Situasi 1 : Suatu hari yang tidak dapat dikenal pasti. "Entah apa-apa entah dia ni. Buat benda tak berfaedah. Blaablaablaa..." Berhari-hari selepas hari yang tidak dapat dikenal pasti. "Eh, haritu bukan kau cakap aku buat benda tak berfaedah ke? Habistu, harini kau buat benda yang sama jugak kan?" Jawabnya, "Errr..." reaksi tidak dapat dikenal pasti.
Situasi 2 : Suatu hari yang unknown. "Eh, itulah yang senang. Lain semua susah. Apalah kau ni. Blaablaablaa..." Hari-hari selepas hari yang unknown. "Eh? Bukan kau kata senang ke haritu? Apsal kau tak dapat buat pulak?" Jawabnya, "...." diam tanpa kata.
Situasi 3 : Ada yang berkata. "Ish, tak kuasa aku dengan dia tu. Dahlaa acah hemsem, poyo segala bagai, blaablaablaa..." Beberapa lamaa selepas apa yang dikatakan. "Serious kau dengan dia? Bukan haritu kau kata kau tak kuasa ke dengan dia? Dia acah hemsem, poyo segala bagai, blaablaablaa.." Jawabnya, "Dah jodoh. Nak buat macam mana." tapi dalam hati macam orang tak tahu dia tak senang bila diungkit hal tu balik.
Situasi 4 : Macam dalam buku kisah teladan masa korang tadika yang 16 muka surat tu. Tajuknya, Arnab dan Kura-kura. (Err, malas nak buat dialog lain. Short-cut lah guna kisah teladan. Hahaha)
4 situasi yang agak tipikal untuk kita. Kadang-kadang kita pun macam tu. Kadang-kadang kita tak berniat nak cakap macam tu. Mungkin kita terlepas cakap dan nampak seperti kita bercakap besar. Kadang-kadang kita memang berniat nak cakap macam tu. Kononnya kitalah hebat, kitalah blaablaablaa. Tapi semuanya tak seperti yang dijangka.
Yelah, semua yang kita cakap kadang-kadang kita tahu apa akan jadi dan kita juga mungkin tak tahu apa akan jadi. Bila dah terlepas cakap, terlebih cakap, masalah lah kita nanti. Itulah orang tua ada pesan,
"terlajak perahu boleh undur, terlajak kata badan binasa"
Sekadar untuk renungan semua. Mungkin boleh diambil pengajaran. Aku sendiri pun mungkin sudah ambil pengajaran. Dan aku sendiri tak tahu apsal entri ni entri yang lain macam sedikit. Terlebih 'emo' mungkin? Hahahaha. Apa-apa jelaa. xDD
Renung-renungkan, selamat beramal. :)
2 comments:
ey imah...pandai ko berpujangga bagai....blaja mne ni? ahahaha....da beso rupenye ko ye...
weyh, baca lah blog aku, yg post hidup jangan cari musuh. komen skli.tp jgn poyo sgt....
hahaha XD
icah,
hahaha. punjanggakah ini?
tidak ku tahu ini pujangga.
ini rasa yang lahir dari hati.
HAHAHA! silaaa muntah.
ini baru pujangga! xDD
dah baca dah. dh komen pon.
jgn risau komenku tidak membaling palat ke mukamu.
ahahahahaha. x)
Post a Comment