Lego, kucing first yang mak bagi bela. Dulu-dulu mak memang tak bagi bela kucing. Stokin, kucing aku dulu pun kena buang. Tapi kalau Lego, mak yang tanya Aim nak bela ke tak. Selepas Lego, baru ada kucing lain yang dibela, Milo.
Lego, dulu masa kecik dia comel dan gemuk. Suka sangat lompat-lompat main tali. Bila dah besar, masih lagi gemuk walaupun tak comel dan lompat main tali lagi. Tapi dia suka bergumpal dengan Milo. Walaupun dia busuk sebab suka main kat luar dia comel lah jugak kan. Hehe. :)
Lego, semua sedih bila dia mati. Daripada yang memang selalu main dengan dia sampai laa dengan yang tak pernah sentuh dia lagi. Aku? Sedih laa. Walaupun dia tak pernah dapat layanan first class daripada aku, macam dia dapat daripada ayah, aku sayang jugak dia. Hmm, :(
Macam Along kata, "Walaupun Lego sudah tiada, 'kenang-kenangan' dengan Lego masih akan disiapkan juga." Ada beberapa novel pasal Lego yang mungkin akan keluar nanti. Dah ada satu kenangan Lego. ;(
Sekarang, tinggal Milo je yang dibela kat rumah ni. Sekarang, takde lagi kucing nak dipanggil kucing tua. Sekarang, takde lagi kucing yang gemuk dan hitam dan macam Lego lagi. Sekarang, aku taip entri ni sambil dengar lagu ala-ala sedih gitu buat aku rasa nak nangis pulak. Huu, ;(
Maaf, terlebih sentap sebab dia antara kucing kesayangan. Korang akan rasa yang sama kalau kucing yang korang bela 3 tahun mati. Sampai Apis yang takut kucing dulu tu pun nak buat kenduri tahlil. Haha, itu tak sedih. Itu lawak. x)
Selamat tinggal Lego. Semoga awak aman di sana ya si hitam. ;(
7 comments:
kesiannyer..
sabar la yer..
cian dye..
dye comel,tpy mke dye cm grang la..
smoge dye aman dsne..
mida,
kesian. ;(
hmm, terima kasih.
nina,
mmg mcm garang n sombong sikit muka die tu. hehe.
hmm, terima kasih.
gmbr last sekali mmg bergaya habis. nak save kat folder la. hahahaha
candy dandy,
dia sedang berehat di tengah hari.
tapi skrg. hmm, dh takde lagi. ;(
oh, lego mmg btul2 wujud rupenye..
btw, akak ade bce novel tu ;p
kak nad,
lego mmg ada, dulu.
huuu. ;(
baca laa lg siri 2 nnti. hehehe. x)
Post a Comment