Sunday, August 9, 2009

H1N1?

Ya kawan-kawan. Itulah tajuk yang akan di'entri'kan pada kali ini. Sebab macam best je tajuk tu. Sungguh commercial. Hal ini kerana, di mana-mana blog pon anda pasti menjumpai title-title seperti ini. Seperti di sini, sini, sini, sini dan sini. x)

Influenza A/H1N1 atau bahasa kesatnya ialah selsema babi. Huehue~ Ingat tak masa awal-awal virus ni menular? Babi yang dipersalahkan. Tapi sekarang semua pon boleh dipersalahkan sebab tak jaga kesihatan masing-masing. Dan ada terdengar juga virus ini sengaja disebarkan. Tapi entahlah. Tak tahu, tak tahu.

Haha! Inilah dia 'konon'nya pembawa virus ini. Tapi tidakkah anda tahu bahawasanya babi memang dah ada virus pon. Sebab itu, Islam mengharamkan umatnya kena-mengena dengan babi ni. Virus yang ada pada babi ni takkan hilang walaupun dibakar pada boiling point iaitu 100 darjah celcius. *Ustazah kata* Tapi mengapakah baru sekarang virus ni merebak sehingga membawa maut? Haaa, itu kita tak tawww~

Jadi, virus yang boleh membawa maut ini telah banyak me'maut'kan orang. Ape punya ayat ni. Cikgu Suria Aida bising nanti. Huehue~ Apa yang pasti, kita sebagai hamba Allah patut menjaga semua kurniaan-Nya termasuklah kesihatan tubuh badan. Jadi, sayangilah tubuh badan, diri, dan orang yang disayangi. x)

Akhir kata ; Jagalah kesihatan dan ingatlah orang yang tersayang. :)

Ya Allah, hindarilah aku dan semua yg berada di sekeliling aku dari penyakit yang boleh membawa maut. Berikanlah kami kesihatan tubuh badan dan jauhilah kami dari segala musibah. Sesungguhnya Engkaulah Maha Penyayang lagi Maha Mengasihani. Aminnnn...
(Marilah kita berdoa bersama-sama)

4 comments:

ELIESSA said...

amiin ! moga doa termakbul. berikn kami kesihatan yg baik, ya ALLAH !

.imah. said...

FarahEliessa,
amiinn.. :)

bida said...

haha. knp ramai yg mati org melayu ek ? hahaha.

.imah. said...

kak bida,
btol jgak tu..
tp rsenye tu bergantung pd antibodi badan masing-masing.. hehe..