Wednesday, July 7, 2010

Apabila Sekolah Terbuka Semasa Hari Terbuka


*sekadar gambar hiasan*

Hahaha. Yehh, daripada title dah tau hari ni Hari Terbuka SMKSS. Hari perjumpaan ibu bapa dan guru tingkatan untuk menceritakan dan mendedahkan segala keburukan dan kebaikan anak mereka. Haha, perlu ke aku huraikan panjang macam ni? xD

Well, macam biasa. Tiap-tiap tahun sejak zaman purba lagi mak yang datang jumpa. Setakat ni belum ada ayah yang jumpa. Kalau ayah jumpa cikgu tu, let's call that miracle. Ahha, tapi takpe. Takde effect pun. Kan aku baik kat sekolah. Kan, kan, kan? Haha, xD

Kali ni, luar biasa yang cikgu tanya ni mak aku ke? Ehh, cikgu? Inilah satu-satunyaa mak saya cikgu. Cikgu kata mak nampak muda. Wahh, aku tau mak dah mula tersenyum merona. Hahaha. Ya, mak. Begitu muda sekali. xD

Blablabla. Takde banyak complain. Mak jumpa cikgu sekejap je. Tak sampai 10 minit. Cikgu kata aku okay, aku je yang pandai-pandai kata aku merosot. Haha, well dari segi nombor mungkin. Balik tu, check peratus semuaa dan aku dapati terdapat peningkatan di situ. Maka ketahuilah aku bahawa aku steady je. Tapi budak-budak lain tu haa yang menaik sangat. Haha, tahniah laa ye korang. x)

Nak show-off ke result tu kat korang? Hahh, aku tau korang tak minat. Dah dah, takpe takpe. Aku tau. Booo sama Imah. Booooo~ Haha, x)

Pagi ni Spain vs. Germany. Haa, Paul, si incik sotong tu pilih Spain menang. Anda pilih apa? Haa, mari kita tunggu dan lihat. Semoga berjayaa kedua-duanyaa. Nak tengok ni, tapi takut mengantuk pulak. Ahh, belasah jelaa. Haha, xD

Yeahh, xDD

2 comments:

naz said...

jerman mesti menang punya :)

.imah. said...

naz,
alamak naz!
pilihan incik sotong tepat laa.
ehehe, xDD