Sunday, June 23, 2013

Biarkan Aku Di Sini

Haaa? Biarkan aku di mana? Tentulah di sini...
Kehkehkeh. Title nak gempak kan cerita dia? Of course lah, bangga jadi warga UiTM. Lagi-lagi UiTM Melaka Kampus Alor Gajah ni. Hehehe. 3 minggu di sini, aku okay okay saja. Seronok apa tiap-tiap minggu ada kekasih datang nak hantarkan duit, makanan ataupun datang nak ambil ku pulang. Terima kasih, mak, kekasih buat masa ni. HAHA, nampak tak tersirat? Yelah, mak yang tanya tanya takde kekasih ke sekarang? Jawapannya ada, mak lah tu. Next time, tak tau lagi. KAHKAHKAH. I lebiu mak! :')

Aku di sini mungkin untuk semester 1-2 ni je. Semester 2-3 nanti kena pindah. Jauh! Takleh lah mak amik selalu lagi. Sedih ceritanya. Tapi still dalam Melaka. Nun jauh Melaka kat Jasin sana tu. Takpelah, aku kan insan tegar. Kehkehkeh, I is redhooooo and I'm okay. :)

And aku masih di sini, di UiTM, maknanya apa? Maknanya rejjjeki kat IPG tu bukan untuk aku. Okay, takpe. I is redhoooo and I'm okay again. Teruskan usaha untuk Diploma Sains Komputer kat UiTM Melaka ni. Good luck untuk diri sendiri! DL first sem, insya-Allah. Pray for me baybeh. Tenkiu. :)

Dah 3 minggu kat sini. Minggu pertama paling senak dada, senak perut, senak kepala dan senak seluruh anggota badan. Hahahaha, aku memang over sikit ceritanya. Minggu Destini Siswa atau nama senangnya Minggu Orientasi memang umpama bala jugaklah untuk aku. Nasib baik dah lepas. Lega betul.

Minggu kedua dipenuhi dengan adegan menggagau cari kelas kat mana. Naik tangga, turun tangga, jalan depan, jalan belakang pastu sesat jugak. Seminggu lamanya nak cari and ingat jalan atau bangunan yang ada dalam kampus tu. Padahal takdelah besoo mana. Kepala otak aku je yang benak dah lama tak bergerak. Hahahaha teruk~

Minggu ketiga, minggu ni lah tu, dah menggagau buat assignment. Tu dia! Assignment apa? Assignment programming. Nah rasakan! Sekarang ni yang lain dah nak siap dah, tapi software programming tu susah baq ang nak cari. Serius menggagau wa cakap sama lu! Microsoft Visual C++ 6.0 tu ntah mana aku nak cekau? Cerita yang lagi sadis ialah laptop baru (ehem ehem, tenkiu ilebiu mak!) aku ni guna Windows 8. Serius aku macam nak nangis guna Windows 8. Rasa noob gila. Nak install ini tak reti, install itu tak tahu. Serius nak nangis sesangat mangat. Hahaha, over lagi sampai nak nangis.

Meet my Mr. Toshy. :')

Tapi usaha kan tangga kejayaan. Serius kena berusaha mega super duper power lagi lepasni. Ucapan khas untuk classmates Diploma Sains Komputer CS110 1B yang comel semuanya, jom berusaha, jom senak kepala buat programming bersama-sama. Kihkihkih! :p

Petang ni dah nak balik kolej dah. Kesian roomate aku sorang ni yang duduk Johor tu, selalu duduk sorang je bila weekend. Maklumah roomates dia dua orang lagi tu orang Melaka yang ngada-ngada asik nak balik je. Hehehe. Tiap-tiap minggu balik sokmo je aku ni. Hehehe, sementara dekat 20 minit je daripada rumah ni, baik aku amik kesempatan habis-habisan. Next sem ataupun next two sem jauh kat Jasin tu mesti sedih. Sedih pun takpelah, kan I dah redhoooo.

Okay, nak sambung godek Mr. Toshy. Ehem, aku memang mengada suka bagi nama yang acah-acah comel kat barang barang aku. Hahaha. Kbai. :p

Nak seribu daya, taknak seribu dalih - pepatah Melayu

1 comment:

Syahira Eddzam said...

Assalamualaikum. Saya baru je dpt tawaran computer science kat uitm jasin. sebelum ni saya asasi. saya nk tanya, overall okay tak belajar kat sana?