Sunday, July 4, 2010

Sabtu Ahad

Sabtu, bangun pagi pergi sekolah. Haihh, tahun ni banyak sangat rasanya pergi sekolah hari Sabtu. Haha, tapi takpe. Pasrah kan sahaja. Ada Kuiz Pengetahuan Am anjuran MPSJ dekat Perpustakaan Hipermedia Bandar Puteri, Puchong.
Well, bukan kalah cuma tak menang. Sebab semua dapat hadiah. Haha, lagipun kuiznya simple sangatlah. Seorang peserta ada masa 30 saat nak jawab satu soalan tanpa minta bantuan ahli kumpulan. Kalau lebih masa, tak terbuka kepada kumpulan lain. Terus burn macam tu. Simple kan. Tapi bila sampai turn soalan kitorang je, aku dah blur. Haihh, nasib lah jadi kumpulan last yang memang soalan susah. Soalan kumpulan awal tu senang kot. Tapi takpe, pasrah kan sahaja.
Malam tu dok pi kat FIFA.com. Haha, nasiblah takde Astro nak tengok bola kan. Tengok online jelaa. Itu pun bukan tengok tapi baca. Haha, tapi aku prefer baca ni kot. Takdelaa bosan je kat depan TV tengok sampai minit ke-puluhpuluh tapi takde goal lagi. Kalau baca online macam ni boleh bermyspace, berfacebook, berYM dan bermacam-macam lagi. Haha, Germany vs. Argentina. Germany menang besar kot, 4-0. Cayalah. Haha. x)

Ahad, pagi-pagi buta aku tak tidur lagi. Semangat tunggu bola Spain vs. Paraguay. Wahh, nak dekat akhir baru nak goal. Kira sengit jugaklah kan. Nasib baik Spain ada David Villa, at least menang 1-0. Ohh, David Villa. :DD

Pagi yang tak berapa buta tu, mak kejut. Oh, mereka semua kecuali aku dan Apis nak hantar Icah ke Shah Alam dan Am ke Penang. Oh, tidak! Nak ikut tapi kereta penuh bawa barang macam orang nak pindah rumah. Tapi memang betul pun. Haha. x)

Lepas ni, rumah kembali sunyi. Semakin sikit ahli tetapnya. Icah dah habis cuti sem, Am dah kerja kat Penang, Anep dengan Along memang jaranglah balik kan. Wuuu, tinggal kami bertigaa jelaa lepas ni ; aku, Apis dengan Aim. Bila dah biasa ahli keluarga ramai dan meriah, korang mesti rasa sunyi sikit kalau tinggal beberapa orang sahaja dalam rumah. Ish, bila nak raya and berkumpul dekat rumah baru ni? *insya-Allah* :)

Sekarang, tinggal sorang-sorang je ni. Kejap lagi baru Apis balik. Anep malam sikit kot. Haihh, bosan dan senyap sangat. Tak biasa. Zzzzzzzz. Sapa nak teman? Hehehe. x)

Esok nak sekolah kena bangun sendiri. -,-'

No comments: