Saturday, July 24, 2010

Oh, Weekend

Oh, weekend yang terasa sangat malas dan sakit otot lengan, otot kaki, otot hati. Hati ada otot ke? Hahaha, belasah jelah. SEGAK punya hal. Orang takde stamina memang macam ni lepas SEGAK. Siapa suruh buat stretching ala kadar je? Boo, lembik macam pisang! -___-"

Balik hari Jumaat dengan segera sebab baru ingat mak cakap nak balik kampung. Tiba-tiba rasa macam nak ikut je. Sekali balik mak kata lepas sembahyang Jumaat baru gerak. Haih, saboo jelaa. Penat je aku rush hour tadi. Oh, balik kampung tengok rumah. Dah nak siap! Excited je tengok. :DD


Lihat, lihat. Tiles dah pasang. Excited! Haha, :DD

Balik tu ingat nak mandi dulu ke apa ke. Sekali terus tergolek tidur atas katil tu. Sakit kepala pulak. Sakit otot-otot tak habis lagi tu. Zzzzzzzzz. Terbangun pukul 4 pagi. Apsal senyap je ni? Tembel, siapa yang nak bangun pukul 4? Haha, ye memang tembel. xD

Sabtu tengah hari mak ajak keluar beli barang dapur. Well, mestilah nak ikut kan. Haha. Beli barang dekat Grand Onion. Ehh, bukan onion, itu bawang. Grand Union laa ngek. Haha, lepastu dah lama cakap nak belanja mak makan kan. Tapi ada je hal, grr. Sampai dah tak berapa ikhlas dah aku. Haha, tapi still belanja jugaklah. Walaupun sesuatu yang tak seberapa. Hee. x)

Ohh, buat speck. Power 100 beb. Tinggi jugak tu. Padanlah kau buta betul dalam kelas Imah oyy! Tambah dengan tulisan cikgu yang agak cacing kerawit bersambung-sambung tu. Aduhai, memang rabun dan kena bahan jelaaa aku. Akhirnya, buat jugak. Isnin atau Selasa ni boleh ambil. Hmm, biasa punya speck yang penting tak kembangkan tudung. Haha. x)

Balik tu penat kot. Haha, biasalah tu. Dahlaa sakit otot-otot tak habis lagi. Macam orang tua weh. Haha, lepas asar tu tertidur. Tett! Bangun dah nak gila dah. Nasib baik tak gila. Jadi kawan-kawan jangan tidur lepas asar ye, nanti gila. Haha, xDD

Banyak tidur kau ni Imah. Ready ke ni? Habis bersedia dah ke ni? Kompem ke ni? Bangun Imah! Sedarlah! Come on! Tak sampai 3 bulan je lagi ni. Errkk! :O

Kuasa api! Haha, merepek. Abaikan. :P

7 comments:

Alia F said...

yeahh satu lagi geng aku, specky ;)

~ain said...

along nyer power 150 dua dua belah.. apa daaaa keturunan rabun.. tapi, along paksa orang kedai tu buat sekarang jugak! SAYA NAK SEKARANG JUGAK!! TAK KIRA!! KEPALA SAYA DAH PENING DAH NI SPEK TAK ADA....

.imah. said...

alia,
haha, terpaksa.

along,
memang kuat memaksa betul.
ishh ishh ishh.
ade hentak hentak kaki, guling guling kat situ cakap nak sekarang jugak tak?
hahahaha. :PP

Unknown said...

da rabun plak da mak cik nie .
hahaha
tapi pakai speck lawa gak kan .
hee <33

.imah. said...

iqbal,
da lama da rabun la.
hahaha. :P
mengade. <33

Unknown said...

lah, ye ke ?
kesian .
haha
xD

.imah. said...

iqbal,
cehhh, siot laa die ni.
wekkk! :PP