Saturday, November 29, 2008

Petang Sabtu

Lalalala~ Maghrib tadi baru balik dari Alamanda. Bukan membeli belah tapi membeli buku. Hegegege~ Sangat seronok dan sangat puas hati! Walaupun agak pelik. Pergi berempat iaitu aku, CikIcah, Aim dan EncekAyah. Bersama EncekAyah sahaja tanpa PuanEmak. Pelik jugalah. Tapi tetap puas hati! 2 buku seorang. Mestilah puas hati kan. Dapat aku baca buku-buku tu masa cuti sekolah ini! Yeah!

Ikut rancangan mahu ke MidValley. Tapi kat MidValley tu sesak-sesak gila nak mampus. Dekat setengah jam tunggu cari parking. Last-last EncekAyah pusing balik ke Putrajaya. Hahaha! Pergi juge ke Alamanda itu.

Sebenarnya dalam otak aku ligat mahu beli Impiana I dan II tapi hanya ada Impiana I je yang ada. Haritu pergi tak ada Impiana I. Sekarang tak ada Impiana II pula. Aku mahu beli dua-dua buku sekaligus. Tapi nak buat macam mana? Takde rezeki lagi nak baca buku-buku tu agaknya. Tapi nanti aku akan beli juge! Heee~ Tak ada buku Impiana tak bermakna tak mahu beli apa-apa. Oleh itu,

Ini yang kami dapat!
  1. CikImah ; Ketua Bilik La101 dan Doa untuk Aku
  2. CikIcah ; Aku Gadis Mistik? dan Mengapa Aku Jadi Pengetua?
  3. EncekAim ; Tiga Ekor Kambing dan Sang Senduk dan Sang Sawa
  4. EncekAyah ; Persuasion dan Successful Negotiating
Puas hati! Inilah buku-bukunya yang berharga RM100+


Memang seronoklah! Sekarang masih dalam perjalanan membaca Aku Gadis Mistik? CikIcah baca Ketua Bilik LA101. PuanEmak pula sedang baca Doa untuk Aku. EncekAim dah habis baca kedua-dua buku miliknya. EncekAyah, masih belum mula baca pun lagi buku-bukunya. EncekAyah sahaja yang membeli buku-buku Inggeris. Kami tidak minat! XP Masing-masing beli buku-buku Melayu. Sangat suka membacanya terutama buku-buku PTS ONE, jadi sekarang saya mahu baca lagi! Daaa~

LASTLY : CikImah sangat suka buku! Lalala~ XD

p/s : CikImah tidak sabar mahu hang out dengan sayangku, CikHuda esok! Lalalala~

1 comment:

Alya said...

Wah..
Ni family 'buku' yeerp~
Bagusbagusbagus =))

Cerita MengapaAkuJadiPengetua tu Alya dah baca. Bosann sket jln ceritanya..