Wednesday, September 14, 2011

Reborn

HAI ANDA SEMUA!
Setelah hampir beberapa lama aku mengenepikan blog ini, menyorokkannya daripada orang ramai dan membiarkannya kesunyian sendirian, aku kini kembali membuat reborn. Ceh, bajet reborn tu macam dah bertahun tak berblog. Padahal 3 bulan pun tak sampai. Sedihh! *gaya Jai KL Gangster* HAHA. ;p

Selama beberapa bulan blog ini disembunyikan, baru aku sedar rupanya ramai juga silent reader aku selama ni. Kahkahkah, tak tinggal jejak, komen ke ape ke semua tu tapi still rajin membaca cerita kehidupan seorang yang bukan retisss macam aku ni. Cehwah ayatnya tak menahannnn~ ;p

Secara jujurnya, aku berehat kejap daripada berblog haritu sebab aku memang takde mood yang terlampau untuk berblog. Aku takde hati untuk berblog, aku takde bahan cerita tu diblogkan kerana aku sudah goblok untuk berblog dan bercerita. HAHAHA. Takdelah, just takde idea, banyak kerja, takde masa. Simple je sebenarnya. Hehe. xD

Sekarang setelah aku puas berehat, aku macam rindu pulak nak menaip balik di sini. Tapi selepas ini aku tak janji update blog ini sekerap sebelum sebelum ini. Sebulan lagi Final Exam weh! Eh, tak sampai sebulan pun! OMG! :O

Final Exam ni penting jugak hape. Tengok sikit boleh tak nak lulus Add Math untuk kali ketiga. Haha, sebelum ni dua kali lulus dua kali tak. Memang best. Belum cerita Physics yang tak habis Chapter 3 lagi tapi tu pun aku tak paham. Biology pulak memang boleh malas nak baca and ingat semua process and organ and blablabla yang ade dalam badan sendiri. Dammit. Nasib baik Chemistry pujaan hati tak buat perangai teruk sangat. Hehee.

Yelah, sudah. Beberapa kali sahaja lah aku update kot. At least, blog ini tidak disembunyikan lagi. Kesian juga dia, aku sorang je yang menghadap. HAHA. Haa, aku public blog pun, biar jelaa design macam ni. Malas pulak nak edit. Hehe.

Btw, sekarang bulan Syawal lagi kan? Nah laa setepek gambar raya. Hehe, selamat hari raya semua. Ape ke slow sangat laa aku ni. Haha, maap maap maap. ;p
Sekian, selamat membaca Cerita Kehidupan~ ini semula! :)

No comments: