Thursday, June 7, 2012

Penyeleweng

Ini berkaitan penyeleweng masa. Penyeleweng ini suka menyelewengkan masa-masanya. Dia macam tak pernah tahu perumpamaan 'MASA ITU EMAS' padahal setiap malam sebelum tidur dia selalu ingat semula masa-masa yang dia telah bazirkan. Apa yang dia fikir sebenarnya eh? Dia ni ada masalah psychology ke ataupun masalah hormon dan mungkin juga masalah mental? Ataupun aku ni yang ada masalah psychology ke ataupun masalah hormon dan mungkin juga masalah mental? Aku runsing memikirkan penyeleweng masa yang ada dalam diri aku ni. DEM.

Dah nak dekat habis 2 minggu cuti sekolah ni, aku rasa tiada langsung perkara bermanfaat yang aku buat. Aku buat apa? Aku pun tak tau apa yang aku buat. Aku rasa yang aku pergi kelas tambahan masa minggu pertama cuti haritu pun macam tak bermanfaat untuk aku sebab aku pergi pun saja-saja kononnya mengisi masa lapang. Balik tu, tiada benda berfaedah pun yang aku buat. Bukan niat nak tuntut ilmu rasanya. AHHH, aku memang tak guna barangkali.

Masa aku diselewengkan menghadap tv, menghadap kucing-kucing ajaib, menghadap alam maya, menghadap skrin besar di panggung, mencicip di Twitter, menghadap bantal-bantal gebu, menghabiskan wang dan pelbagai perkara yang tidak bermanfaat lagi. Dasar aku memang penyeleweng masa.

Mid-year Exam haritu aku rasa worst pun sebab penyelewengan masa yang berlaku pada peringkat awal lagi. Ni haa, padan muka dah jadi macam orang gila setiap 10 jam rasa macam nak check result yang memang tak keluar-keluar tu. Tau pun jadi perisau. Kau jadi penyeleweng masa tu taknak pulak jadi perisau? SPM dah menunggu-nunggu aku di balik pintu je ni. Aku memang nak menyesal ke apa? Ya Allah, teruknya rasa jadi penyeleweng masa. :(

Patutnya ada orang yang memekik melolong dekat telinga aku suruh aku buat perkara berfaedah. Kalau boleh menjerit dekat telinga sendiri, aku jerit je. Biarlah pekak pun janji bukan jadi penyeleweng masa. Tapi, kalau jerit masuk dalam telinga kanan keluar ikut telinga kiri apa gunanya? Apa gunanya semua ingatan, jeritan dan lain-lain tu tanpa tindakan? Ya Allah, lalainya aku ni. :'(
"Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, Kecuali orang-orang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar."
Surah Al-As'r
Sekarang, biarlah apa yang akan jadi dengan result mid-year exam. Biarlah apa yang akan jadi dengan masa yang aku dah selewengkan selama ini. Semua salah aku, penyeleweng masa. Yang lepas, biarkan pergi. Yang ada sekarang, sila manfaatkan dan hargai.

Biar aku undur diri. Kali ni tekad yang pasti. Taknak jadi hangat-hangat tahi ayam, tahi kuda mahupun tahi gajah dan segala macam tahi. Aku nak pergi, jauhkan diri dari perkara yang melalaikan ni. Semoga aku lebih kuat lagi nak capai yang terbaik untuk diri dan tidak menyesal kemudian hari. Assalamualaikum.

Sign out Blogger, sign out Twitter, sign out Penyeleweng Masa.

No comments: