Thursday, January 15, 2009

Tension dengan SANGAT!


Wuarghh! Rasa macam nak menjerit je sekuat-kuat hati. Tak kisah walaupun suara tak de nanti. Biar suara tu pergi dengan problem-problemnya sekali. Heish!!!

1. Sekolah, homework, kelas KRK
Aktiviti sekolah yang buatkan diri sibuk senantiasa. Homework yang banyak gila babi tenuk unta yang buat aku tak dapat nak enjoy life. Asyik bertindih je homework. Yang satu dah siap, 2, 3 lagi belum siap. Dah siap 2, datang lagi 2. Kelas KRK yang konon cemerlang. Tambah kelas PREP lagi. Cikgu nak menyeksa ke apa? Cikgu nak suruh kitorang buat semua-semua ni tak ikhlas? Aku memang tak ikhlas gile nak buat PREP ni. Heish!! Bengang gile arh!

2. Kawan-kawan?
Heish! Ni satu lagi bala. Kawan ape macam ni? Bila susah dok menyendeng kat aku minta tolong. Bila aku ada rahsia, dok menyendeng korek rahsia. Tapi, bila dah dapat kawan baru, pandang aku sebelah mata je. Ni bukan sebelah mata lagi. Setengah belah mata je. Bila rahsia, tak mau share sama-sama. Weyh! Sharing is caring! Yang sorang ni pula, kawan dah blah, apsal kau tak ikot bla sekali! Benci! Seorang je yang bertakhta dalam hati aku. Dia memang BFFL la... Bagus sangat kalu still macam dulu... ;'( Aku sayang kau, la Wa!!!

3. Rumah tempat tinggal
Rumah tempat tinggal yang dah macam zoo. Rumah tempat tinggal yang mempunyai mereka-mereka yang menambahkan lagi masalah aku. Balik rumah je, aku tak senang. Ada suara membebel di sini, membebel di sana. Yang salah tu salah. Yang betul pun salah. Kat sekolah pun aku tak senang. Kat mana lagi aku nak senang? Sakit kepala la macam ni! ;'(

Masalah-masalah ni lah yang sangat sungguh amat menyakitkan sekali kepala aku. Sakit sangat-sangat. Otak ni dah crowded dowh! Kalau boleh delete memory, rasa macam nak select delete all je. Tak tahu macam mana nak selesaikan. Sangat tension! Sedihlah macam ni! Sedih sangat! ;'( ;'( ;'(

LASTLY : Tensiontensiontension! X'(

3 comments:

alia F. said...

aq sokong gyla weyh psal krk turh, mcm ape jee wat prep.. result cam2 gak.. dak2 yg nk amek 2syen amek mlm je, cam sakai ouh !

Alya said...

Dugaan awal tahun ,
mmg camtu,
jom kita jerit sesama .

Arghhh !!

IZZ HAZWANI. said...

janganlah marah2
nnty banyak kedut tau kak imah !

wani pun tak ngaku kak imah ni
kakak wani ...
=p