Thursday, May 3, 2012

PBAKL 2012

Pada hari Selasa yang lalu, saya dan keluarga telah pergi ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra ataupun Putra World Trade Center (PWTC). Saya dan keluarga pergi ke sana menaiki kereta. Kami tiba di sana pada pukul 12 tengah hari. Pada waktu itu, jalan sungguh sesak dan kami susah mencari tempat meletak kenderaan. Namun akhirnya, ayah saya berjaya juga menemukan tempat meletak kenderaan. Kami pun bersesak-sesak seperti ikan sardin cap ayam sewaktu masuk ke dalam PWTC ini. 
 Ayat pendahuluan kena bagi skor banyak sikit. HAHA, pendahuluan karangan bertajuk Lawatan Keluarga ke PBAKL 2012. Kay, kita buat ayat santai sekarang. So, seperti sedia maklum. Ima Imrani ada di sana untuk book signing pada 1hb Mei 2012. Jadi aku pun ke sana lah kerana akulah Ima Imrani itu. Hewhewhew. :3

Kay, kat sana sangat sesak. Dalam tempat ber-air-cond pun aku terasa lecak ketiak kerana terlalu banyak karbon dioksida yang dikeluarkan oleh pengunjung PBAKL. Lagi-lagi dekat booth PTS. Tapi akhirnya, aku sampai juga dekat Booth Arena PTS @ PBAKL. So di sana, ini yang aku buat. 
 Adik ni macam malu-malu sikit. Tapi dia patut tahu aku 800 kali lagi malu. Aku mampu senyum je di sana. Skill masih tumpul. Patut lebih peramah. Demyu, Ima Imrani! Tapi takpe. Cuba lagi. Rekod terbaru Ima Imrani : 3 orang minta sign, 5 buah buku yang di-sign dan 2 orang minta bergambar bersama. Sedeh! Hahahaha, malunyew. :P

Maka aku pulang semestinya bukan dengan tangan kosong. Ini sambaran bagi pihak aku. Tengok, tahun ni jadi budak SPM punya pasal. Separuh buku je dah buku SPM kaler hijau tu. Lebih tu baru buku cerita santai. Tu pun kurang satu buku. Hafalan Solat Delisa. Dah lama aku mencarimu. Cis. Tunggu tahun depan. TENGOKLAH PEMBALASAN AKU. Hahahahaha.
Ini pula sambaran bagi semua pihak termasuk mak, chef nak belajar buat cupcake dan Naim, si kaki komik. Keseluruhan, tahun ni punya tak sehebat tahun-tahun sebelum. Aku tau ayah sedikit bersyukur kerana banyak buku yang aku cari tapi tak jumpa ataupun habis stok. Takpelah ayah, Imah bagi chance tahun ni. Hahaha, kay bunyi anak derhaka di situ. Ampun ya Ayah, ampun. :)
Dah habis cerita pesta-pesta. Sekarang nak sedarkan diri supaya ingat SPM tinggal 186 hari lagi dan EMERGENCY : Mid-Year Exam tinggal 5 hari je lagi. DIULANGI, 5 HARI SAHAJA! PERGH, Addmath first week iaitu minggu depan. OMG, I'm GONNA DIE! So, I have to say goodbye to this blog and you all, readers for a while or maybe for a long time. I'm gonna miss you. Pray the best for me. Kay tenkiu, bye!

Good luck for me and for you all! :)

3 comments:

Qalam Asysyarh said...

Hoho... Samalah kita... Sangatlah seperti ikan sardin... Tak boleh bergerak langsung~~

meo188 said...

sesak sgt2.. huhuhu

.imah. said...

yes. sangat sesak haritu. -..-