Sunday, October 31, 2010

Langkawi Day 2

So, Langkawi Day 2 was damn great! Pagi tu bangun, siap siap then pergi Pekan Kuah cari sarapan. Aisehhmen, kedai makan semuaaa tak bukak lagi. Ada kedai mamak je yang bukak. Nak taknak terpaksaaa la makan kedai mamak tu jugak. Lepas makan tu, baru kedai makan melayu yang sebelah tu bukak. Haihh, takpelaa. Dah makan kenyang dah pun.
Lepas makan tunggu bas nak pergi jetty. Bas sampai, naik bas, pergi jetty. Haha, ayat macam berulang je. Tak kisah laa tu. Sampai kat jetty naik ferry then naik bot pergi Pulau Payar. Apa buat kat Pulau Payar nun jauhhh di sanaaa tu? Apa buat? Ini activity yang paling seronok sekali dalam trip kali ni wehh! Yehhh! Snorkeling timeee! :DD
Pukul 11 mula bersnorkeling. Lepastu dalam pukul 12 lebih tu naik makan tengah hari. Dah makan kenyang, sambung balik snorkeling. Dari belah yang cetek, sampai belah yang dalam sampai 8 meter macamtu. Dari air surut waktu pagi tu, sampai dah pasang dah air pukul 2 lebih tu baru naik. Haha, bayangkan laa macam manaa kecut tangan lepastu.

Sekitar acara bersnorkeling! HAHA. :P





Berenang renang bersnorkeling sampai laut yang paras 8 meter, tengok batu karang yang cantik cantik, tengok hidupan akuatik tu semua rasa macam nak jerit jerit keterujaan. Tapi sempat jerit dalam hati je sambil kata, "Subhanallah, cantiknyaaaaa ciptaan Allah ni!". Serius! Cantik sangat!

Tapi time snorkeling tu, beristighfar panjang laa masing masing. Well, orang pueetihh menyeksi meksi di sana sini. Haha. Then masa aku pergi tandas nak tukar baju and siap siap nak balik tu, boleh pulak dalam kalangan mereka ini mandi tanpa menutup pintu tandas? What thee? Masa aku keluar tandas lepastu, boleh pulak dia keluar pergi sinki dengan baju kulit? I saw her naked body babehh! HAHA, nasib baik bahagian atas belah belakang je. Lepastu aku terus tunduk setunduk tunduknya macam nak mencium lantai tandas tu. HAHA, haram jaddahh.
Well, itu just anggap sebagai pengalaman jelaa. Ayah kata kalau nampak macam tu, just buat biasa je. Sebab mereka dah memang macam tu. Jangan pulak aku kena kejutan budaya. Pegang prinsip bahawasnya, takde yang pelik dalam dunia ni. HAHA, okay finee. Aku simpan prinsip tu.

Balik tu terasa penat. Naik bot, naik ferry, sampai dalam ferry je ambil port belakang sekali. Duduk sorang sorang, terus baring. Fuhh, penat betul. Dah sampai jetty, turun dan naik van ke Pantai Chenang lagi. Ingatkan sempat nak masuk Underwater World, tapi tak sempat pulak.
On the way balik dari Pantai Chenang ke homestay tu, ada Pasar Malam. Berhenti beli makanan, seorang RM5 dapat makan kenyang gilaa. Memang jimat habis laa. RM5 dapat 2 makanan dan 1 air. Berbaloi baloi beli makanan kat Pasar Malam di Langkawi ni lah. :D

Balik homestay, makan, jemur baju snorkeling tadi, mandi, urut kaki dan terus tidur. Kaki lenguh sangat sangat, tangan pun sama. Tadi dah berenang lamaa sangat, dah macam ahli sukan renang dah. Nasib baik best dan berbaloi baloi. Bila tutup mataa je masih terbayang bayang lagi ikan berenang renang tu. Wahh, memang best! Kalau ada peluang nak pergi snorkeling lagi, memang akan pergi! SUKAA sangat! :DD
Langkawi Day 2 ; THE END

Saturday, October 30, 2010

Langkawi Day 1

Bangun, siap, naik teksi turun kat Bandar Tasik Selatan. Lepastu naik ERL, pergi Salak Tinggi. Dari Salak Tinggi naik bus pergi LCCT. What a longgggg journey nak pergi naik flight. Tunggu flight agak lama sebab sampai agak awal. Lagipun flight delay. Cet. Pukul 2 lebih baru naik flight.

Dalam ERL

Sampai Langkawi petang, naik van sewa terus pergi homestay. Hahh, betul betul home. Dekat taman perumahan, Taman Nilam namanya. But rumah tu okay sangat sangat. Ada 3 bilik, 2 bilik air, dapur and memang agak sama macam rumah kat Serdang ni. Paling suka dinding hijau diaa ni. HAHA. :P

Muka excited baru sampai. Nak naik van. :)


Menggedik di dinding hijau. HAHA. ;p

Lepas rehat kejap letak beg semua, pergi shopping. Ahha, ape kelas first day dah shopping? Tapi sebab dah tak sempat nak pergi mana-mana, shopping jelaa yang termampu. Tapi, sangat gilaaa aku tengok coklat dekat Haji Ismail Group tu. Kalau kat Langkawi tu, tak tau Haji Ismail Group tu ape, memang kesian laa. Tembak sini, tembak sana, dekat RM100 jugak habes. Erk! Terkeduu aku. Haha, takpe. Sekali sekala. :DD

Gila coklat di Haji Ismail Group

Lepas shopping je dah malam. Jalan jalan kat Pantai Chenang jap. Nak shopping jugak actually. Tapi takde ape sangat laa. Lepastu, beli makanan dekat Pasar Malam Pekan Kuah then balik homestay yang memang macam home tu. First day macam biasa je sebab sampai Langkawi dah petang dan tak sempat nak ke mana-mana pun. Tapi second day was DAMN GREAT! Tunggu entri nanti. Weeee~ :DD

Langkawi Day 1 ; THE END

Tuesday, October 26, 2010

13 Jam 50 Minit (!)

Kami datang ni Incik Helang! Weeeee~ :DD

Barang dah packing.
Duit dah rasa cukup.
Diri dah bersedia.
Tinggal nak tunggu 13 jam 50 minit je lagi!
Ahha, excited terlebih!
Mestilah, dah lamaaa tunggu nak bercuti lepas PMR ni.

Haha, sudah lah, mahu tidur awal sikit malam ni.
Kan dah cakap excited terlebih. ;P
Esok lepas subuh mak ayah tak bagi tidur.
Nanti lambat laa ape laaa.
Kena laa tidur awal kan?
Sebelum keluar suara petir dum dam dum dam!
Haha, suara petir bunyik macam tu ke? :P

Saja taip satu ayat lepastu enter.
Nampak panjang sikit.
Padahal tak pun. Haha.
Nampak je. ;P

Okay, tunggu next entri dalam 3 hari lagi! ;)

Monday, October 25, 2010

Baling Selipar

Baling selipar tadi sangat penat okay? Dah lamaaa gilaa tak main baling selipar ni. Last sekali main masa sekolah rendah. Itu pun darjah 4 ke 5 macamtu. Dulu kalau main, kemain nak terror lagi. Sekejap je selipar tu dah tegak. Sekarang main tengok? Macam basikal rantai karat je. HAHA. xD

Balik sekolah ikut mak beli barang dapur kat Giant Equine. Alaa, yang baru bukak tu. Alaa, yang baru pergi hari Sabtu haritu tu. Haha, harini tak ramai. Aman damai je menyopping. I loikeeee. Haha. x)

Menggedik dalam fitting room Giant Equine, padahal bukan try ape ape pun. HAHA :P

Sekarang, tengah fikir nak pergi sekolah ke taknak esok ni? Kalau pergi, game macam best jugak laa. Kalau tak pergi, boleh ikut mak lagi menyopping and buat kerja kerja sikit sebelum bercuti. Aww, bercuti kataanyaaa. Ehh, nak pergi sekolah ke taknak ni? Kalau tak pergi esok, aku datang sehari jelaa minggu ni. Wooo, cayalah! Haha. x)

Separuh hati berharap agar diri ini terlajak tidur lagi esok. Separuh hati lagi kata baik pergi sekolah, boleh menggedik dengan kawan kawan ♥ yang nombor dua. Haha, Aidaa and Aliaa je yang faham ni. Kan wehh kan? Korang semua nombor dua lah. ;)

Tunggu jelaa esok weh, fikirkan kemudian~ xD

Sunday, October 24, 2010

Diulangi :P

Sekarang, dah pukul 4.12 pagi ye kawan-kawan. Diulangi, 4.12 pagi. Kenapa aku tak tidur lagi? Kenapa aku tak tidur lagi? Diulangi, kenapa aku tak tidur lagi? Err, perlu ke aku ulang ulang ni? Perlu ke? Diulangi, perlu ke? HAHA, okay stop it. :P

Hajat awal sebenarnya nak update blog petang tadi lepas balik dating dengan Aida. Lepas balik tu, mandi and sempat main UNO satu game je dengan Icah. Lepastu tertidur sampai pukul 11 tadi. Itu pun terbangun sebab ada orang missed call. Kalau tak, memang tengah mimpi lagi laa ni. Habislah esok, confirm bangun tengah hari. Mungkin jugak sampai ke petang. Erkk! :O

Pagi tadi, jalan pegi Mines dengan Aida. Tengok wayang ; Cuti-cuti Cinta, jalan jalan jalan and tebus kupon PizzaHut NIE haritu. Ingatkan nak buat je movie marathon tapi sayang, kadar ekonomi tidak mencukupi. Adehh, kesabaran amat diperlukan di sini. HAHA. :P

Cuti-cuti Cinta ♥


Lepak di Splash Park Mines untuk menghilangkan kesejukan akibat hampir dua jam dalam panggung yang menjadikan punggung sejuk tu. HAHA. :P

Balik tu, mak Aida ambil terus pergi Giant Equine yang baru bukak tu. Ohh, ramai kot. Jumpaa Shahida lagi tu. Kaki pun dah lenguh lenguh unta dah. Kenapa mesti unta? Biarkan, yang penting kesabaran amat diperlukan di sini semasa berjalan yeh. Haha. xD

Menggedik di Giant Equine. Ahha. x)

Sampai rumah pukul 5 petang ye kawan-kawan. Diulangi, 5 petang. Maaf, aku dah suka main ulang-ulang ayat ni. Haha, semalam confirm je cakap dengan Aida balik before pukul 2 lebih laa ape laa. At last balik pukul 5 jugak GEE. Kesabaran amat diperlukan di sini. HAHA, :P

Dan sekarang, masih di depan laptop Icah ni haa. Ape nak jadi? Pagi pagi buta macam ni tak gheti nak tido. Nasib baik hari Ahad. Tapi Ahad pun, kena bangun awal jugak kalau tak nanti dengar suara petir emak. Uishh, gundah gulana hati ini nak tidur. :O

Awal entri tadi kata pukul 4.12 AM. Sekarang dah pukul 4:48 AM dah. Wahh boleh tahan slow jugak update blog ek? HAHA. :P

PUBLISH POST pukul 4:48 AM? Woah! :O

Thursday, October 21, 2010

Baru Teringat

Sambil berfikir dengan bersungguh-sungguh nak pergi ke sekolah ke tidak esok, aku pun tekanlah Yahoo! Mail yang bookmarks tabs kat atas ni. Tiba-tiba rasa macam nak check email pulak. Tiba-tiba terbaca email daripada Formspring. *Berapa banyak tiba-tiba daaa? :P*

Aik? Formspring? Apsal sent email kat aku ni? Aku ada Formspring yeh? Bukan dah delete ke dulu? Ke aku tak jadi delete ek? Tapi kenapa pulak aku nak delete dulu ek? Eh, kenapa baru teringat sekarang ni ek? Tapi betul ke aku ada Formspring?

Hahaha, hamek kauu bertubi-tubi soalan keluar ni haa. Rupa-rupanya, memang aku ada Formspring. Namun sesungguhnya, password Formspring tu pun aku dah lupa. HAHA. Kesudahnya, aku connect with Facebook je. Sumpah tak ingat gila. Adehh. ;P
Bila buat hal ini jadi status di Facebook, tengoklah apa feedback nya. Hampeh betul masing-masing. Maybe sebab Formspring ni macam kureng digunakanlah sampai aku boleh lupa bahawasanya aku ada account Formspring.

Jadi apa lagi kawan kawan. Meh laa tanya soalan soalan kat aku. Soalan yang munasabah sikit ye. Kalau soalan munasarawak tu memang mintak maap lah nak jawab kan? Haha. Sila scroll blog ni sampai terjumpa petak Formspring aku ni kat sidebar blog okay? Selamat bertanya soalan! ;)

Eh, kejap. Kalau ditengok pada print screen FB atas ni. Akan ada sesuatu kat bawah sekali tu. Sesuatu yang berupa Microsoft Word Document - Bab 2. Haa, baru aku teringat lagi. Tender 50% baru ada bab 2? GILA! Tak boleh jadi ni. Mari mari cuba buat bab lain dulu kalau bab 2 ni masih sangkut lagi. Cepat sebelum Along menagih hutang. ALONG ye bukan AH LONG. Haha. xD

Tapi sampai sekarang pun masih takde keputusan muktamad lagi untuk ke sekolah esok. Boleh pulak jawab kat orang yang bertanya tu, "Tengoklah dulu kalau aku dapat hidayah nak datang, kalau ada muka aku dalam dewan sekolah tu maknanya dapat hidayah lah tu." Haha, jawapan yang mengundang kecarutan untuk orang yang bertanya. Maap weh, tak tau lagi. HAHA. :P

Pergi atau tidak ye? Haha, x)

Wednesday, October 20, 2010

20102010

Agak cantik tarikh 20102010. Tapi tak secantik harinya. Harinya sangat hampeh okay? Adehh. Bak kata status FB aku tadi ; Janganlah engkau sesali apa yang telah berlaku, walaupun sememangnya aku menyesal datang sekolah tadi. -___________-"

Aktiviti yang paaaaaling lama di sekolah tadi boleh dikatakan aktiviti yang dinamakan "Membahagi Kumpulan". Memang cool habis aktiviti ni. Aku naik semput tunggu aktiviti ni habis. Dengan suara cikgu yang menjengkelkan, sorang dua ahli kumpulan yang menjengkelkan serta aktiviti yang menjengkelkan membuat hati ini rasa sungguh menjengkelkan. Huhh. -.-

Esok taknak pergi sekolah! Booo! Haha, lagipun esok just ada taklimat untuk sekolah teknik and giat MARA. Tak minat kot, lagipun mak kata kalau nak masuk teknik, baik stay je kat sekolah ni lagi. So, esok bolehlah tidur dan tidur lagi di siang hari. HAHA, ape ke teruk benoo perangai ni? :PP

By the way, semalam macam jalan-jalan dekat blog sendiri. HAHA, lepastu nampak iklan Nuffnang yang macam best. Iklan yang P. Ramlee kat Astro tu rasanya. So, click jela sebab aku macam berminat sikit dengan P. Ramlee ni. Ahha, segan pulak mengaku. Macam orang lamaaa. HAHA. Tak kisah lah tu. Lepastu, jumpa video ni. Wehh, aku rasa ini memang best gilaa. Dah ulang lebih 18 kali dah ni.



Sesungguhnya, aku click iklan tu bukan untuk click fraud okay? Takde niat pun sebab kadang-kadang memang aku sendiri yang macam berminat nak tengok iklan tu. Haha, ape punya perangai ni pun aku tak tau. Tapi, memang bukan click fraud! Confirm!

Cakap pasal iklan mengiklan ni pulak. Entah zaman bila aku boleh cash out Nuffnang dengan Youthsays punya earnings ni? HAHA, Nuffnang boleh tahan lagi. Ada laa jugak belas belas. Yang Youthsays ni pulak? Toksah cakap laa kalau dah setakat RM3.20 je. Adehh, hinaaa betul, padahal dah lamaa dah blogging ni semua. -.-

Mesti sebab tak hyperactive macam kanak-kanak minum Ribena ni. Masalahnya, nak aktif macam mana lagi ni. Sendiri pun tak tahu. Sila boo! Orang lain baru blogging kejap dah dapat ratus ratus earnings nya. Aku pulak? Segan eh nak cakap. Padahal tadi dah cakap kan? HAHA. :P

Takpelah, lepas ni akan lebih menggiatkan blog walking di sana sini. Untung untung boleh naik. Tapi entah bila nak naik entahlah kan. Sebab tu rasa untuk buat contest semakin membuak-buak. HAHA, tapi takde respons. Biarkan dulu lah.

Biarkan Si Luncai dengan labu-labunya, biarkan Imah dengan bebelannya. x)

Tuesday, October 19, 2010

Hijau-Hijau Si Sepupu Lego

Hijau-hijau Si Sepupu Lego, sungguh pun hijau ku pandang comel. HAHAHA. Ini ala-ala ; Hitam-hitam si tampok manggis, sungguhpun hitam ku pandang manis laa kiranya. Ecehwahhh. :PP

Ayahku pulang dari kerja
Ayahku bawakkan novel-novel ini
Ponponponponpon Ponpon Ponpon
Mana ada novel yang ada bunyi
Jangan percaya dengan tulisan biru ini.


Sila kerutkan dahi selepas membaca mukadimah entri ni. Haha. Motif? Tak dikenal pasti. Nah laa Along, hamekkk hamekk laa gambar novel ni. Nak sangat. Hamekk hamekkk. HAHAHA. :PP

Ehem-ehem-ehem. *batuk batuk buat betulkan suara*
Dapatkan novel baru terbitan PTS One Sdn. Bhd. yang bertajuk Sepupu Lego di kedai buku berhampiran dengan anda. Novelnya kecil dan hijau serta mudah dibawa ke mana-mana. Marilah semua mendapatkannya.

Pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan khas untuk anda dari sang penulisnya. EHH, penulis boleh letak sang ke kat depan? HAHA. Pon boleh, pon boleh. Ini diaaa, novel sequel siri LEGO. Walaupun Lego dah tak ada, tapi kenang-kenangannya sudah ada dua. ;')

Jadi macam biasa ada sepuluh novel ini untuk penulis-penulisnya. Sekali Along dah chop dulu 7 buah laaa. Tinggal lagi 3. 1 untuk simpanan keluarga dan yang ada pada aku hanya 2. Tapi yang 2 itu, aku pun dah tak tau nak buat apa. Rasa macam nak buat contest je. Hehehe, teringin laa jadi tuan punya contest. Asyik masuk contest je tapi tak pernah menang bosan jugak kan?

Jadi apa kata aku buat contest dan bagi orang menang pulak? Haha, ada sesiapa berminat? Buat contest takde sesiapa yang berminat serupa takyah je kan kan kan? Kalau takde, aku buat perhiasan je lagi 2 novel tu. Hahaha. Marilah berikan pendapat anda beramai-ramai. Kepala hotak ni dah macam-macam idea contest yang terlintas. Hehe, :)

Insya-Allah akan ada 3 lagi siri LEGO pada masa akan datang. ;)

Monday, October 18, 2010

Gee

Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby Gee Gee Gee Gee Baby Baby Baby

Yeyy! Ini Komot saya yang dah tak comot lagi. Dia dah wangi laaa~ Baru lepas mandikan dia pagi tadi. Bukan pagi sangat pun actually. Tengah hari laa jugak. Haha, bersungguh semalam kata nak mandikan pagi sebab tak pegi sekolah. :P

Macam mana nak mandikan pagi? Bangun pun dah nak dekat tengah hari. Semalam tidur pukul 4.05 AM kot. Serius tak rasa ngantuk sikit pun. Aku pun dah tak faham. Bukannya buat apa pun. Tengok Youtube kot. HAHA, music video lagu yang best best semua tu. Tengok Duhai Si Pari-Pari lagi. Que Haidar lawak gila okay! Tapi laju kot Youtube pagi pagi camtu. Cayalah! Lancar je tengok video tu. Macam menggunakan minyak pelincir EssoMobil. HAHA. Takyah loading tuuu! :DD

Esok nak pergi sekolah laa. Haha, suka suka hati je nak pergi sekolah ke taknak.
Ehh, esok ada pertandingan pantun and sajak la. Rindu pulak nak berpantun. Ecehhhwahh. HAHAHA. Ramai setuju bahawa lepas PMR sekolah tu macam sekolah mak bapak masing-masing. Suka hati je nak datang ke taknak. Wahhh, memang indah hidup lepas PMR ni. Tapi mungkin tak berapa indah lepas dah dapat result PMR. Fuhh, takyah ingat tu dulu laa. Lamaaa lagi nak dapat. 28 Disember kot. Lambat sangat pun adee. -.-

Oh, yea. Tender 50% baru siap 1 bab. Itu pun tak penuh. Haha, blank. Tinggal dulu kot. Silap silap nanti buat bab lain-lain tak ikut turutan. Ahh, belasah jelaa. Janji siap. Ye dok Along? Haha. Sudahlah. Nak pegi baca Lelaki Berkasut Merah pulak ni. :)

*SELINGAN*
Ini bukan komot mahupun comot. Ini cacat namanya. Aim! Tolonglah buat muka senonoh sikit kalau ambil gambar. Penat aku men'cover' okay? Hahaha. :P

Adakah kalian ke sekolah esok? HAHA. :P

Sunday, October 17, 2010

Lima Puluh Percent

Ini bukan entri nak cerita pasal lagu dangdut tu. Alaa, yang "Seratus percent cintaaaaku~ " Lagipun lirik dah salah dah. Kena tukar jadi "Lima puluh percent cintaaaaaku~". Hahh, awal-awal entri dah merepek melalut tak tentu arah. -___-"

"Ehh, Komot yang comot. Esok nak mandikan awaklah."
"Haa, nak mandikan Komot? Bila?"
"Esok laa."
"Esok pukul berapa?"
"Pagi laa."
"Pagi? Aik? Tak pergi sekolah?"
"Taklah."
"Eh, kenapa?"
"MALAS."
"Alahai, anak ayah senangnya jawapan dia."

Mak kata, "BAGUS."

Hahahahaha. Sikit punya mendapat sokongan moral taknak pergi sekolah kan? Apa kejadahnyee lah. Esok nak mandikan Komot lepastu nak habiskan baca novel baru lagi satu tu memandangkan perancangan seperti dialog di atas berjalan lancar. HAHA, tadi baru habis baca satu novel, Detektif Bertudung Hitam : Penyiasat Masjid.

Bila dah sampai baca novel Bahruddin Bekri ni, aku akan terkekek-kekek gelak depan novel atau menjerit kekeliruan atau baca sahaja dengan penuh kebingungan. Haha, gelak sebab lawak lah kan. Takkan saja-saja nak gelak pulak, itu gila namanya. Menjerit kekeliruan sebab jalan cerita dia yang makin rumit teramat sangat bila sampai dekat klimaks dan juga sebab nama watak, latar atau apa-apa sahaja yang agak pelik dengan norma hidup masyarakat biasa. Ada ke nama syarikat tu MASIH DARA ATAUPUN SUDAH JANDA atau nama kumpulan budak sekolah tu MAWAR ASTAKONA HARUM BERLIMA atau nama samaran orang jahat iaitu EKSPRESI DIRIMU? Apa kejadahnya? Baca sahaja dengan penuh kebingungan sebab ayat falsafah dan cerita falsafah dia memang lambat sikit nak tangkap. Terlalu tersirat barangkali untuk budak sekolah yang tengah tunggu result PMR macam aku ni.

Tapi itu yang special nya novel Bahruddin Bekri ni. Sampai aku selalu bersungguh-sunguh kumpul semua sebelas novel dia tu. Semangat betul. Cuma adalah satu dua yang hilang daripada simpanan. Novel-novelnya memang lima bintang setengah daripada lima lah wa cakap sama lu. Haha, xD

Disebabkan itu, aku dah berkobar-kobar dah nak sambung novel PELIT Along ni. *Ehh, ada kena-mengena ke dengan cerita pasal novel Bahruddin Bekri ni? HAHA, belasah jelah.* Puan Along, saya setuju menjadi rakan kongsi untuk tender PELIT anda dengan syarat 50%. Kahkahkah! Ada gaya orang setuju pasal tender syarikat tak? Syarikat apa? MASIH DARA ATAUPUN SUDAH JANDA? HAHA, apa kejadah? :P

Along, email saya jika berminat tentang 50%. HAHA. :P
Mak, SELAMAT HARI JADI. 100% cintaaaku padamuu okay? :DD
Diri sendiri, dah pergi buat kerja yang berpekdah sikit. Hehe. -.-

Friday, October 15, 2010

Pinjaman Bercagar

Ehem-ehem. *buat-buat batuk sikit* HAHA. Gila GEDIK. :P

Hahaha. Apa kejadahlah title tu? Kejadahnya, pasal benda ni. Pinjaman bercagar sehingga 28 Disember. Bayar separuh, kalau result bawah daripada result trial, bayarlah kau penuh. EHH, ini bercagar ke namanya? Ahh, belasah jela. HAHA. x)

Bukan senang nak dapat deal dengan mak untuk dapat sesuatu hasil daripada sesuatu kejayaan. Dari dulu mak dah ajar, kalau deal macam tu nanti kau akan sering buat sesuatu untuk sesuatu yang lain. Bukan ke buat sesuatu kena ikhlas. Haa, begitulah kot teorinya. Ahha. xD

Tapi sekarang, sikit punya pusing sini pusing sana. Akhirnya dapatlah deal tak seberapa ni. Ada ke bayar separuh? Haha. Takpelah, entah boleh dapat result macam trial haritu entah tidak. So, let's consider it as bayar full. Get ready je duit lagi separuh untuk bayar akhir tahun ni. HAHA. -.-

Termasuk deal ni, baru ada 3 deal untuk 28 Disember ni. Korang takde nak tambah deal apa-apa untuk aku ke? HAHA. Padahal baru tadi cakap buat sesuatu kena ikhlas. Sila TETT! xDD

Baru sehari tak sekolah lepas PMR. Ishh, mana boleh jadi macam ni. Kena tambah hari lagi ni. HAHA. So, agak-agaknya minggu depan akan tidak ada muka aku dalam sekolah tu untuk 2-3 hari. Tiap-tiap minggu kena datang 2-3 hari sahaja. Jangan lebih. HAHA, sikit punya baekkk plan diaa. :P

Aish, macam banyak lagi plan lepas PMR yang tak buat lagi. Itu yang kena ponteng 2-3 hari tu. Hahaha, baekkk punyaa plan. Come on! Mari meraikan PARTI menengah rendah yehhh! Woooo~ *sambil satu jari dipusing-pusingkan ke atas, HAHA* :P

Hidup dah manis dan bewarna-warni macam skittles. HAHA, ade kena mengena ke entri ni dengan skittles? Sila jawab sendiri lah. Byebyee, malam ni nak baca novel pulak lah. Asyik online je. Dah sakit kepala pulak aku. HAHA. x)

Novels, here I comeeeee! :)

Monday, October 11, 2010

Parti Menengah Rendah!

Credits to Mail for the title. Ahha, kat FB penuh dengan status budak budak PMR je. Sebelum ni Penilaian Menengah Rendah, sekarang untuk yang dah habis 8 subjek biasa tu dah jadi Parti Menengah Rendah. HAHA, alangkah indahnyaaa. Ini muka bebas. :DD

Macam biasa laa periksa kan. Ada laa susah senangnya. Malas nak cakap laa pasal tu kan. Dah habis dah pun. Let by gone be by gone. Barang yang lama jangan dikenang, kalau dikenang meranalah diri. Ecehhhwahh, berfaslafah. Haha. Yang pasti, takde check jawapan untuk diri sendiri ya Imah. Nantikan kemunculan result sebenarnya sahaja bulan 12 ni. Jyeahh! Sekarang, jom lihat apa akan jadi lepas PMR ni.

Things to do after PMR :

Kemas kemas buku PMR semua dalam erti kasarnya buang daripada pandangan mata, masukkan dalam kotak. Nanti mak bagi kat orang. Kertas periksa 3 tahun ni kumpul dan jual dekat Uncle Lori "Paper lama, bateri lama". Ahha, sambil mengitar semula boleh menambah pendapatan. Tapi sebelum tu, HAHA. :P
Berparty. Hang out, hang out, makan, tidur, online, online dan online lagi. Ahha, just enjoy sikit sikit sampai bulan 12 nanti. Idok lee sampai ada party liar kan. HAHAHA. Setakat ada party macam parti hari jadi Aim yang tak berapa nak parti tu okay kot. Siap ade topeng muka bagai. Aku pun terasa macam nak menggedik jugak an. HAHA, xD
Bercuti! Ini part paling best kot. Even dekat Langkawi je pun. Tapi bila dah kumpul satu family mesti best. Duit pun dah kumpul kepuk kepuk dah nak pergi ni. Macam kepuk sangat je. Haha, tapi nak kena bahagi secara berhemat untuk tujuan lain. :DD
Try the best nak ada satu novel sendiri selain baca banyak novel. Very the best okay Imah? 100 muka surat pun dah okay. Chaiyok lah! Nanti bila pergi Rumah Terbuka PTS ada laa lagi orang yang nak bergambar bersama. Macam ni kan? Ecehh, macam femes sangat je minah ni ye dok? HAHA. Sila booo. Booo! :P
Ber'PS2'. Ahaha, maaf ya, saya baru nak batak main PS2. Am yang masyukk telah membeli PS2 konon untuk hari jadi Aim haritu. Wah wah wah, kemain lagi Aim. Hadiah hari jadi voguee the bass. HAHA. Takpelaa, aku tumpang sekaki. Tapi ni untuk hari minggu la kan. Hari lain nanti mak marah. Ekeke. Boleh laa teman MOK1 ni main PS2.
Belajar masak? Ekekeke. Gila kau goreng telur pun takut takut. Goreng ikan toksah cakap laa kan. Mak goreng ikan kat dapur tu pun aku dah pastikan jarak aku 100 meter daripada kuali. AHAHA. Hinaa betul. Oleh itu, dah bernawaitu nak belajar masak. Sikit jadi laa. Tapi jangan paksa ya! Nanti tak jalan. Haha, lama lama nanti boleh laa ada buku resipi macam mak ni ye dok? Ahaha, ape kejadah belum belajar dah berangan nak ada buku resipi. Silaa boo sekali lagi. Boooooooooo! xD
Merajinkan diri memandikan si Komot ni. Dah comot gilaa dah. Haha, sampai kat badan pun tak hilang lagi magic pen warna purple yang Aim conteng kat badan dia. Ahaha, gila tembel punya Aim. Ingat lagi dulu waktu kecik kecik dia tenyeh Vick kat badan kucing. Memang pembuli kucing betul Aim ni. Komot, siap sedia laa kauu untuk dimandikan. AHAHA. :P

Haaa, hamek kauu dah macam karangan SPM pulak panjang entri ni. Karangan SPM bergambar gitu. Haha, ada pulak SPM punya karangan siap bergambar? Ahh, belasah jelaa. Ini pembalasan dendam entry pendek pendek gambar google sebelum ni. Sekarang baru puas. Ketak ketak ketak bunyi menaip laju ni. Ohh, suka gila bunyinyaa. HAHA. xD

Komot menggantikan aku untuk kata hati itu. Yeah! :D