Antara aktiviti mengarut yang dilakukan ialah seperti tidur lambat nak bapos, bercakap tak henti, singgah sebentar di rumah Fariza dan McD Serdang, makan pizza sampai terbelalak, stalker orang, menonton Pak So'od di Youtube, buat PEKA Chemistry sampai tak siap dan berbagai-bagai aktiviti gelak khas yang dilakukan. :D
Dan tersangat terima kasih kepada mereka berdua yang berbaju merah di bawah gambar ini kerana sudi mennyertai "sleepover" di rumah aku yang tak seberapa ni. Memang best kalau duduk serumah lama-lama lagi. LOL, Lots of Loves. ♥♥♥ ;p
Tak lupa juga terima kasih kepada Fariza yang bagi tumpang makan mi goreng pedas yang penuh dengan udang pujaan hati. Hehe, dan juga sudi membiarkan kitorang buat rumah kau macam rumah kitorang sampai 5 jam lepak sana. Tak ke gila. Dan juga Shahida kerana memeriahkan majlis. Penyertaan kalian berdua juga dihargai. ♥♥♥ ;pApa dah lain macam entri aku ni? Macam penghargaan dalam Kerja Khursus je. Hahaha, yelah sebab ini kan memang penghargaan kepada mereka kerana temankan aku selama 2 hari 2 malam sebab family aku balik kampung dan aku sumpah malas nak ikut. Hehe, terima kasih lagi sekali WAWA, FITRI, FARIZA and SHAHIDA.
Eh, terlupa sorang. Tapi dia ada sekejap je. Ceh! Haha, terima kasih juga belikan earphone merah yang cantik tu tapi tak best. Tapi tak apa laa. Terima kasih juga, awak. ♥♥♥ ;p
Segala penyertaan anda amatlah dihargai. Sekian, terima kasih. :D
2 comments:
sodapnye makanan... nyum2...
meo,
yes. sodap sungguh. ;p
Post a Comment