahun aku jadi seorang BLOGGER. Ngeee~ Dari aku darjah 4 blog ni bersiaran secara langsung. Haha! XD

Ayah yang ajar aku buat blog ni. Huuu~ Masa mula-mula blogging dulu, malas je nak update. Kalau update macam bodo je ceritanya. Haha! Budak-budak je lagi. Lepastu, layout pun ambil yang dah sedia ada je. Itupun tanya ayah. Sekarang, ayah yang tanya aku macam mana nak nak tukar layout, letak headline, shoutbox dan lain-lain. Ini membuktikan bahawa apa yang dikatakan Along itu benar. Aku si Penggodam. Haha!

Kakak-kakak aku pun ada blog juga lepas aku mula berblogging. Dulu, aku yang tolong editkan layout. Huehuee~ Tapi sekarang Along ngan Icah pun dah pro. Hehe! Along yang dulu layan Friendster pon dah jadi BLOGGER tegar. Haha! Check out this! Along / Icah

Kawan-kawan aku pun ada yang berblogging. Aku tolong diorang juga. Tapi sekarang semua dah pro. Lagi pro daripada aku. Haha! Alia la tu. Aku pun tak reti nak buat layout sendiri! XD

Sepanjang aku berblogging ni, ramai yang aku kenal. Kawan baruu~ Hehe! Bestla. Blogging buat aku banyak bercerita. Ngeee~ Dandandan, url blog aku tak pernah tukar sejak azali lagi. Haha! Banyak prosedur la nak tukar url. Kena bagitau kat semua orang yang meninjau blog aku. Kenalah tukar headline. Yang penting sekali, kena dapat cop LULUS daripada EncikAyah. Haha! Ayah hari-hari tengok blog aku. XD

Apa-apa pun, BLOGGING itu besttt~ :D