Friday, August 20, 2010

Separuh Masa Pertama

Ehh, jangan salah faham. Bukan aku nak main bola bulan puasa ni. Letih wehh. Haha.

Wah, sudah habis separuh masa pertama yang genting untuk aku tahun ni. Trial PMR. Fuhh, fuhh. Letih dah lima hari perah otak. Tidur 5 jam sehari. Ikutkan selalu 10 jam sehari pun boleh aku bedal. Hahaha. Lepas sahur tabah tak tidur. Tapi lepas subuh, tertidur jugak beberapa minit kecemasan sementara tunggu orang lain mandi. Haha.

Soalan? Pergh. Macam tett ada macam tutt pun ada. Kena sekat sebarang carutan dalam blog semasa bulan puasa ni. Sekat sekat sekat! Hahaha. BM pun dah ragu ragu. Rasa macam salah sangka dan salah faham soalan je.Bahasa ibunda tu, kalau bahasa ayahanda, anakanda, kakanda, adinda cinta kan kakanda tak tahulaa macam mana. HAHA, sila jangan ambil peduli.

Oh, soalan agama pun rasa macam erghh, takde harapan. Lain baca lain yang jadi soalannya. Jadi, harap bertabah andai markah agama tak memuaskan walaupun kau seorang yang beragama. Caitt Imah, macam ni ke kata beragama. Boo. -____-"

Keseluruhan separuh masa pertama agak mengecewakan. Namun dah dapat dua goal! Ehh, apa daa goal? Tadi kata tak main bola. Haha, dapat 2A lah. Alhamdulillah. Tapi tak mustahil kalau tiba-tiba dapat 2C mahupun D. Ahh, sudahlah. Aku pasrah. -___-"

Sekarang nak lepak jap sebelum press enjin balik untuk bulan depan. Haihh, dah lamaaa tak berfacebook, berblog dan bermacam ber lagi. Elehh, baru lima hari. Itu pun ada mengelat. Haha, biarlah. Boo. :P

Ohh, yee. Pruf novel sequal Ikan Tawar Untuk Lego, Sepupu Lego dah hantar ke editor. Lepas raya mungkin dah terbit. Haa, tengah baca pruf ni. Hmm, tiba-tiba teringat kat Lego pulak. ;(

Separuh masa kedua, aku geletaq gelegaq tunggu kauu ni. :O

No comments: