First day, 021009
Flight pukul 11 pagi. Sampai pukul 1 tengah hari. Sampai-sampai je naik van sewa yang sangat panjang. Haha, macam van sekolah pon ada gak. Tapi ini exclusive sikit. Hehe. Naik van panjang itu ke hotel di Kundasang. Kinabalu Pine Resort. Jauh jugak dari Kota Kinabalu ke Kundasang tu. Daripada pukul 1 tu sampai sana pukul 6 lebih rasanya. Tapi kat Sabah, pukul 6 dah gelap macam dah nak pukul 8. Hehe. Tapi sebelum sampai tu ada singgah kedai buah. Makan durian, beli manggis. Macam-macam laa lagi. Hehe. Makan malam, bergambar
Second day, 031009
Bangun sangat lah pagi. Subuh di sana awal kan. Tapi pukul 6 pagi dah macam 7 pagi di sini. Alahaaii, jauh jugak perbezaan masa tu. Siap-siap semua lepastu pergi sarapan, check out hotel. Then, ayah kata nak pergi pasar kat Poring. Jauh kot Kundasang ke Poring. Kat Poring tu ada air panas tapi malas laa nak masuk. Pergi pasar tu, then beli cenderahati sikit, lepastu patah balik nak ke Kota Kinabalu. Beli cenderahati kat Poring sikit je. Kat Poring tu agak mahal la. Selalu kat luar bandar yang murah kan. Tapi kat Sabah ni, luar bandar yang mahal sikit. Kos penghantaran agaknya. Hehe. On the way ke Kota Kinabalu tu ada Kinabalu Park. Dapat singgah kejap je untuk ambil gambar lepastu hujan plak. Alahaii, x)
Tengah hari tu sampai kat Kota Kinabalu. Lepastu ayah terus bawa kitorang pergi pasar kraf kat Kota Kinabalu. Haa, kat sini semua shopping sampai duit habis. Ada pun tinggal berapa je dalam beg duit masing-masing. Haha. Lepas shopping pergi Promanade Hotel. Nama hotel tapi sebenarnya apartmen. Wahaa, sangat besar. Lagi besar daripanda rumah sendiri. Hehe. Dah sampai tu, orang yang bagi sewa van panjang itu ambil balik van. Sebab ayah sewa van tu satu hari sahaja. Hehe.
Malam tu ayah, emak, dan EncikAnep pergi majlis konvo EncikAnep itu. Sebab itu tujuan utama yang sebenarnya kami satu family ke Sabah. Yang lain semua duduk je dalam apartmen tu sebab tak larat nak jalan untuk harini. Hehe. x)
Third day, 041009
Harini dah nak balik dah. Tapi flight pukul 3 petang. So, sebelum tu masih sempat berjalan lagi lepas dah kemas barang semua. Kitorangjalan kaki ke shopping complex yang berdekatan dengan apartmen tu nak ambil gambar dalam studio. Gambar konvo la kononnya tu. Kat Kota Kinabalu ni sangat banyak shopping complexnya. Hehe. Lepas dah ambil gambar tu, kitorang pergi balik pasar kraf semalam. Haha. Gila shopping walaupun duit tinggal belas-belas je. Ahh, peluang ke sini bukan senang kan? So, beli je apa yang ada kat sini takde kat Serdang tu. Hehe.
Dah habis shopping 2nd round tu, kitorang jalan kaki balik apartmen balik. Makan tengah hari yang mak masak je. Hehe, lagi sedap. Lepastu kemas-kemas, check out hotel. Then, perkara ini yang sangat memenatkan aku untuk percutian kali ni. Jalan kaki ke stesen bas. Sumpah penat gilaa. Hahaa, jauh kot. Rasa nak tercabot bahu dan kaki je. Dengan beg berat lagi. Haha. Tapi sampai jugaklah kan. Naik 2 kereta untuk ke KKIA. Flight delay sekejap. Pukul 3.15 baru gerak balik. Sampai KLIA pukul 6 lebih, lepastu sewa van balik rumah. Dan selamat sampai ke rumah pukul 8 malam macam tu.
Haha. Sangatlah panjang entri ni. Tak tahulah korang ada selera ke nak baca kan. Tapi tak kira, nak cerita jugak. HAHA! Kalau letak gambar tak tahu lah kan panjang mana plak. Hehe. So, entri kejap lagi gambarnya okay. ;D
Overall, best lah cuti kali ni walaupun penat sikit. Tapi tu biasalah kan? Pergi mana-mana pun penat. Yang pasti memang best lah. Hehe.
Cuti-cuti Malaysiaaa. Hehe. :DD
No comments:
Post a Comment