Monday, June 13, 2011

Tak Berapa Back To School

Hah, first day sekolah lepas cuti 2 minggu yang amat amat dihargai. Pagi-pagi lepas sembahyang subuh aku terus tidur balik pukul 10 baru bangun. HAHA, stylo tak? Bukan tak sengaja tapi memang sengaja. Letih selepas aktiviti-aktiviti di Janda Baik, dah dapat MC dari MAK AYAH. ;p

Memancing beberapa ekor ikan di kolam belakang rumah Puan Ainon dan Prof. Abdullah. Tengoklah betapa bersemangatnya muka aku memasang umpan tu. Muka tu market okay dapat laa lapan ekor ikan. HAHA. ;p
Memakan ikan yang dipancing itu dengan penuh kelahapan tahap kelapan. HAHA, tak senonoh. Tapi muka candid ni nasib baik senonoh. Sangat kenyang dan sangat patah pinggang membasuh pinggan. x)
Memandi sungai 2 kali tanpa gambar kerana sudah terlalu asyik menyejukkan badan di sungai yang sejuk yang berada di tempat yang sejuk. Nyaman je rasa ye dak. :D

Tapi tu semua dah berlalu. Esok hari-hari biasa bermula semula. Pergi sekolah, balik sekolah, tengok Marimar, jemur baju, buat homework, tengok Nora Elena minggu akhir blablabla. Oh satu lagi, mid-year result. HA-HA tak sabar pulak rasanya. -.- *tangan ke dada, mata ke atas*

Apalah nasib aku mid-year ni. Haha, yang pasti kalau Add Math lulus satu keajaiban. Sungguh "chingchingching". Bunyi tu takde motif. Aku pun tak faham apsal nak buat bunyik macam tu. HAHA, kecelaruan betul.

*Tiba-tiba rindu kat Arang yang bermuka garang yang ada kat Janda Baik ni*
HAHA, entah hape hape je entri. ;p
SMK Seri Serdang, aku datang lah ni. Huuu.

2 comments:

meo said...

nak arang!!!

.imah. said...

haha, takleh laa meo.
tuan dia buat muka je bila ckp nk amik. tp mmg cute kan kan kan?
hehe. ;p