Friday, August 21, 2009

Duhh,

Duhh, dah cuti. Tapi rasa macam tak cuti pon. Homework bukan main nak bersepah lagi. Banyak gila kot. Nasib baik harini dah mulakan operasi. Daripada 13 homework macam tu, aku dah siapkan 6. Okaylah tu kan?

Nak siapkan semuaa hari Rabu ni. Insya-Allah boleh. Siapkan awal-awal laa. Nanti akhir-akhir cuti dah relax. Ini hobi aku. Huehue~ Chaiyok Imah! x)

Esok dah puasa weh. Dah niat ke belum. Huehue. Lepas puasa ni raya, lepastu final exam, lepastu.. Ehh! Aku dah nak ulang ayat aku kat entri sebelum ni. HAHA! Tapi memang betul, cepat masa berlalu. So semua, tabah-tabahkan diri korang bulan puasa ni.

Sempena bulan puasa ni, bulan Ramadhan yang mulia ni, bulan yang penuh keberkatan ni, aku nak mintak maaf awal-awal dulu. Mana tau tak sempat ke tunggu raya. Tak siapa tau apa yang Allah tentukan untuk kita kan? Kita boleh merancang je. Jadi aku bersedia awal-awal. Lagipun, minta maaf takkan waktu raya je kan? ;)

Banyak yang aku rancangkan. Tapi aku tak rancang pon untuk kita jadi macam ni. Aku tak rancang pon untuk makan hati macam ni. Aku tak rancang pon nak jadi kayu kat depan korang. Aku tak rancang pon nak cari salah kau, nak cari salah aku, nak cari salah dia. Ahh! Pasal semua antara kita sekarang memang aku tak pernah rancang. Aku rancangkan kau faham, aku rancangkan dia sedar. Tapi Allah belum tentukan rancangan aku tu berjaya. Aku harap kau dan dia faham. Yang dia tu plak, tolonglah jangan keruhkan keadaan. Boleh ke tidakk? Boleh ke tidakk? x)

Akhir kata : Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Happy Fasting. :)

No comments: