Sekarang ni dah jadi ala-ala budak kecik atas ni haa. Home alone je di rumah. Tapi takde laa ade perompak bodoh yang senang senang kena game tu. Haha. Macam sedih kan tapi ini ialah pilihan sendiri, terpaksa demi masa depan. HAHA, nak siapkan homeworks laa ngok.
Lagipun esok dah plan baik punya nak bermovie marathon. Huhh huhhh, dah buat pemanasan badan lama dah tau. Okay poyos, kau hengat kau nak pegi KL Marathon, takyah over kot. Haha, okay foine.
Minggu depan nak buat Reunion ONION lagi. Pastu nak meronggeng lagi. Pergh, cuti sekolah tak semestinya balik kampung kot. Ni pendapat aku lah. Aku rasa banyak kerja lagi nak dibuat dengan PC ni haa yang takde kat kampung nun. Rumah kampung I tak maju lagi. Dah maju, I balik laa. HAHA, bandar tak bunyiknya? Bandar tak? BANDAR LAH SANGAT!
Tapi ni lah masalah duk kat bandar lah sangat ni, bangun pagi takyah alarm clock tau tau dah bunyik mesin gerudi sebelah rumah. Renovate rumah kata ko! Hahaha, sabor jelaaa. Makan pulak memang macam orang bujang betul rasanya. Roti memanjang, kalau bagus sikit panaskan lauk semalam yang mak masak sebelum balik kampung. BUJANG kata ko! Haha.
Home Alone berterusan sehingga minggu hadapan walaupun duduk dengan ayah. Tapi ayah kerja kan, so consider home alone jelaa. Selamat ber'home alone' Imah, budak bandar, BANDAR LAH SANGAT kata ko! Haha. x)
Letak poster Home Alone 3 sebab aku paling suka yang ke-3 ni haa kata ko! Haha. ;p
No comments:
Post a Comment