Monday, January 24, 2011

Nyamannya di Janda Baik! :D

Sabtu Ahad yang lepas menyamankan diri di Janda Baik. Wah, sangat nyaman. Banyak sangat aktiviti yang dibuat. Tiup belon, mandi sungai, memancing, ber-barbecue, bermain kucingan, berbaring di jalanan, blablabla banyak lagi. Tapi yang utamanya ialah melayan orang-orang asli kat area Janda Baik tu. Yang pasti, dua hari duduk sini rasa macam taknak balik! :)

Nak cerita satu satu, boleh tak habis sampai esok. Nah, gambar untuk setiap aktiviti sepanjang dua hari yang nyaman kat sana. Sememangnya, sungguh nyaman. :DD
Banyak lagi gambar. Tiga kamera tu weh. Haha. Tapi ini je yang termampu nak upload. Dan aku paling suka part memancing dengan sukaneka dengan anak-anak orang asli tu. Haha, sangat puas hati! :D

Memancing, hari first tu takde luck. Seekor pun taknak makan umpan aku. Gila babeng kecewa. Tapi esok pagi tu aku kembali ke kolam ikan tu untuk membalas dendam kesumat. Haha, berjaya terus dapat 3 ekor ikan talapia. Saiz yang sedang sedang laa. Pergh, terasa bangga tak terkata. HAHAHA. Dalam gambar tu ikan first yang aku dapat! :P

Sukaneka, best sebab dapat layan budak budak ni bersukaneka dan lagipun aku kan memang suka budak budak. Ada sorang ni, Abon. Haha, nama dia sangat comel macam muka dia jugak. Takpun ade sorang lagi. Rambut keriting. Lawa, tapi pendiam. Tak dapat nak tanya nama. Dapat ajar dia chicken dance pun dah cukup berbangga. Awak sangat comel, budak rambut keriting. Haha. :)

Aku dah bawa pulang kenyamanan dan sedikit keinsafan bila balik Serdang. Insaf dan simpati dengan nasib nasib mereka yang diraikan kat Janda Baik tu. Bayangkan besen plastik dengan penyapu yang kita pandang sebelah mata tu, diorang rebut rebut sampai terjatuh jatuh. Jauh dalam sudut hati, aku SANGAT bersyukur dengan apa yang ada sekarang ni.
Terima Kasih, Allah. :)

4 comments:

Unknown said...

penyapu bukan buat sendiri ke ? haha

.imah. said...

iqbal,
kepala ho awak laa. hahaha. :P

Unknown said...

ape ho ? -,-

.imah. said...

hotak? haha, relax. ;p