Tercabutnya kaki aku semalam gara-gara semangat waja untuk mendaki sampai ke Puncak Broga Hill namun apakan daya tidak kesampaian kerana orang-orang awam yang main petik nama entah hape-hape konon nak bersorak bila nak naik atas puncak tu. Damn kedut laa bodo, senyap boleh tak? Haha. -.-
Tapi tak sampai puncak pun dah cukup SANTIK dah view nya dengan angin yang dingin. Cukup berbaloi lah ketercabutan kaki aku semalam yang telah menyebabkan kepontengan ke sekolah pada hari pertama kebukaan kesekolahan selepas kecutian kesemingguan ni. HAHA, cibet gila semua perkataan nak tambah imbuhan 'ke-'. Motif? Serangga~ Ni Icah ajar. xD
NAH, sila terharu lihat ciptaan Allah yang sangat indah ini. Boleh pilih sama ada orang orang ini yang indah ataupun suasana sekitarnya yang indah. Hey, dua-dua ciptaan Allah okay! Jadi, sila terharu untuk kedua-duanya. ;p
Ini dia Icah yang mengajar tentang motif serangga dan juga yang sudi menghangkut aku ke sini bersama classmates dia. Tervaekk! Haha, buka kasut sebab kejang. ;p
Classmates Icah yang ada sekali. Lihatlah aku, budak sekolah yang dikelilingi budak universiti, bak kata Icah. Haha, yelah budak universiti. ;p
Last but not least, inilah kedua-dua ciptaan Allah yang indah. Subhanallah. :D
*Maaf kalau macam terpuji diri sendiri, tapi... AH BIARLAH nak juga terasa diri ini indah, tak gitu yop? Hahaaa. ;p*
Broga Hill, jumpa lagi lain kali kalau ada kesempatan. Aku masih tak rasa keindahan kat Puncak kau tu haa. Tunggu kedatangan aku lagi lain kali kalau berkesempatan! Yeah, sebelum naik tu nanti jangan lupa buat stretching ke senaman ringan ke. Takpun bagi fit diri tu dulu. Awak tu dah lah lembik macam pisang! Haha. ;p
Okay Imah, sila sedar diri esok kau kena sekolah balik! Ehm, baiklaaaaa. -.-
2 comments:
1 kilometer ke depan sikit jumpa kolej saya .
jemput ziarah . ;)
fatto fatt,
oh yea? haha. lain kali insyaAllah. :)
Post a Comment