Thursday, November 13, 2008

Tahniah!

Lalala~ Hari ni result UPSR keluar. Mesti macam-macam result yang keluar juga. Sekolah lama aku, SK Serdang tak tahu berapa orang yang dapat 5A. Akan disiasat kemudian. Heeee~ Kepada yang dapat ;

5A

Tahniah! Korang bagus! Tapi jangan over okiey! Hidup masih panjang. Anda semua masih ada 2 peperiksaan besar lagi tau. Ingat tu!

4A

Tahniah! Korang pun ok juga. Setakat 1 B, baguslah tu ok! Jangan putus asa!

3A

Tahniah! Korang mesti boleh dapat lebih cemerlang lain kali.

2A

Tahniah! Korang jangan putus asa tau. Peperiksaan lain masih ada untuk korang buktikan yang korang sebenarnya bagus.

1A

Tahniah! Korang masih ada A. Dah cukup bagus tu. Lain kali, cuba lagi!

Tanpa A

Tahniah juga sebab korang jawab juga soalan tu. Itu dah kira ok! Usaha lagi, pasti boleh!

LASTLY : Apapun result korang, jangan putus asa ok! Lain kali, cuba lagi! Go go CHAIYOK !!! ;)

No comments: