Saturday, August 24, 2013

Bersawang

Assalamualaikum penduduk doooonia! *fuuhhhhh, fuhhhhhhh! tiup habuk* Pergh, boleh tahan bersawang blog aku ni ye dak? Hahaha, maaplah. Tak pernah sangka pulak jadi siswi UiTM Lendufornia boleh tahan busy macam study kat London sana tu haa. Kay, abaikan. Merepek tu semua.

Dah sebulan missed hapdet blog ni ghopenye. Padanlah bersawang lain macam je aku tengok. Haha. What happened to me? Semangat berblog memang makin luntur la. Peluntur cap apa aku makan aku pun tak tau. Well, it's true ekceli. Kalau dulu kemain kau, every events yang biasa-biasa pun rasa gatal je tangan nak menaip ketak-ketak-ketak dalam blog. Laa ni, biaq pi semua events tu. Jiwa nak update blog tu takde.

Dan tengok sekarang, baru dua perenggan tangan ni dok ketak-ketak-ketak atas keyboard, otak dah jammed nak type apa lagi. Kang ada aku type coding C++ kat sini tak ke naya? Hahahaha. Jap, tunggu jap. Nak bagi loading.....

Okay, cerita apa? Puasa? Dah lepas. Belum sempat ganti je lagi. Mwahaha. Nak ganti minggu ni boleh pulak demam. MC dua hari yang bestnya. Tapi yang syahdu jugak rasanya, ialah kena menapak pergi Unit Kesihatan sensorang diri. Kawan-kawan I busy belaka, tak baik lah mengganggu. Mak pulak boleh kata, "Tu lah kau, takde pakwe. Ada pakwe kat sana kan senang." HAHAHA, statement mak memang selalu cemni. Bila lah nak berobah? Tak rasa anak dia ni sesuci murni bening mutiara ke bila takde pakwe kat Lendufornia sana tu? Takde orang nak lah mak. Syahduuuu. Hahaha, but I know Mak was joking. Steady lah Mak. *cium lebih sikit*

Raya? Macam dah lepas. Tapi sebenarnya still dalam Syawal lagi ek? Mood Syawal aku tu automatik disabled masa 5 Syawal haritu pasal kelas dah start. Sungguh tidak adil. Lepastu terus dah takde istilah raya untuk aku. Syahdu sungguh. Ni haa adalah sikit gambar raya bersawang dah dua minggu. LOL.

Ni namanya gambar raya gigil. Hahaha, bolehlah daripada takde.
Hmm, obviousy terkurang orang yang paling penting dalam potret di atas. :(

Sebab orang tu di sini, di negeri abadi. :'(

Tiap kali aku tengok gambar ni, nah, berkolam mata, ikan boleh berenang-renang di mata aku. Ah, kuatnya orang di sisi pusara tu, Allah je yang tau. Diambil kesayangannya yang dah hampir 30 tahun bersamanya. Ayat mak masa tu, "Meh amik gambar mak dengan ayah cepat." Aku kat situ dah berpaling tahan sendu. Mak boleh senyum senyum lagi. Mak, semoga mak lebih kuat dan tabah melebihi dan mengalahkan semua superwoman yang ada dalam dunia ni sebab Mak kan ahli syurga bersama Ayah nanti. Insya-Allah. :")

Lagipun, memang inilah Syawal yang paling hambar dalam hidup aku selepas Syawal tahun lepas. Pahit. Tawar. Hmm, takde rasa. Tak cukup gula. Takde garamnya. Janggal rasanya beraya tanpa Ayah. Rindu ayah lagi membuak daripada semangat nak beraya. Haishh, dah dah dah! Turn off mood sedih. Semoga ayah aman di sana. Al-Fatihah.

Kemudian? Cerita apa lagi? Ahh, jammed lah otak nak update blog pun susah. Susah macam jawab test programming. Padahal taip je ikut suka, bukan ada coding pun. Hahaha, dah lah. Aku ni suka over. Baik aku mengundurkan diri dulu. Nak kemas barang balik Lendufornia, malam ni aii ada dinner tau uolls. Kemain tema dia Era Kegemilangan Filem Melayu. Dia fikir aii nak pakai kebaya nyonya gitu? Pastu pakai speck mata boolat macam dalam filem Ibu Mertuaku tu? Nan hadoo lah tema dia. Puih. HAHAHA. Kbai.

Hidup ni memang tak sempurna, bersyukur selagi ada. :)